Thursday, January 10, 2013

Damask kesayangan mekar mewangi........


Sudah semestinya damask antara roses kesayangan saya kerana bau, warna dan kerajinannya berbunga memikat hati. Melihatkannya hati jadi tenang dan damai. Pabila tercium bau harumnya lagilah tak terkata.


Really love this photo. Beautifull pink colour and sweet smell.


Selalunya kudup akan keluar maksimum sebanyak 5. Pernah sekali kudup keluar sehigga 17 kudup , boleh lihat di SINI.

Macam sanggul lah pulak cantik tersusun. Daun yang panjang di bawah tu ialah daun bunga kantan.




Berebut - rebut cik lebah ni nak menghisap madu. Kalau kita bau je dah harum, apalagi pada cik lebah mesti manis madunya kan.


Saya ada 2 pasu ros damask ni. Satu pasu damask ni menumpang dengan pokok bunga melor saya. Two in one, nasib damask ni tak merajuk.

Dari kudup ke mengembang mekar.

Cheese Cake penghujung tahun 2012

Terima kasih pada officemate yang sudi order cheese cake dari saya.

Blueberries Cheese Cake untuk Nurul.





 Oreo Blueberries Cheese Cake untuk Fifi.





 Oreo Blueberries Cheese Cake untuk Eyda.




Tuesday, January 8, 2013

Cempedak Goreng

First time goreng cempedak ni. Al-maklumlah sebab tak suka dengan benda yang bergetah-getah ni. Kalau dibandingkan getah nangka dan cempedak, getah cempedak lebih susah nak dihilangkan. Puaslah saya lumurkan minyak masak namun masih susah nak hilang.

Ni favourite my daughter. Saya pun suka tapi tak boleh makan banyak sebab cempedak ni angin. Nanti perut saya senang sakit.


Cempedak yang dibeli di pasar tani dengan harga RM5.80 sebiji. Bila dikorek- korek dalam isinya memang banyak. Tapi sayang yang ni tak berapa  masak lagi, rasa masih ok lagi.

Kecil je cempedak ni. Bila dikorek dapat banyak jugalah cempedak ni.


Rasa cempedak goreng ni manis - manis buah.


Yang bestnya biji cempedak ni boleh dimakan. Sedap. Biji cempedak memang my favourite. Kalau biji nangka mesti nak rebus dulu baru boleh makan.


Lovely cempedak collage.

CEMPEDAK GORENG

Bahan
Cempedak
2 sudu besar tepung beras
1 sudu tepung gandum
1 sudu besar marjerin/butter
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara
-Masukkan tepung beras + tepung gandum + air kacau sebati. Adunan mestilah tak terlalu cair dan terlalu pekat.
-Letak serbuk kunyit sebagai pewarna. Kacau rata dan masukkan marjerin. Kacau sebati .
-Panaskan kuali. Masukkan cempedak ke dalam adunan tepung dan gaul rata. Senduk cempedak bersalut tepung dan goreng hingga kuning keemasan.





Monday, January 7, 2013

Taman Roses tahun 2012

Tahun 2012, adalah tahun saya mula dan serius berjinak-jinak dengan roses. Hasil pembacaan dari group roses di FB membuatkan saya ingin mencuba menanamnya. Dari 3, 4 pokok hinggalah sekarang dah mencapai 30 pasu. He...he...aiyo...banyaknya.


Mula - mula daun pun masih tak banyak tapi bunga banyak. Seronok.


Ni dah start menghimpun koleksi.


Bila kembang mekar, sejuknya hati melihat.


Oh ..my prosperity roses.


Yang kat luar pagar ni , dah merimbun macam hutan pulak.

Sunday, January 6, 2013

Kerabu kacang botol dengan bunga kantan....

Sememangnya kerabu adalah salah satu makanan kegemaran saya. Sangat mudah nak dibuat. Tak perlu nak masak. Semuanya guna fresh item.


Macam-macam ada kat dalam ni. Lagi banyak benda yang diletakkan lagi meriah.


Kacang botol + petai + bunga kantan + bawang +  cili padi  


Tengok pun dah tak sabar nak makan.


KERABU KACANG BOTOL DENGAN BUNGA KANTAN

Bahan
seikat kacang botol
1 batang bunga kantan
1 biji bawang besar dihiris
2 papan petai
cili padi 5 bjii
2 biji limau sambal - perah dan ambil airnya
ikan bilis goreng

Cara
-Campurkan semua bahan di atas kecuali ikan bilis goreng.
-Bila nak makan baru campurkan ikan bilis goreng. Kalau letak ikan bilis awal-awal nanti tak crunchy.

Black Beauty Chocolate Cup Cake

Asyik terlihat black beauty chocolate kek aje kat kebanyakan blog. So decide nak cuba apa rasanya. Resepi ni paling senang dibuat. Tak payah guna mixer pun, pakai whisk je dah siap.
 
 
Suka buat dalam cup cake sebab bila nak bagi orang senang je.
 

Menggunakan oil base colouring tapi tak berapa berkilatlah.
 

Adunan di bawah boleh dapat banyak cupcake sebab saya guna papercup yang medium size je.
 

My kids suka jenis ni. Boleh makan dengan banyak.
 

Kek ni teksturnya sangat lembut .
 

Salah letak bungalah. Semuanya pink tak naik seri sangat. Should use purple. He...he...he....
 

 
 
 
BLACK BEAUTY CHOCOLATE CUP CAKE
Source: Rahel.blogspot
 
Bahan A
2 cawn tepung gandum (saya guna seperfine flour)
3/4 cawan serbuk koko
2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil baking powder
 
Bahan B
2 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ butter cair
1 cawan air panas suam
1 sudu besar coklat emalco
3 biji telor
 
Cara
- Campur semua bahan B dan kacau sebati dengan whisk.
- Masukkan bahan A ke dalam mangkuk B dan gaul rata.
- Boleh guna loyang 8" atau cupcake.
- Cup cake masak selama 35 minit pada suhu 150 darjah. Ikut oven masing-masing.
 
Topping - saya guna yang ini
130g butter
90g cream cheese
5sudu besar gula aising diayak
1 sudu besar koko ( saya guna pewarna)
1/2 sudu teh esen vanilla
 
Cara
-Putar butter dan cream cheese hingga licin.
-Masukkan esen vanilla.
-Masukkan pewarna dan kacau rata.
-Gula sising utuk hiasan tapi saya tak guna.
 
Topping - boleh juga guna yang ini
1/2 cawan koko
1 cawan gula
2 1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tepung jagung
2 sudu besar butter
 
Cara
-Masukkan semua bahan dan masak atas dapur dengan api kecil dan sentiasa dikacau.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Thursday, January 3, 2013

Prosperity Roses the very lovely......

Salam tahun baru 2013, terlambat sikit wish dah masuk hari ketiga ni. Tak sempat nak bersiaran busy sikit. Lepas tu bertembung pulak dengan closing schedule year end . Now tengah panic tahap gaban. Harap - harap dapat settlekan. Lepas tu nak rehat secukupnya. Sementara tu kita layan dulu my lovely prosperity roses semoga tahun 2013 akan lebih prosperous untuk kita semua ya.
 
Prosperity ros ni dah lama beli tapi tak mahu membesar. Selepasa diberi banyak supplement seperti baja udang, baja ikan, ros food, ros care barulah menjadi sikit. Kiranya ni 1st time bloom dengan cantik.


Roses ni jenis bergugus.


Warna kat kudup tu memang cantik. Very the peachy tapi bila kembang menjadi warna putih. Berkabus pulak photo ni.


Kudup peachy tu memang cantik warnanya.


I still love the peachy buds tapui bila kembang bertukar kepada warna putih bersih.


Roses ni tak berapa wangi dan kelopaknya lembut.


Lovely!!!!!  Pagi , petang, siang , malam asyik tengok roses ni je.
  

Ni bila semua berkembang habis. Segugus.


Close up dekat rupa sebenar prosperity roses ni.
  


Anatara banyak-banyak photo yang disnap, i love to see this one.


Prosperity Roses collage.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...