Showing posts with label Flowers1. Show all posts
Showing posts with label Flowers1. Show all posts

Wednesday, April 28, 2021

Purple flower yang menawan...

First posting in 2021...Happy New Year.....
My beautifull purple flower ni asalnya beli sepasu je tapi sekarang dah terbiak dengan banyaknya.

Cantik bila semua berbunga.


Nak tanam pokok ni senang je ...patahkan dan just cucuk dalam tanah.

Kegemaran mr bee ni.


Binganya tak tahan lama tapi cepat mengeluarkan bunga.

Sangat senang hidup dan menjalar dengan cepat.


Sunday, November 1, 2020

Lantana Camara yang rajin berbunga

Saya memang suka tanam bunga lantana camara. Ada banyak warna yang cantik. Kalau dibelai dijaga betul , lantana ni akan mengeluarkan bunga yang banyak.

Nice combination....kuning  dan ungu.

Kalau nak  lantana camara ni bunganya warna terang kena letak baja tahi kambing.

Untuk dapat bunga yang banyak letak baja tahi ayam tapi jang banyak sangat. Lantana camara ni memang senang nak jaga dan rajin berbunga.

Lantana camara ni memang my favourite flower walau baunya tak harum tapi warna dia cantik. Saya ada 3 pasu berlainan warna iaitu kuningm ungu dan pink tapi sayang seribu kali sayang hanya tinggal warna pink je......yang lain dah mati.

Tuesday, August 18, 2020

Si Bakawali..harum mewangi

Bunga bakawali ni first time saya beli kerana terpikat dengan bunganya. Bunga ni asal usulnya dari Amerika Selatan - Mexico...tapi boleh hidup kat negara kita.

Satu bunga pokok bakawali ni akan kembang sekali saja.


Bunga keluar dari hujung daun.


Biasanya bunga bakawali ni kembang pukul 7 malam.

Bau dia harum kalau dicium dekat.

Bunga tu keluar dari daun tu. Lihat bulatan merah tu.

Kalau banyak bunga kembang barulah bau semerbak tapi bunga ni tak tahan lama. Sekejap je dah layu.

Sunday, June 14, 2020

Cik Lili cantik menawan....

Lama mengidam nak beli bunga lili ni.....susah nak dapat...kalau ke bandar di florist asyik habis je. One day terjumpa this fresh lili kat AON Jusco , Bandar Dato Onn...

So happy to see them.....I just grab them...


These 3 lilis cost me RM18.90.


They have a very strong smells actually...unfortunately saying seribu kali sayang not all love the smells ....so I have to bring it to office....ha...ha...


Sekali pandang macam bunga tiruan kan but no this are real flowers...


Ni masa mula baru beli...masih berkudup lagi...These lilis last about a week  with me....


So tetamu hari tu dapatlah bau fresh lilis ni.....

Monday, March 11, 2019

Bunga Sate....

Ternampak bunga ni kat nursery.....Nampak cantik di mata ni so saya pun sambar sepokok. Harga sepasu RM10.00.

Bunga ni nama dia bunga sate.....bunga ni ada bau sikit....tak lah Wangi...


Pokok ni senang nak tanam. Boleh potong je batang dia dan cucuk ke Tanah.



Saya suka potong dan letakkan dia dalam gelas berair. Boleh tahan lama juga


Pokok ni boleh tinggi.


Love this flower sebab tahan lasak dan rajin berbunga...




Thursday, January 31, 2019

Yesterday today tomorrow namanya bunga ni....

Somewhere in Feb 18 ni.....bunga Yesterday today tomorrow namanya....kenapa panjang sangat sebab bunga ni akan bertukar warna 3 kali....kiranya hari ni dark purple esok light purple tulat white colour....Pokok ni dah berusia 10 tahun....lama dia dengan saya...Jenis yang senang hidup..


Mula mula its dark purple...





The nex day change tu lighter purple...


This round ...first time the flower ada 2 tona warna...I am so lucky to see this....


This type memang jarang jarang berlaku....


Meriah bila berbunga...


They are just so beautifull..


Pokok ni kalau tak di pangkas akan jadi tinggi dan besar...


Saya tanam dalam pasu besar je...senang nak jaga...



Wednesday, May 23, 2018

Si Bakawali.........


Time run so fast, dah seminggu kita berpuasa. Today is 24/5/18 Khamis.
Selamat Berpuasa semua... 

First time saya tengok pokok bakawali di FB , banyak sungguh bunga yang mekar. Teringin pulak nak cuba menanam sepokok. So dapat beli kat pasar tani sepasu dalam RM25.00 rasanya.....actually dah beli lama sangat sebab tu tak ingat the price...

Ada dua jenis warna si bakawali ni...ada putih dan pink. So saya pilih warna putih.


Bunganya keluar dari hujung daun.


Daun panjang macam daun aloe vera.


Kalau sekuntum baunya tak lah semerbak sangat. Kena pergi dekat dan cium baru bau.


Monday, March 26, 2018

SOF nan satu....sweet roses

Cik roses yang satu ni memang my favourite.


Tengoklah curls dia tu.


Memang banyak layered.


Bau pun harum.


Tak jemu mata memandang.


Kalau cukup makan memang sangat rajin berbunga.


Tahan beberapa hari sahaja sebab petals dia soft.


Tak terucap dengan kata kata......so beautifull...my terapi minda.


Monday, February 26, 2018

Sweet White Water Orchid....

Water orchid ni memang dah lama dengan saya.....dah lebih 8 tahun rasanya tapi masih tetap subur...


Saya tak letak dalam air pun....tanam dalam pasu dan rajin siram supaya tanah tu basah sentiasa...



Dahannya panjang dan akan keluar bunga berderet.


Water orkid ni bunganya tak berapa tahan.



Bila semua berbunga memang cantik.


Monday, January 8, 2018

Sweet carnations or bunga Teluki namanya...

Dulu dulu bila kata Carnations je ingatkan hanya boleh tumbuh di tempat sejuk je seperti Cameon Highlands.. Rupanya boleh hidup subur di tempat kita yang panas ni.


Warna dia memang super terang benderang.


Memang banyak bunga dia.


Ni masih segar sebab baru beli di pasar tani.


Ada banyak warna carnations ni .....yang ni salah satu warnaya. Nama lain untuk Carnations ni ialah bunga teluki tapi jarang jarang digunakan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...