Monday, July 25, 2022

Hydrangeas biru bertukar hijau

Salam tahun 2022, lama tak post kat blog ni. Dalam draft memang berderet deret yang menanti.
My favourite pokok hydrangeas ni asalnya memang warna biru.
 

Bila dah hujung hujumg bertukar warna hijau.





Cantik warna dia sebelum bertukar.

As usual cut them.

Jadi hiasan dalam pasu sebelum dia betul betul layu.

Boleh tahan dalam seminggu juga bunga ni.

Tuesday, August 17, 2021

Buah tin / fig untuk mak

Pokok fig ni saya beli untuk mak saya. Rezeki mak saya pokok yang dibeli ni rajin berbuah. 
Asalnya mak saya teringin nak makan buah tin / fig ni tapi susah nak cari buahnya. Kebetulan dapat peluang melawat kebun pokok tin so belilah 2 pokok. Satu tuk mak dan satu untuk saya.
 
  
Sampai ke bawah berbuah.
 

Dapatlah saya merasa buah tin ni.

Sedap buah tin ni. Buah pun cantik tapi tak lah besar. Comel je size dia.


Berbuah beberapa biji pokok mak saya ni. Pokok tin yang saya beli tak mau berbuah....last last saya buang je pokok tu. Apa apa pun syukur pokok mak saya ni berbuah, dapatlah mak makan buah tin ni.
Boleh klik SINI untuk lihat entri kebun fig di Melaka di mana kami beli pokok tin di atas.

My Beautifull Purple orchids...

Love orchids sebab bunga orkid tahan lama.

Nak jaga orkid ni susah sikit untuk saya tapi jenis ni not too bad....tahan lasak  and rajin bunga.


Ni jenis dendro. Orkid jenis ni tak mahal . Paling murah boleh dapat dengan harga RM10.00 yang kecillah.


Setangkai memang banyak bunganya...


Warna terang and can last long....


Wednesday, April 28, 2021

Purple flower yang menawan...

First posting in 2021...Happy New Year.....
My beautifull purple flower ni asalnya beli sepasu je tapi sekarang dah terbiak dengan banyaknya.

Cantik bila semua berbunga.


Nak tanam pokok ni senang je ...patahkan dan just cucuk dalam tanah.

Kegemaran mr bee ni.


Binganya tak tahan lama tapi cepat mengeluarkan bunga.

Sangat senang hidup dan menjalar dengan cepat.


Sunday, December 27, 2020

My hydrangeas atau bunga 3 bulan

Hydrangeas ni is my favourite plant . Saya suka sebab bunganya tahan lama dan pokok senang dijaga.

Bila dah hujung hujung saya suka potomg dan letak dalam gelas.

Warna tak berapa gelap sebab dah hujung hujung.

Kali ni berbunga sangat banyak.

So sweet...warna pink  purple.

Hydrangeas ni ada yang panggil bunga 3 bulan atau bunga zalikah. Tahan lama juga bunga dia.

Yang ni hydrangeas kampung atau tempatan bukan cameron highlands. Yang dari Cameron Highlands susah sikit nak hidup di cuaca kita ni. Saya pernah tanam tapi pokok tu tak mahu berbunga.
Kalau ke  nurseri mintak yang hydrangeas tempatan. Murah je harganya .Sepokok dalam RM6 ke RM10.00.


Victoria sandwich cakes done in Dec 17

.Victoria sandwich cakes (VSC) ni saya buat dah lama...terperap entri ni dalam draft since Dec 17

VSC ni saya buat untuk tetamu yang berkunjung ke rumah saya.

Rezeki tetamu saya ni. 
Klik  SINI  di entri blog saya untuk resepi VSC yang sedap ni.

Love the texture of these VSC. 

Saya tak buat strawberries compote sebaliknya saya menggunakan jem strawberies dari Paris. Senang sikit kerja.

A box for my tetamu to bring back home.

Ada juga pandan gula melaka cupcake yang saya buat buah tangan untuk tetamu saya. 



Wednesday, December 2, 2020

My sweet Abraham Darby in 2014

My sweet Abraham Darby ni ditanam pada tahun 2014....lama betul terperap dalam draft ni. Now after 6 years baru ada masa nat keluarkan dia dari khazanah inbox draft ni.

Abraham Darby ni memang my favourite roses.

The curls tu memang cantik.

Warna agak pudar but still cantik.

Roses ni antara yang sangat rajin berbunga.


Roses ni penjagaannya memang a little bit cerewet tapi bila dah segar senang nak maintain.

Sweet sangat depa dua ni walau dah pudar.

Wednesday, November 25, 2020

Cut roses from my garden....cantik

Sebelum roses kat pokok layu , saya suka cut them and put in glass. Sekurangnya saya dapat tengok roses ni sebelum dia layu.

Roses cuma ada 3 tangkai je ....yang lain tu bunga sampingan yang saya tanam.

So beautifull bila semua disatukan.

With my candle from bath body works yang smells so nice ni...

So beautifull...walau roses tu pudar dah warnanya kerana dah nak layu.

Tuesday, November 24, 2020

Mee rebus house, Johor

Kat Johor ni ada a few restoran mee rebus yang sedap. Anataranya Mee rebus Hj Wahid, Mee rebus Zainal dan Mee rebus house.

Mee rebus kat Mee Rebus House ni memang sedap. Kuat pekat dan tak manis sangat as saya ni memang tak suka yang manis. 

Mee rebus ni kita boleh pilih nak yang lauk ayam goreng ke puyuh goreng, sotong dan udang.
Saya suka puyoh goreng sebab puyoh tu di marinate dengan rempah yang sedap rasanya bila dimakan.


Nilah kriuk kriuk nya .....yang dibuat dari tepung. Ditabur atas mee rebus tu.

Pekat sedap...tak manis sangat paling important for me.

Alamat:

MEE REBUS HOUSE
8, Jalan Balau, Taman Kebun Teh,
80250 Johor

Di buka pukul 10 pagi. Jumaat tutup.


Ros Prosperity in 2018

One of my favourite roses is this prosperity roses....Roses ni segar ...pada masa ni pada tahun 2018.
 Too long is my draft ...he...he...
Jenis berjambak.

Memang sangat cantik.

Bila bergugus ni melts my heart.

Love this roses very much.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...