Thursday, June 12, 2014

My Queen Zubaidah yang comel menawan.....

Queen Zubaidah atau La France ni merupakan one of my favourite roses.......Dah lama tanam ni tapi akhir akhir ni pokok LF ni kurang sihat sikit sebab diserang kanker. (Batng menjadi hitam). Satu bahagian dahan terpaksa di potong sebab sudah rosak Sedih betul. Boleh klik SINI  untuk lihat pada masa zaman segarnya...


Saya memang sikit terujat dengan kejadiannya kali ni. Kelopak kembang cantik. Bau harumnya mild sedikit.


Bila nampak kudup ni hati saya sangat suka sebab ini tandanya bunga akan menjadi cantik. The best part I love the green leaves. Ni petanda baik......maknanya bunga yang keluar akan cantik.


Walaupun sekuntum je yang berbunga tapi sudah cukup menggembirakan saya.....tu yang snap pelbagai angle...

I just adore to see the kelopak....keras sikit so it can last longer a bit...


Snap ni masa tengah panas tu yang lain sikit outcomenya....


Very sweet indeed.....Can click HERE to see it blooms previously.


 
Hmm....bila dah kembang tak berapa cantik sangat...


Nilah sekuntum yang berbunga...bawah bawah tu tak de daun dah....



A lovely ros collage.....love it so much.....this is a photo of one roses taken different angle...

Monday, June 9, 2014

Puding Karamel yang sedap....

Saya sebenarnya kurang memakan puding karamel mungkin sebab bau telornya. Bila lihat resepi di blog AzieKitchen terus saja hati terpaut untuk mencuba. Resepi pun mudah, bahan pun senang dapat. So start to do it.


Puding karamel ni lembut ...perfect combination......sekali imbas macam taufu fah pun ada.

Proses meletakkan air gula. Air gula ni seeloknya di masak malam dan dibiarkan sejuk dan seeloknya  disimpan dalam peti sejuk semalaman. Jangan letak banyak sangat nanti terlalu manis. Buat dalam mangkuk plastik kecil ni senang sikit nak makan. Boleh dapat 20 mangkuk atau lebih depend pada kadar kita tuang adunan susu ke dalamnya.


Selepas letak air gula boleh tuangkan adunan susu . Untuk hilangkan bau hanyir telor, mesti nak buang mata. Saya rasa buang mata ni ada satu lendir kat telor tu tapi ada yang telepas jugak tak sempat nak dibuang.



 
Panaskan kukusan dan letak mangkuk puding di atasnya. Boleh tutup, seeloknya tudung kukusan dibalut dengan kain supaya air tidak menitis jatuh ke mangkuk puding. Jika tidak kena selalu lap peutup pengukus supaya permukaan karamel licin.


Bila sudah siap , inilah hasilnya.....awesome. Dari kurang berminat makan puding karamel saya menjadi addicted to it already.....but the air gula mesti dikurangkan its too sweet....



PUDING KARAMEL
Source : Azie Kitchen

Bahan
1 tin susu pekat manis ( kurangkan jika tak suka )
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 biji telor dibuang mata
esen vanilla
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan air

Cara

Goreng gula hingga perang. Bila gula sudah bertukar warna barulah masukkan air. Masak sehingga mendidih dan gula hangus menjadi cair semula. Hati hati dengan proses ini.

Tutup api dan biarkan ia sejuk sebelum disimpan dalam peti ais. Esok pagi, boleh masukkan ke dalam bekas kecil plastik.

Telor dibuang mata dan dipukul tapi jangan sampai berbuih. Masukkan semua bahan lain dan kacau sehingga sebati.

Tuang ke dalam bekas kecil tadi yang telah diisi dengan air gula hangus.

Dididihkan air pada periuk kukusan, kukus selama 10 minit atau sehingga masak. Jika penutup tidak dibalut dengan kain , penutup mestilah dilap supaya permukaan karamel menjadi cantik. 


Sunday, June 8, 2014

Bunga bunga di taman.....

Setahun jugak saya perap entri ni dalam draft....lama tul....baru ni nak klurakan..... Selain roses ada jugak tanam pokok bunga lain seperti di bawah ni. Namanya tak tau lah.


The red one memang rajin berbunga......the white pne pun sama tapi la ni the white one dah mati pokoknya. 
  
  
Bila digabung dua cantik jugak...


 
Yang ni memang senang hidup dan rajin berbunga...

Putih dan di tengah ada purrplish sikit..



Kalau dua dua berbunga serentak  memang cantik...


They are just lovely...warna cantik tapi tak de bau...

Friday, June 6, 2014

Nostalgia lama.....terkenang...

Hari ni 5/6/2014, bersiaran dari Penang....he..he...sempena cuti sekolah and today yes its my 15th wedding anniversary. Its been a long journey yah.....Alhamdullilah....
Kali ni nak bernostalgia sedikit...he....he....jangan gelak....Back15 years ago.....5/6/1999 is the day. Its about my wedding dress.....Baju ni tersimpan kemas dalam almari di kampung. Hari tu balik kampung terpandangkan baju ni masih elok lagi tapi dah tak muat lah ya. Zaman dulu dulu kurus sikit je tapi sekarang hm...faham faham je lah. Dua baju yang ditempah, satu baju nikah dan satu untuk bertandang ke rumah hubby....Zaman sekarang beruntung ada banyak pilihan dan cantik cantik .....boleh sewa je kat mak andam...Masa tu saya pun tak terfikir nak menyewa at last beli kain dan tempah....kos boleh tahan mahal jugak. Bila difikirkan semula rugi pulak tempah sebab pakai hanya sekali sahaja tapi masa tu saya tak fikir panjang....


Masa tu saya memang meminati warna grey bila terpandang kain ni saya terus jatuh cinta. Kain ni saya beli di sebuah kedai di Semua House, KL. Sepasang dengn kain baju melayu sekali. Baju ni saya tempah dengan Man Kajang yang popular di kalangan artis. Cam tak percaya je, tempah dengan dia. Thanks to my cousin, Ita yang intoduce dan sanggup hantar saya pergi balik ke Butik Man Kajang di Kajang. Masa tu saya tak punya transport lagi....al maklum baru mula bekerja.


Saya memang sukakan warna grey dan design kain lace. Sulaman penuh padat. 


Baju ni agak berat sedikit tapi sangat selesa dipakai.

Man Kajang menjahit manik di bahagian kain dan leher baju saja. Masa pergi fitting baju tetiba baju jadi tak muat sebab berat badan bertambah sedikit , masa ni lagi 2 minggu nak nikah....kelam kabut....terus Man Kajang fitting kan semula...fuh...berdebar masa tu. Nasib boleh pakai. Masa tu harga tempahan taklah semahal sekarang. Nowadays can reach thousand dollars......

Yang ni baju nikah , saya pilih cream sebab saya kurang berminat dengan warna putih walau putih tu suci bersih. Saya tempah dengan my favourite tailor kat kampung sebab baju ni simple je. No manik..manik...


Saya dah tak ingat, saya beli di mana kain ni but saya memang sukakan warna dan designnya...very simple....I guess it will be in the closet forever......hu...hu....

Tuesday, June 3, 2014

Cut Ju roses tak pernah menghampakan...

Mendengar namanya pun pelikkan tapi tu lah sebenar namaya....Cut Ju....Jenis shrub dan rajin berbunga jugak. Boleh klik SINI, untuk lihat kembangnya Cut Ju sebelum ni. This roses memang tidak pernah menghampakan saya sentiasa berbunga dengan cantik.


 I just love this.......saya lebih suka roses yang baru nak berkembang begini....cantik....warna dan kelopak layer dengan sangat cantik..



When its opening.......macam ni memang sangat cantik..


From the upper look....


Bila dah blom ....warna bertukar agak cair sedikit. Roses ni bau harum and as usual memang tak tahan lama.

Nice layer. See the colour tone. I just love it.


 
The other angle.


 
So sweet and nice color.


 
My lovely cut ju collage...u are so beautifull....see how the color change from the buds till its open full bloom.

Monday, June 2, 2014

Ros Jepun.....kuning jambul terang.....

Sememangnya ros jepun atau portulaca Grandiflora menjadi one of my favourite flower. Walau terpaksa di replant selalu. Ada banyak jenis warna ros jepun ni. Sekarang ni famous pasal hybrid ros jepun. Memang cantik tapi katanya agak sukar nak hidup. Will get one soon.


Yang ni dipanggil ros jepun berjambul.  Warna agak striking. Very yellow.


Kali ni sihat ros jepun saya ni. Cam mana nak tahu sihat ? Bila kita lihat daun ros jepun tu segar.


Bila 3 berderet..

Bila semua kembang  memang cantik.....nasib cik bena tak hinggap kalau tidak mau kurus batang RJ ni dihisap si bena....Area ni memang kegemaran cik bena nasib dia belum serang lagi......

Very bright warnanya.


Segar bugar....seronok tengok......

Lovely ros jepun collage....with a very bright striking colours...


Sunday, June 1, 2014

Blueberries muffin

Blueberres muffin ni dah lama berada dalam draft tapi tak dikeluarkan sebab malas nak taip resepi. Dari bulan Jan'14 dan now is May'14 . Fuh lama kan. Now baru ada rajin sikit nak menaip entry ni.
Biasanya kalau ada fresh blueberries tak tahu apa nak buat so muffin je lah yang paling senang. Tangan saya ni memang selalu gatal nak membeli fresh blueberries kat Jusco ni walau tiada perancangan. End up kadang kadang tak buat apa pun....membazirkan so kali ni cepat cepat buat muffin selamat sikit.


Kalau guna fresh blueberries memang sedap sebab rasa masam masam tu ada.


Nilah the fresh blueberries.....sepaket kecil dalam RM8.00 kadang kadang RM11.00.


Cut into 2 lepas tu masukkan dalam adunan tepung tadi.


Lepas dah masak ....tu lah tekstur dalam muffin.....Muffin saya ni lembut macam cup cake pulak but I like it. Tak berminat pada tekstur yang keras....he...he..


Muffin saya taklah menggunung naiknya. OK ok je...



Sebelum dan selepasa dibakar dalam oven.



Yang ni naik sikit he,..he.....try guna bekas yang tinggi..

The look inside .....sebenarnya tak cukup blueberries tu yang tak meriah warna purple dia.
Muffin ni dimakan waktu breakfast kat office with a cup of tea.


Lovely muffin collage. Thanks to Azie Kitchen for sharing the resepi.



GRANDMOTHER HINCKLEY'S BLUEBERRY MUFFIN
Source : AzieKitchen

Bahan
3 sudu besar butter
2/3 cawan gula kaster
1 biji telor dipukul
1/2 cawan susu
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sk baking powder
1/2 sk garam
1 - 1 1/2 cawan fresh blueberries
1 sk vanilla extracts

Cara
Pukul mentega bersama gula sebelum dimasukkan telor. Selepas tu masukkan susu.
Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder dan akhir sekali masukkan garam.
Kemudian masukkan fresh blueberries yang telah dilap kering dengan kertas tisu. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin yang telah dispray dengan canola oil atau masukkan ke dalam cawan kertas.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak. Boleh keluarkan dari oven.
Semasa masih panas, berus sedikit mentega cair dan taburkan dengan sedikit gula diatasnya. (Saya tak buat yang ni). Sejukkan atas redai.
Satu adunan ni hanya menghasilkan 9 biji muffin saja menggunakan cawan kertas seperti dalam photo pertama di atas.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...