Wednesday, May 30, 2012

Makan-makan di Seoul Garden......aktiviti

Balik kampung hu...hu Balik kampung hati riang.....Balik kampung Melaka. Sebelum landed kat rumah mak , jalan-jalan dulu kat Mahkota Parade, Bandar Hilir, perut pun dah lapar nampaklah pulak restoran Seoul Garden ni. Ramai juga yang menjamu selera kat sini. Main menu is steamboat dan grill + ala carte order pun ada.

Kalau kat Johor, restoran ni ada kat City Square JB.

Harganya ya. For me 2 adults + 2 kids = RM127.00. See the price list ok je tapi bila total up hemm....mahalnya. Pay first before you eat ok.

Bersepah - sepah makanannya.

Ayam, daging diracik-racik dan di marinate. So bila digrill memang cepat masak dan empuk. Ada a few sup. We all ambil abalone soup , sedap.

The raw item. Semuanya di marinate. Dessert + ice cream pun ada. Free flow of drinks juga.

Lepas dah kekenyangan, apalagi berjalan-jalan dalam Mahkota Parade, ternampaklah tempat memanah ni.

So hubby pun try.

Lepas tu, main bowling. If we go to Mahkota Parade, banyak aktiviti yang kita boleh buat.

On the way balik ke rumah mak, singgah jap kat Petronas station. Waduh!  Ternampak cik petai ni melayut-layut. Teruja seketika. Pokoknya memang tinggi tapi yang ni ada tuannya. Kalau kat pasar tani, 4 papan harganya RM5.00. Sekarang ni dah mahal harganya. 

Nilah Pantai Klebang Besar yang telah ditambak. Sekarang dipanggil Dataran Klebang. Tanah pasir tambakan yang terbentang luas. So petang-petang menjadi tapak permainan layang-layang. Kalau kat Pasir Gudang ni kita ada Bukit layang-layang. Kat sini pun ada muzium kapal selam.


Antara layang-layang yang diterbangkan.


Senja di Pantai Klebang Besar.


The kites.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...