Wednesday, March 9, 2011

Daun Pudina, Limau Purut & Kangkung

DAUN PUDINA

Pokok Pudina ni susahnya nak tanam. Setiap minggu beli 2 ke 3 batang untuk ditanam tapi tak hidup sangat. Akhirnya dengan pertolongan Apek jual sayur kat pasar malam, dia telah beri kepada saya 2 cekak batang pudina yang tua untuk ditanam dan hasilnya lihatlah betapa segar daun pudina ku. Barulah dapat bau mintnya. Boleh lah letak dalam air teh o panas. Wangi. Nak gemukkan lagi pokok ni siram lah dengan air ikan.



At my kitchen pun , i put 1 pot of daun pudina.




POKOK KANGKUNG
Pokok kangkung ni is at my mom house. First time tengok pokok kangkung ada bunga. Oleh kerana terlalu teruja terus cabut & tanam di rumah ku.


Bunga pokok kangkung ni seperti bunga seri pagi. Tapi bunganya tak tahan lamalah. Saya tanam pokok ni bukan untuk dimakan tapi untuk melihat bunganya.


DAUN LIMAU PURUT
Pokok daun limau purut ni, belalang memang suka makan. Akibatnya pokok ni selalu togel. Aroma daun limau purut ni memang sedap. Terbau-bau masak asam pedas. Di sekelilingnya ialah pokok daun pengaga yang bagus di buat ulam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...