Sunday, May 13, 2012

Shopping di Kelantan

Kali ni, nak cerita pasal shopping kat Kelantan dari 26-28/4/12. Sambil menyelam minum air, kalau berjalan ke mana-mana pun, acara wajib mestilah membeli belah /shopping.....Tempat pertama yang dituju semestinya Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu....bagiku syurga batik. Memang sesunggruhnya saya ni peminat batik kerana warnanya yang beranika/ multi colours.

Mencuci mata. Memang banyak design.

 
Tudung sulam pun banyak.


Berminat juga dengan design abstrak ni tapi warnanya pastel colour. Cantik tapi tak sesuai untuk saya. So cuci mata jelah. Harga boleh tahan mahal RM350.00 tawar dapatlah RM280.00.


Pelbagai corak.

Sebelah kiri tu, batik Ombak Rindu. Macam-macam nama. Harga RM280.00 tawar punya tawar boleh dapat RM240.00 saja.


Macam-macam jenis jajan ada. Keropok , kuih muih , serunding dan macam-macam lagilah.



Hai! Kuih yang berwarna-warni tu dibuat dari tepung sagu tapi.....tak berapa sedaplah. Harga sepacket RM2.00.


Dah namany Pasar Siti Khadijah sayuran semestinya ada di sini. Yang menarik penjual sayur kesemuanya wanita.


WAKAF CHE YEH

 

Malam pergi ke Wakaf Che Yeh, banyak gerai di sini. Rasanya ada dalam 100 buah gerai dan kecoh seperti pasar malam. Barang -barang kat sini taklah murah sangat.

Kain batik di sini harganya mahal. Harga mati RM280.00. Kalau nak beli kain batik cari saja di Pasar Siti Khadijah, boleh tawar sampai harga RM220.00.


RANTAU PANJANG

Pada hari Sabtu pula, pergi ke Rantau Panjang. Kedai- kedai kat sini ala-ala macam kat Nilai juga.




Corelle ni satu set RM499.00, rasanya murah kalau nak dibandingkan di shopping complex kita ya.


Vision ni pun murah. Masa pergi Pengkalan Kubur , 3 tahun dulu tak sempat nak beli apa-apa. So this time round belilah satu set Vision harga RM220.00 siap ada cover plastik lagi ( yang belah kiri 3 tingkat), periuk yang besar for my mom dan yang 2 kecil untuk sayalah.

Peminat corelle memang gila tengok ni sebab murah. Harga lebih kurang kat Langkawi. 16 pieces RM399.00 kalau kat Jusco RM599.00.

Stok baru yang sampai. Kata tuan punya kedai, 1/5/12 harga akan naik 10%.


Macam-macamlah yang ada kat Rantau Panjang ni. Paling orang suka beli ialah TOTO selimut ni sebab murah RM30.00 untuk queen size.


Berbagai jenis gajus dijual. Ada yang bakar, goreng dengan marjerin dan lain-lain. 1 calong / gelas RM10.00.

Syurga membeli belah di Kelantan.

3 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete
  2. ada no tepon kedai corelle kat sana x? sy cdng nak nyopping gak ler :D meriah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aznie, no telefon kedai tak de....kalau ke sana ada banyak kedai yang jual corelle ni so kena pandai tawar menawar tapi ada yg harga mati jugak....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...