Tuesday, December 18, 2012

Lovely Ros Clair Martin or Sakura


Hati sangat teruja bila buat pertama kalinya melihat roses ni di FB Cik Azrina Salahuddin, sangat cantik dan terpegun seketika. Bermula dari sinilah, saya mula meminati roses yang berbagai jenis.

Cik lebah ni memang sangat meminati roses ni.


Tiga sekawan.


Bunga ni sebenarnya tak lah besar. Bila close up nampak macam besar je.


Pokok ni senang hidup, tapi masa awal beli pokoknya memang dah besar.


Bulu hidung yang cantik.




Kudup warna terang bila kembang cair warnanya.

 
Lovely Clair Martin collage.

Monday, December 17, 2012

Pink Zinnia......semaianku menjadi....

Pink Zinnia ni pertama kali berbunga selepas ditanam melalui cara semaian. Selalunya kalau saya semai biji benih memang susah nak tumbuh tapi kali ni tak sangka menjadi pulak.


Asalanya pokok induk memang lapismya banyak. Yang ni lapis tak berapa tebal mungkin kurang supplement agaknya. Warna pinknya tetap cantik.


Ambil bunga Zinnia yang telah kering di pokok, petik dan ramaskan  nanti akan nampak biji berwarna hitam, taburkan dalam pasu yang berisi tanah lembut.


Nanti akan tumbuh anak pokok. Masa ni jangan siram banyak air.


Anak pokok semakin meninggi.



Dah tegap pun Zinnia ni.




Very sweet pink colour.


Dari mula sehingga membesar dan berbunga.




Sweet pink Zinnia collage.

Sunday, December 16, 2012

Nutella Cheese Cake.......yummy

Apa rasanya Nutella cheese cake ya. Di pasaran ada yang jual sampai RM120.00 untuk sekilo beratnya. Fuyo, memang mahalkan. So cubalah buat sendiri just to have the feel of it.


Kali ni guna Philadelphia cream cheese. Biasanya saya guna Tatura cream cheese. Kalau diperhatikan betul-betul memang ada sedikit perbezaan di antara kedua-duanya. Perbezaan dari segi tekstur, warna dan rasa. Philadelphia cheese ni kalau beli sebuku 250g harganya RM11.90 tapi kalau beli 2kg harganya RM59.00 , bila dibahagi memang murah sebab beli banyakkan.


Tekstur atas yang cantik walaupun nutella kat bawah tu berlubang-lubang. He!he!he..........


Banyak jugalah saya letak nutella ni tapi rasa cheese tu menutupi rasa nutella. Basenya saya guna oreo.



Pandangan dari atas memang cantik.


Yummy simply delicious. 3 kombinasi yang bila dimakan sekali memang sedap tak tekata. Its always my dessert every day, a small piece of it.


Simply delicious.




NUTELLA CHEESE CAKE
Source : dapurcomelku.blogspot.com - teratak impian
Olahan : Sweetiesaqi
Bahan Dasar/base
  
  • 300gm biskut oreo (di buang krimnya)  
  • 75gm mentega cair
  • loyang bulat khas untuk cheese cake size 8" 
Cara Dasar /base :
Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam loyang 8 inci. Bakar selama 8 minit pada suhu 150C. Angkat dan ketepikan.

    Bahan Filing:-
    • 500 gm keju krim      
    • 110 gm gula kaster 
    • 1/2 tbsp esen vanila
    • 2 biji telur 
    • 150ml whipping krim 
    • 1 sudu kecil lemon juice - tak letak pun tak pa
    • 3 sudud besar Nutella - lebih pun tak pa. resepi asal tidak menggunakan nutella. Saya tambah.

    Cara-cara:-
    1. Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
    2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warna asas dan satu lagi masukkan nutella dan kacau rata.
    3. Tuangkan bahagian nutella dulu ke atas dasar biskut oreo tadi dan ratakan kemudain baru letakkan bahagian yang tidak berwarna.
    4. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
    5. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
    6. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.







    Thursday, December 13, 2012

    Alamanda wangi...

    Memang betul, bunga alamanda ni memang sangat sangat wangi. Saya beli 1 polibag dengan harga RM10.00.

    Bunga warna putih pinkish.








    Tanam kat atas tanah sebab pokok ni boleh membesar lagi.

    Wednesday, December 12, 2012

    Ros Damask 17 kuntum...teruja seketika

    Pokok ros damask saya ni dah bertahun umurnya. Kali ni buat pertama kali ianya mengeluarkan 17 kudup. Gembira sungguh hati ni tak terkata. Terperanjat sekejap. Kebiasaannya damask ni hanya akan mengeluarkan 5 kudup paling banyak.

    Selagi tak kembang, pagi petang saya mengadap pokok ni untuk melihat perkembangan terkini.


    Tapi sayang sikit , semua kudup diserang cik thrips. Sedihnya. Damask yang kembang pun sekuntum demi sekuntum je. Warna roses pun very light kurang menarik.


    Anatara yang kembang tapi warnanya kurang menarik. Ni semua gara-gara cik thrips.


    Anyway saya still suka melihatnya.


    Bilalah saat ini akan berulang kembali.

    Tuesday, December 11, 2012

    Bergedil simply delicious....

    One of my favourite dish, bergedil. Tak susah nak buat cuma tahap kemalasan tu je yang menjadi - jadi. Kalau beli kat kedai sewaktu sarapan pagi mesti tak sedap, rasa kentang lebih , nak jumpa daging pun susah. Bila buat sendiri macam - macam kita boleh letak kat dalam campuran kentang tu.




    Bergedil ni sedap dimakan dengan nasi dan soto. Sebagai bahan kudapan pun enak.


    Yang tak best bila menggoreng bergedil ni ialah minyak akan jadi berbuih dan warna minyak bertukar menjadi hitam. Alamatnya lepas menggoreng minyak tu semua kenalah buang.


    Bahan - bahan yang saya letak dalam adunan kentang. Item yang mesti ada ialah bawang goreng. Nak lagi sedap bawang goreng yang kita buat sendiri. Memang marvellous. Aromamya memang tak boleh tahan. Kentang tu ikut suka , ada orang suka rebus atau boleh juga digoreng.


    Inside the bergedil. Buat lebih dan simpan dalam fridge bila rasa nak makan boleh goreng.


    Yummy.


    BERGEDIL KENTANG + DAGING

    Bahan
    3 biji kentang direbus / digoreng
    1/2 mangkuk kecil daging yang telah direbus dan dicincang sedikit - lebih pun tak pa
    5 sudu besar bawang goreng - lebih pun tak pa
    daun bawang dan daun sup
    cili hidup merah
    1/2 sudu serbuk lada hitam yang kasar sedikit
    1/2 sudu teh lada sulah
    1 sudu besar tepung gandum
    garam secukup rasa
    2 biji kuning telor

    Cara
    -Ambil kentang yang telah direbus / goreng lalu dihancurkan/dilenyek. Masukkan daging  + bawang goreng dan gaul rata.
    -Masukkan serbuk lada hitam + lada sulah + garam secukup rasa.
    -Letak daun bawang +  daun sup + cili hidup merah = gaul rata.
    -Last sekali masukkan tepung dan gaul rata supaya adunan menjadi sedikit keras dan senang dibentuk.
    -Pukul 2 biji kuning telor. Celopkan bergedil yang telah dibentuk ke dalam kuning telor dan gorengkan. Api mestilah kecil sedikit.




    Monday, December 10, 2012

    Pink Fairy Roses

    Seronok tak terkata bila ros pink fairy ni menjadi. Pokok segar dan mengelurkan bunga yang banyak. Lepas satu , satu lagi. Yang paling penting cik thrips tak kacau. Banyak juga saya bagi roses ni makan supplement = baja udang + tahi kambing + ros food +baja ikan. Roses ni memang kuat makan sebenarnya. Tak palah kuat makan yang penting hasilnya menjadi.


    Lovely petals.


    Ni barulah kena dengan namanya pink fairy. Warna menjadi pink setelah bagi makan tahi kambing.


    Roses ni jenis bergugus. Putik yang banyak dan menunggu giliran untuk melihat dunia. Masa putik macam ni boleh spraykan H20 supaya cik thrips tak hinggap.


    Size bunga ros ni tak besar , lebih kurang size syiling 10 sen.


    Sweet light pink.


    Bila kembang bergugus ni macam ni memang cantik.




    Memang indah bila melihat banyak putik yang sedang berkembang mekar.


    Kesemua roses di atas adalah dari pokok yang sama tapi mengeluarkan bunga yang berlainan warna. Salah satu sebab adalah baja yang kita beri pada pokok ni. Baja tahi kambing akan membuatkan bunga lebih besar dan warna yang cantik serta terang.
    
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...