Wednesday, February 12, 2014

Bright pink roses....bukan saya punya

Bright pink roses ni bukan milik saya sebenarnya. Anak jiran saya seorang doktor, roses ni diberi oleh pesakit beliau. Saya disuruh menjaga roses ni buat sementara kerana gate depan beliau dalam proses pengubahsuaian. Oklah saya jagakan ......dalam hati takut juga.....takut mati orang punya kan....


Rasanya ni dari Cameron....

Satu pasu ada banyak anak roses. Tu yang banyak bunga keluar serentak....memang sangat cantik waktu ni...

Memang so bright and so beautifull....

Spesis yang ni tak de bau tapi bunga tahan lama.



Sayang roses ni tak panjang hayatnya.........susah sikit nak jaga roses macam ni......saya masih belum berjaya lagi..... Minta maaf banyak banyak pada jiran saya tu sebab roses ni dah ke syurga.....

Tuesday, February 11, 2014

Aquafair Malaysia di MITC, Melaka....

Pada 24/11/13, saya berada di kampung, Melaka, tetiba adik call bagi tahu yang ada Aquafair di MITC, Ayer Keroh.......apalagi sepantas kilat sebelum balik Johor kami singgah sekejap. Di Aquafair ni banyak ikan laga, obor obor dipamerkan. My favourite mestilah si ikan laga.


Memang banyak betul ikan laga dipamerkan, beratus rasanya. Kebanyakannya untuk dijual. Ada satu ikan laga dari Thailand harga mencecah RM400.00 seekor....hu..hu....kalau mati nangis wo.

Susah jugak nak snap photo ikan ni....al maklum camera pun tak canggih.....ni si ikan laga...

Yang ni not for sale.....ikan laga ni masuk pertandingan....cantik dan unik warnanya....

This is so nice....very white...

 Hu...hu...bila kembang tu yang cantik...Total damage saya kat Aquafair ni banyak jugak...RM50.00 sebab beli ikan laga. Ikan laga yang paling mahal saya beli berharga RM14 & RM10.00.



 Ni pun lain sikit.....biasanya saya beli yang murah je ikan laga ni , sekor RM2.50 je kalau mati tak lah nangis teruk. Di office saya ada 5 ekor ikan laga......kalau nak bela mesti guna air filter dan ikan ini boleh hidup selama setahun tapi jika anda menggunakan air paip , ikan ni tak boleh tahan lama. Paling lama pun 3 bulan lepas tu kiok. Kalau nak guna air paip mesti diembunkan tanpa pentup semalaman barulah boleh letak ikan laga tu. Tapi saya tak pernah buat cara ni.



Si Nemo comel ni pun ada tapi tak banyak di pamerkan.

Si obor obor/jelly fish yang sangat cantik.......

Sesi bermain bersama obor obor....memang sangat lembik....

Rombongan Cik Kiah .....he...he......budak budak ni teruja tengok banyak ikan....



Monday, February 10, 2014

Asam Pedas Hjh Rahmah, Melaka

Bila saya balik ke kampung saya jarang memasak, mak pun dah tak larat memasak so kami selalu keluar makan. Kali ni try makan di kedai asam pedas Hjh Rahmah  Hj Ibrahim di Bukit Katil (kalau tak salah saya). Tahu pasal kedai ni pun melalui JJCM TV3. Boleh masuk simpang kiri di traffic light Hospital Pantai. Selepas JPJ, masuk ke traffic light sebelah kanan dan terus aje, kedai ni sebelah kiri jalan.


Masa kami sampai , memang ramai orang kat kedai ni. Nasib ada meja kosong. Lauk banyak yang belum direfill lagi. Yang ni nampak sedap cencaru goreng sambal. Rembat je dulu apa yang ada.


 
 Kuah kari ni pulak tak de ikan. Ambil kuah je saja nak rasa kari kat sini....boleh lah.


 Kangkung goreng belacan....sedap gak...sebab nampak pekat.


Asam pedas ikan parang......nampak cair tapi rasa ok gak.


Masa kami nak balik , baru direfill asam pedas ikan pari ni.


Wah ....ni memang nampak menairk ya....Asam pedas kepala ikan jenahak......nasib saya tanya berapa harganya......kwang...kwang.....RM35.00 ya kepala je........

Udang goreng ni pun nampak menarik.....besar tapi lupa pulak nak tanya harganya.....sebab tergaman dengar harga kepala ikan jenahak tu...


 
Ni photo depan kedai.....


Sunday, February 9, 2014

Mini Malaysia & Asean, Ayer Keroh, Melaka

 Memang dah lama betul saya tak singgah di Taman Mini Malaysia, rasanya dalam 30 tahun kot. Walau balik kampung selalu melintas di hadapannya namun nak masuk tu jauh sekali. Bulan Oktober'13 yang lalu saja bawa the kids ke sini. Mereka pun 1st time. So sangat teruja melihat banyak jenis rumah.


Taman Mini Malaysia ni dah diupgradekan. Dah cantik tempat entrance ni tak macam dulu dulu.


 
Saya ni snap snap photo, tak ingat semua rumah represent negeri yang mana. Ada 13 buah rumah yang setiap satunya mewakili negeri di Malaysia ni. So tak perlu ke semua negeri untuk melihat rumah tradisional, datang je kat sini boleh tengok semuanya.



Rumah ni sama je dengan masa saya pergi 30 puluh tahun dulu........rumah rumah ni diperbuat dengan kayu yang sangat baik sebab tu tahan lama.

Rasa tenang je kat sini. Ada juga demonstrasi membuat roti jala , kuih tart dan semuanya dijual.


 
Yang ni rumah Sarawak ke Sabah tak sure.

Ada juga yang menunjukkan kemahiran seni kraft dan permainan gasing dan congkak di luar rumah.


Yang ni pun tak sure rumah Sabah ke Sarawak.

Memang seronok kalau tinggal di rumah kampung ni.....sejuk je....Di dalam setiap rumah dilengkapi dengan perabot yang sesuai. Sesuai dengan rumah zaman dahulu kala....

Eh....eh......ada 3 dara pingitan ditepi tingkap....he.....he....he.......

Lepas persembahan tarian ada acara joget lambak. Para pengunjung diajak berjoget sama.



Para penari kebudayaan yang mempersembahkan tarian. Di sini ada juga horse riding.

Thursday, February 6, 2014

PA roses yang menawan.......

Roses warna oren memang menjadi kegilaan ramai peminat roses. Nasib saya baik sebab dapat Cik PA ni. Seperti biasa dari Mami Yawinscha.


So sweet warna orennya.

Banyak layer jugak.

Bau harum sedikit dan tentulah tidak tahan lama. Roses ni memang rajin berbunga tu yang best.

Memang saya sangat menyukainya. So lovely.



From the side.

Masa ni baru dapat lagi dari Mami tu yang segar cantik je. Masa ni dalam bulan Sep13. Sekarang dalam proses pembesaran hopefully sihat lah dengan saya tapi nampak macam susah je. Sebenarnya roses ni dalam proses pemulihan. I will take care of you dont worry.......ayat memujuk hati....he...he...he..

Wednesday, February 5, 2014

Perhentian Kuih Kampong, Melaka

Tahu restoran ni ketika menonton rancangan jalan jalan cari makan di TV3. Rupanya kat Melaka ni ada banyak kedai yang menjual kuih muih tradisional. Salah satu ialah restoran Kuih Kampong ni yang terletak di arah nak ke Padang Temu. Sampai satu susur ambil kanan jangan terus ikut ke Padang Temu.


Kuih muih kat sini memang banyak dan nampak menarik tapi sayang sikit sebab kuih ni dipotong kecil sangat.

Kuih apa ya ni ......kuih sagu mata ikan kot...



Ni one of my favourite........kuih cara berlauk.

Ada banyak lagi kuih muih yang saya tak snap....ni sebahagian saja.



Saya ni memang peminat kuih tart.....so happen kat situ ada jual......meet my test yang ni .....sedap...jem tu tak keras sangat.


Selain dari  kuih muih ada hidangan lain jugak.....Asam pedas .......yes my favourite dish. Ni asam pedas ikan parang.

This is mine , asam pedas ikan semilang.......not bad....sedap jugak but my mom asam pedas is still the best......masakan mak kan mestilah sedap.


Side dish, kangkung goreng belacan and as usual my plate.


Ni depan kedai......kedainya besar jugak and orang memang ramai..........Kalau nampak signboard ni ya lah tu. Singgah le.....he...he...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...