Thursday, September 29, 2011

Orchid Cattleya Labiata

Orkid ni pemberian from my mom. Dia memang ada banyak species orkid ni so dapatlah sepasu. This orkid senang sikit nak jaga dan beranak dengan cepatnya. 2nd time berbunga but the flower tak last long macam butterfly orkid. Future planning mungkin nak tanam more orchids especially butterfly my favourite.


Wednesday, September 28, 2011

Sambal Tumis Sotong Kering

Sotong kering ni dibuat sambal tumis memang sedap. Kalau masak cara lain memang tak kena. Buat nasi lemak berlaukkan sambal tumis ni memang tak terkata. Aroma sotong kering ni yang buat kita tak tahan. Ni kesukaan aruah abah ku and now is my favourite.


Nilah rupanya sotong kering tu sebelum direndam. Rendam selama beberapa jam. Biasanya rendam pagi pukul 7 nanti pulang dari kerja terus masak.

Resepi

Cili kisar
Bawang merah & belacan dikisar
Air asam jawa
Garam & gula
Sotong kering yang telah kembang

Cara
Tumis bawang merah & belacan kisar hingga naik bau dan masukkan cili kisar.
Goreng sehingga naik minyak & garing. 
Masukkan air asam jawa. 
Mendidih letakkan sotong kering, garam & gula secukup rasa.
Biarkan selama 10 minit dan sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, September 27, 2011

Pokok Daun Selasih or Basil Leaf

Aroma daun selasih ni memang sedap baunya. Boleh dimakan sebagai ulam, bahan utama pada laksa Johor, masak lemak nangka dengan daun selasih pun sedap, dimasak kicap bersama ikan siakap ( terlihat Safura(pelakon) masak di rancangan nona ) dan lain-lain memang menyelerakan. Satu lagi khasiat daun selasih dibuat ulam boleh menghilangkan sakit kepala. 

My lovelay selasih. Pokok ni boleh ditanam dengan menggunakan anak pokok dan dari bunganya yang telah dikeringkan. Bila kering di pokok , ianya akan berterbangan dan tumbuh di merata tempat.



This one taken at my mothers house. Memang subur & gemuk.

Monday, September 26, 2011

Kemboja Cina / Adenium Obesum (scientific) / Desert Rose (english name)

Pokok Kemboja Cina ni berunsurkan bonsai. Sebenarnya tak berapa minat bonsai tetapi sebab pokok ni mengeluarkan bunga yang sangat cantik dan tahan lama bunganya so berminat sikit nak tanam. First time tanam dah mengeluarkan banyak bunga. Seronok tak terkata. Lagipun dapat anak pokok ni dari jiran. Pokok ni pun tak susah nak jaga. Next time nak cari warna lain pula. Pernah nampak warna putih dan maroon.

 Berputik banyak walaupun pokoknya kecil.





Love it.

Wednesday, September 21, 2011

My Red Roses

It blooms again. My lovely red roses. 



In a small pot. Although the tree doesn't looks really healthy but the flower is blooming nicely.

Tuesday, September 20, 2011

Mee Hoon Sup Tengkera , Melaka

Mee hoon sup ni dari zaman sekolah rendah dah ada terjual. Memang sangat lama. Walaupun dekat dengan sekolah saya, tapi tak pernah nak mencuba. Pagi pagi , Pak Cik Hasan ni jual mee goreng di tepi kubur Tengkera, petang pukul 4 jual mee hoon sup kat sebelah Dewan Tengkera, dekat dengan sekolah lama , Sekolah Rendah & Menengah Perempuan Methodist.

A very simple clear mee hoon soup. Tapi rasa pak ajinya boleh tahan juga. Walau apa pun it is still a hot selling item. Mungkin sebab fast to serve & simple dish for minum petang.


Popiah basah & goreng ni sedap.  

 Proses kat depan.

 Tempat makan ni memang ramai orang. Mula pukul 4 petang & habis pukul 7 malam. Kadang kadang awal lagi dah habis. So siapa cepat dia dapatlah.

 Pandangan dari luar kedai.

Landmark yang terdekat. Sebelah aje.

Monday, September 19, 2011

Orchids

Orchids/orkid ni is at my mother in law house in Seremban. Its a normal orkid but tak tahu apa namanya.



In one pot, tapi berbunga dengan lebatnya. My mother in law loves to plant orchids.

Wednesday, September 14, 2011

Mini Blueberries Cheese Tart

Dah try buat cheese tart yang medium size now try to do mini cheese tart. Penat juga nak buat but i think the mini cheese tart is more fun doing than the medium size.

Before bake.

After baking. Likes to see it. Cheese tu  akan naik.



Nak makan pun senang coz it so cute small in size.

Tuesday, September 13, 2011

Ros Merah Jambu - Ros Kampung

Ros merah jambu/light pink walau sekuntum bunganya tapi bau memang harum. Nak cari lagi jenis ros kampung untuk ditanam.




Love this one.
 


  Berputik satu.



Monday, September 12, 2011

Coconut Milk Shake Klebang, Simply the best

Coconut milk shake ni kat Klebang Besar, Melaka. Arah nak ke Tanjung , Masjid Tanah. Letaknya di tepi jalan. Nampak signboard Solok Kg Bahagia atau dereten kereta yang terlalu banyak, di situlah tempatnya. Landmark yang terdekat selepas Caltex (arah ke bandar Melaka) atau sebelum masjid Klebang Besar ( arah ke Masjid Tanah/Pantai Klebang).
Coconut Milk Shake Simply The Best.
Ice Cream Vanilla + Isi Kelapa + Air Kelapa + Ice + Air Gula = Blend together

 Berderet deret kereta di tepi jalan.

Menunya

Beratur panjang cam keretapi.


 Hidangan sampingan Nasi Lemak RM1.20

 Mee Goreng RM1.20


Sunday, September 11, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...