Diam tak diam kita dah sampai ke penghujung ramadan ....Tinggal sehari saja lagi kita nak berpuasa. Hari Raya tahun ni jatuh pada 17/7/15 bersamaan dengan hari Jumaat. Masa ni ramai yang dah pulang ke kampung. Harap harap esok tak sesak kat jalanan. Tahun mood raya ada kurang sikit....tak tau kenapa.....buat biskut pun ala kadar tapi dalam tak de mood tu siap jugak 6 jenis biskut....he...he...
Biskut Chocolate Chips Famous Amous memang resepi wajib setiap tahun mesti buat sebab hasilnya agak muai...dapat lah bagi mak and mertua sorang sebalang. Zaman sekarang nak beli biskut yang dah siap memanglah sangat mahal. Ada yang mencecah RM30.00 sebalang.
Kali ni saya gunakan chocolate Hersheys.....mahal betul chocolate chips ni tapi rasa memanglah sedap dan chipsnya besar. Sepaket dalam RM16.00 offer price...kat kedai Bakewell dijual RM18.00 for 2 cups of choc chips.
Saya buat 2 adunan sekali....senang.
Ada banyak bahan dalam biskut ni seperti oats, badam cincang, Hersheys choc chips.....kali ni saya gunakan pure butter Anchor.
Saya suka buat jenis drop cookies yang cam ni sebab senang.....cekup dan letak aje atas dulang pembakar.......
- SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN -
BISKUT CHOCOLATE CHIPS FAMOUS AMOS
Bahan
250g butter
2 biji telor
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang(brown sugar)
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
2 1/2 cawan quaker oat yang dikisar halus
1 cawan chocolate chips
1 bar chocolate cadbury disagat
Caranya:
1) Pukul butter , gula castor & gula perang.
2) Masukkan telor dan esen vanilla.
3) Satukan tepung gandum, quaker oat , baking soda, baking powder dan garam. Masukkan ke dalam adunan butter tadi. Gaul sebati.
4) Masukkan chocolate cadbury dan chocolate chips. Gaul rata.
5) Ambil secubit dan letak atas dulang pembakar.
6) Bakar pada suhu 170C selama 15 minit. Ikutlah tahap kepanasan oven anda ya.
No comments:
Post a Comment