Sunday, November 4, 2012

Nutty Caramel Cup cake.......em.....lembut


Masa buat kek untuk Nurul, ada lebihan banyak cream topping so tak nak membazir secepat kilat saya buat separuh adunan kek lagi. Saya letak dalam cup cake, senang sikit nak makan. Terus ngap je.


Swiss meringue butter cream ni tak muak. Boleh dimakan begitu saja. Ada curahan caramel toffee tapi tak berapa nampak kat sini


Hah! Yang kat atas tulah caremel toffee. Wangi dan sedap but offcourse very the sweet lah.


Comel tak saya.


Opps.....dah terbukak.....



Cup cake ni memang sedap. Lembut texturenya sebab saya gunakan self raising flour. Saya paipkan filling toffee ke dalam cup cake ni tapi tak berapa nampak.



Resepi di bawah untuk sebiji kek. Untuk cup cake ni saya buat 1/2 adunan sahaja.


NUTTY CARAMEL CUP CAKE
Source : Paula Deen (AFC Network)

Bahan
1 cawan butter
2 cawan gula ( saya guna 1 1/2 cawan )
4 biji telor saiz besar
1 sudu kecil vanilla
3 cawang tepung naik sendiri ( saya guna 3 cawan tepung gandum + 4 sudu kecil baking powder )
1 cawan susu segar
  
Cara
- Pukul butter sampai kembang sedikit dan tambahkan gula. Pukul lagi selama 6 - 8 minit.
- Masukkan telor sebiji demi sebiji , dipukul selepas setiap kali meletakkan telor. Letakkan vanilla.
- Tepong dimasukkan berselang seli dengan susu. Dimulakan dengan tepung dan diakhiri dengan susu.
- Tuangkan ke dalam cup cake. Bakar selama 15 - 20 minit mengikut oven masing-masing.
- Setelah masak , sejukkan dan boleh mula membuat filling.


Filling
1 cawan butter
2 cawan brown sugar
1/4 cawan susu segar
1 sudu kecil vanilla

Cara
- Dalam periuk satukan butter + brown sugar + susu. Kacau selama 3 - 5 minit, sehingga gula larut. Setelah masak, alihkan dari dapur dan masukkan vanilla, kacau rata.
- Boleh paipkan filling ke dalam cup cake dan curah di atas cup cake.


Swiss Meringue Buttercream
4 biji putih telor saiz besar
200g brown sugar
340g butter ( jangan cair )
2 sudu besar peanut butter (boleh lebihkan jika suka)
  
Cara
- Letak periuk secara double boil, masukkan putih telor + brown sugar , whisk sehingga gula larut. Apabila disentuh dengan jari tidak berbiji lagi. Api mesti kecil sahaja.
- Turunkan dari double boil , guna mixer pukul adunan tadi, setelah kembang masukkan butter sedikit demi sedikit. Pukul selama 5 minit sehingga adunan kental sedikit. Campurkan 2 sudu peanut butter. Kacau rata.









 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...