Wednesday, September 5, 2018

Merdeka Day Cake...Fruit Pastry Cake....

Kali pertama mencuba buat this fruit pastry cake and it taste so good. Sebelum buat kek ni adalah study sikit resepi ni , saw few types of resepi. So saya pilih resepi adik Danish Harraz sebab sangat simple. Campur semua dan kacau sebati....

Fruit pastry cake done...



Kebetulan dalam fridge ada strawberries dan blueberries......peach dalam tin memang lama dah beli tapi tak tau nak buat apa......tu yang try the resepi...buah peach tu basah so kita ambil kitchen tissue dan lap buah peach tu.....dia tak akan kering sangatlah but its ok...




Campur semua bahan dan kacau sebati but don't overmix ya sebab nanti kek tak moist...


Bila dah tuang dalam Loyang ......boleh lah letakkan buah buahan tu....jangan tekan sangat buah tu bila letak sebab nanti akan tenggelam...


Dah siap dibakar kek ni.....


Loving this cake...


Cake ni tak tinggi ya sebab kalau tinggi tak cantik.


Bila dah siap ni sibuklah photo session...


Rasa manis masam pun ada.....one more tips .....mesti letak kulit orange yang disagat....ia akan membuatkan kek ni jadi sangat wangi dan membuatkan kita rasa nak makan.....sangat sanga harum..


A piece of fruit pastry cake to go with a cup of coffee.....memang sedap. Currently my favourite cake.....




FRUIT PASTRY CAKE
Source : IG Danish Harraz

Bahan - bahan

226 g Tepung naik sendiri
160 g gula kastor
150 g salted butter, dicairkan dan sejukkan sedikit
3 biji telor Gred A
100 ml butter milk or sour cream
1 sudu the esen vanilla
Parutan lemon/orange zest yang fresh dari 1 biji lemon/orange (parut kulit yang kuning/oren saja)
500 g buah fresh yang kurang berair , jika gunakan yang dalam tin harus dikeringkan dulu sebelum digunakan. Hiris dan gaul dengan2 sudu besar gula kastor.
Saya guna strawberries, blueberries dan peach dalam tin.


Cara
Panaskan oven pada suhu 160 darjah C. Gris baking tray size 9 " dengan butter. Alas dengan parchment paper. Jika guna Loyang kecil, kek akan jadi tebal dan tak cantik.

Dalam bekas , masukkan tepung naik sendiri, gula, butter yang dah dicairkan, telor, kulit lemon/orange, buttermilk dan vanilla.
Kaup balik menggunakan senduk kayu hingga semua rata dan sebati, jangan overmix nanti kek tak moist.
Lepas tu tuangkan dalam baking tray. Ratakan.

Ambil buah buahan yang telah disediakan, gaul bersama gula halus dan susun buah atas adunan dalam Loyang tadi. Bila letak buah jangan tekan sangat nanti buah akan senang tenggelam.
Bakar dalam oven selama 40 - 50 minit, bergantung pada oven masing masing atau sehingga kek masak.Sejukkan di atas redai dan tabor gula icing juka suka.


Nota :
Simpan kek semalaman pada suhu bilik dalam bekas kedap udara.
Kek ini ada buah buahan so boleh tahan 2 - 3 hari je pada suhu bilik.
Saya letak dalam fridge, kek tahan lama ( lebih seminggu dalam fridge) tapi buah terutama blueberries akan rasa sedikit basi but no harm memakannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...