Wednesday, June 6, 2018

My beautifull cut roses...













Selalunya saya akan biarkan roses di pokok selama 3 hari dan selepas itu baru saya potong  atau cut menggunakan gunting pokok. Lepas 3 hari , bunga agak pudar sedikit warnaya. Lepas tu roses yang dah dipotong ni saya akan letak dalam pasu gelas kaca yang kecil dan letak di sudut meja di office.

Warna dah pudar sikit.


Kalau yang warna merah tu memang lambat sikit pudarnya.


Bila banyak roses berkembangan tu yang seronok kita boleh cut lebih sikit.


These roses smells so good.


Disudut meja saya kat office. Roses ni boleh bertahan untuk beberapa hari lagi. Kalau kat pokok saya tak dapat melihatnya sepanjang hari so by cutting it saya boleh lihat setiap masa.


Tuesday, June 5, 2018

Sweet pink addeniums yang berlapis...

Saya memang sukakan addenium yang berlapis as compare to one layer. Kebanyakan addenium yang saya beli asalanya dari Thailand. Sepokok selalunya berharga RM25.00 ke atas.

Addeniums ni senang nak jaga.


Yang best tu ....rajin berbunga.


Pokok kecil je tapi lebat berbunga. Loving them.


Annual dinner 2017 at Grand Paragon...

2017 our annual dinner is at Grand Paragon Hotel. First time buat kat sini.

The back drop.....bertemakan retro.


Lucky draw number yang tak berapa nak lucky....


The stage...retro nite.


2 out of 3 number kena.....


Food is Chinese style so food is serve to the table....



We have photo booth.....first time ada ni and we have so much fun bergambar...he...he...


Monday, June 4, 2018

K Fries.....Urban Korean Food...


K Fries sebuah restoran yang menghidangkan makanan Urban Korea . My officemate selalu makan kat sini so this what makes me want to try. Anak anak jangan cakaplah memang peminat all these Korean things. So got to bring them to this restauarant.


This one sedap....but lupa nama dia. Sebelum berbentuk bulat ianya adalah seperti photo di bawah. Pelayan restoran akan tolong kita buat bebola ni di tepi meja kita.


Isi sebelum dikepalkan seperti photo di atas. Digaul semuanya dan dikepalkan bulat bulat.


Yang ni ayam yang digoreng dengan tepung. Belah kanan sekali tu ada lah cheese ya....jangan terpedaya....nampak macam nasi...pelayan restoran agakan memanaskan cheese sambal membalut ayam goring tersebut. This is very expensive....it cost RM52.00. Kalu boleh tak perlu order yang ni....cheese tu mahal sebab tulah harganya mahal sesungguh....



Ayam yang disalut cheese dan yang tidak dibalut. Hidangan ni tak habis makan so we all tapau/bungkus bawa balik. Sayang tu  mahal harganya...




Ala ala nasi goring .....dikelilingi oleh cheese ya....hadoi pengsan nak makan...tapi bila digaul gaul....sedap juga cuma tak boleh nak makan banyak......portion kat sini pun besar so boleh lah share bagi yang tak kuat makan...



Last minute order...tetiba ada yang berminat nak makan mee Korea ni....



Air maggo juice dicampur air gas pulak.....namanya Mango Rita.....makanan kat sini cepat muak so air ni kira penyelamatlah......if tal nak order air pun boleh ...order je sky juice . Air putih sejuk yang dicampur dengan sehiris lemon dan timun. NI bagus biat penghilang rasa muak.


Yang ni Nutella madness....RM18.90.....Air memang best kat sini cuma mahal je lah....kami pun order 2 types of drinks je....selebihnya minum sky juice je.


Nilah penangan nak makan sangat kat K Fries ni......restoran ni opens at 12.15 noon......rupanya orang dab beratur lebih awal dari we all..... nasib sampai atas ada tempat duduk lagi....Restoran ni terletak satu bangunan dengan Holiday Villa Hotel. Seeloknya call dulu untuk buat reservation.
Alamat :
 K' FRY
Urban Korean
First Floor, Unit 14 and 15,
260 Jalan Dato Sulaiman ,
Taman Abad
80250 Johor
Tel : 07-2660902


Insignis orchid yang harum semerbak baunya...

Terpikat dengan Insignis Orkid ni sebab baunya yang harum semerbak. So terbeli jugalah orkid ni kat pasar tani.


Bunganya kecil saja.


Bau dia memang semerbak sikit.


Warna agk terang.


Love them.


Malangnya orkid ni bunga hanya sekali saja sejak beli. Dah bertahun tak nak berbunga

Wednesday, May 23, 2018

Ikan Bakar Parameswara....

Dah berkurun entri dalam draft ni.....baru nak catwalk. Ni kami singgah makan di Ikan Bakar Parameswara di Umbai, Melaka dalam bulan Januari 18....lama kan...memang lama....

As usual tu saya punyalah kan....penuh....Frankly masakan kat sini biasa je....
Kat Parameswara ni service dia memagng cepat dan tempat duduk memang banyak...


Ketam...


Udang nestum...


Sotong goring tepung....favourite the kids...


Lauk yang diorder...


Pemandangan di sini.


Banyak bot nelayan.....Di sini boleh naik bot laju ke Pulau Besar.


Pemandangan di sebelah restoran Parameswara ni....

Alamat:
Ikan Bakar Parameswara
KM 12, Jalan Pengkalan, Pulau Besar, 75460 Ayer Molek, Melaka


Si Bakawali.........


Time run so fast, dah seminggu kita berpuasa. Today is 24/5/18 Khamis.
Selamat Berpuasa semua... 

First time saya tengok pokok bakawali di FB , banyak sungguh bunga yang mekar. Teringin pulak nak cuba menanam sepokok. So dapat beli kat pasar tani sepasu dalam RM25.00 rasanya.....actually dah beli lama sangat sebab tu tak ingat the price...

Ada dua jenis warna si bakawali ni...ada putih dan pink. So saya pilih warna putih.


Bunganya keluar dari hujung daun.


Daun panjang macam daun aloe vera.


Kalau sekuntum baunya tak lah semerbak sangat. Kena pergi dekat dan cium baru bau.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...