Wednesday, May 16, 2012

Makan-makan di Penang - Part 1

Tak sangka , tiba-tiba dah sampai Penang, sekarang ni senang ada flight direct dari Johor ke Penang via Air Asia. Perjalanan hanyalah 1 jam saja. Setiap kali naik Air Asia mesti pening kepala. Tak tahulah kenapa, allergic kot. Flight pagi buta jam 7.30 so sampai Penang 8.30am. Sarapan dulu than baru ronda-ronda. Tak tahu hala tuju mana nak pi so , terus je ke Komtar dengan dipandu arah oleh Cik GPS, kalau tak da dia mau sesat dibuatnya walaupun Penang ni pulau yang kecil tapi besar juga. Lepas pi 1st Avenue, shopping mall perut pun dah lapar gila ni so jom makan tengahari.

Nasi Kandar Line  Clear

Tempat ni terdapat di lorong saja. Tapi orang memang ramai. Apa yang menarik di sini ya. Mari kita tengok. Tak susah nak cari gerai ni, search je kat GPS, sampailah kita. Ada lagi satu lagi nasi kandar yang famous iaitu Nasi Kandar Beratur  dekat dekat dengan Komtar tapi buka dari jam 10 malam. Ya........ ampun lewat sungguh. Dah nak tidur , cam na nak makan heavy ni.

Tengok kepala ikan ni, besarnya. kosong belum diletak kuah kari lagi. Takut tengok ikan besar-besar ni. Berapalah uncle ni nak charge ya? Tak ambil pun...takut.....

Selautan kuah kari. Pekat ni. Sampai tertumpah melimpah yang atas tu.

Udang boleh tahan besar juga.
Ni my lunch, harga RM11.90 = nasi putih + sotong kari + telor sotong + sayur  + limpahan kuah kari.
Sotongnya liat mungkin terlebih masak. Bagiku biasa saja kari ni. I think my mom punya kari lagi best.


Nasi putih + ayam goreng = RM6.00

The bills. Total RM38.00.


Kat dalam lorong nilah, gerai Nasi Kandar Line Clear. Dibuka 24 jam lagi.
Suasana gerai.

Jumpa tanda Medan Lebuh Campbell , dah dekat lah dengan gerai Nasi Kandar Linfe Clear ni. Parking memang tak banyak ya. Park tepi jalan je.


Pasar Chowrasta, Penang

Pasar ni dekat dengan landmark kat atas tu, so lepas makan nasi kandar bolehlah shopping jeruk. Kat pasar ni memang banyak dijual jeruk.
Berbagai jenis jeruk tapi jeruk ni taklah masam.

 
Percaya tak 1 kg jeruk harganya RM5.00 saja. Murahkan. Yang dalam plastik tu beratnya 1kg lah. Buah pala pun banyak, orang kata pi Penang mesti nak beli buah pala. Ada yang siap dibungkus 4 packet RM10.00

 
Persiaran Gurney

Kalau nak ke Batu Feringgi, mesti lalu tempat ni. Betul -betul tepi laut. Dibuka setiap 6 petang hingga malam.

Sempat merasa Char Kuay Teow.

Antara hidangan yang dinikmati. Rojak pasembur + char kuay teow + meehoon hailam.

Gerai rojak pasembur. Meriah gitu. Pilih je apa yang nak.

Uncle ni punya gaya tersendiri menarik pelanggan. Potong pasembor sambil menyanyi menyebut Rojak! Rojak! Rojak ! Gelek ! Gelek ! Berpusing-pusinglah dia ni. Memang kelakar melihat gelagatnya.


The Little Nyonya Cuisine, Plaza Gurney

Hari kedua lunch terlewat,  so makan di The Little Nyonya Cuisine, Plaza Gurney. Berada di mall ni seperti shopping di Bukit Bintang , KL tak terasa berada di Penang.

Tomyam + Mee Kari. Pekat gila kuahnya.

Pie tie ni my favourite. Ala -ala popiah intinya. Kulit pie tie ni nipis dan crunchy.  Satu set 5 pieces RM6.00.
Ni special sikit, otak otak in beancurd deep fried. Sedap. Sepinggan RM12.00.

 
Sebenarnya ada banyak lagi tempat makan, tapi tak sempat nak pergi. Makan je apa yang nampak. Percutian ni sangat singkat so tak sempat nak pegi kesemua tempat makan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...