Thursday, May 3, 2012

Makan-makan di Kota Bharu, Kelantan - part 1


Sampai juga ke Kota Bharu, ini semua disebabkan majlis pernikahan adikku "Boy" pada 27/4/12. Sesampai je di bandar Kota Bharu dalam pukul 1.00 tengahari, perut al maklumlah dah berbunyi, teringatkan restoran nasi ulam kampung kraftangan  melalui blog yang dilayari terus singgah di situ. Nak ke sini senang je, cari jelah istana jahar atau pusat kraftangan , susur jalan mesti nampak. Alamatnya: Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, 15300 Kota Bharu Kelantan  



Panjang sungguh restoran ni. Kebetulan waktu makan tengahari, punyalah ramai pelanggan yang datang. Tips: Datang awal sebelum pekerja keluar makan. Kalau tak, dapatlah duduk kat hujung dunia. Nak pergi balik ambil lauk memang jauh.

Lauk yang ada di sini tersangatlah simple. Semuanya yang bergoreng ala deep fried dihidangkan panas-panas. Berbagai jenis ikan = keli + patin + kembong + cencaru + ayam dan banyak lagilah.

Ulam-ulaman memang banyak. Sampaikan pucuk paku pun direbus saja. Tempoyak pun ada.
Ulam lain = kacang botol + ulam raja +  pengaga + timun kecil + kacang panjang dan banyak lagilah.

Lauk berkuah yang ada hanyalah singgang + masak lemak taugeh bersama labu. Terasa udang keringnya. Sedap.

Percaya tak hidangan ni hanya RM24.00 bersama  1 jug air sirap bandung biji selasih.
Yang membuatkan hidangan ni lazat dimakan ialah sambal belacan dan budunya. Makan pulak pada waktu tengahari , panas sungguh + pedas. Walaupun lauknya simple restoran ni setiap hari penuh dengan pelanggan. Saya tahu sebab 2 hari saya makan di sini.


Sebelah malam, cubalah pulak ayam percik Cik Yati. Sebenarnya tak tahu mana letaknya tempat ni, jalan-jalan tiba-tiba ternampak so singgah sebentar tapau je sebab dah plan nak makan satay. Di sini juga boleh didapati nasi kerabu dan bermacam jenis kuih muih. Tempat ni letaknya di 847, Jalan Long Yunus, Kota Baharu.

Tapau 2 batang ayam percik bahagian kepak. Harga RM3.50 satu cucuk. Saja nak rasa. Rasanya bagi saya biasa-biasa saja.


Di sinilah tempatnya , kami nak makan malam- Satay Malaysia. Letaknya kalau dari airport nak ke Kota Bharu ialah di sebelah kiri. Alamatnya : PT 1645, Batu 3 3/4, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
Ada banyak jenis satay yang terdapat di sini. Di atas Satay kambing + satay ayam + satay daging. Didatangkan bersama nasi empit + roti.

Satay rusa + satay serati/itik. Satay ni semuanya well marinated tapi sayang tak cukup masak, keras. Kalau masak betul memang sedap. Tak kira satay rusa ke kambing ke serati ke bila dah diperap tak dapat bezakan yang mana satu kambing yang mana satu serati....sama je. Cuma ayam boleh beza sebab lembut.

Ni specialty kat sini, Mee Udang, harga RM6.00 sepinggan. Memang sedap. Terasa air udang kuahnya. Udang pun banyak dah nama pun mee udangkan mestilah banyak udang.

Kuah sataynya tak lah pedas sangat. Just nice.

4 comments:

  1. Artikel yang bagus pasal makan-makan di Kelate. Sangat berguna untuk dijadikan panduan kpd mereka yang nak datang bercuti di Kelantan. Untuk lebih maklumat pasal bercuti di Kelantan, lawati laman web Cuti Kelantan. Pelbagai panduan disedikan.. :)

    ReplyDelete
  2. Kedai makan ulam cikgu tu biasa saja, bagi saya tak ada special, minta tolong orang kota bharu bagi tau tempat makan yang libih sedap lagi.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum, nk tnya. dekat kelantan yg ala-ala masakan melayu, sedap, murah (harga utk student cmtu), bukak cmpai mlm, tmbh2 mse bln pose nie, utk bukak pose.. kt mne ehh?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...