Tuesday, August 5, 2014

Ros Jepun cantik menawan......

Selain dari roses saya ni peminat tegar ros jepun. He...he....Setelah join Kelab Peminat Ros Jepun di FB, minat saya tu makin menjadi jadi. Rupanya ada banyak spesis yang saya tak de lagi. Memang cantik cantik and rambang mata dibuatnya. Should tambahkan lagi collection...he..he..


Yang ni jenis selapis ....ton warna memang cantik.......orangy ke merah merahan.....



Keratan untuk yang ni saya beli dari Wong Lee di FB. Beliau tinggal di Port Dickson. Ada banyak spesis pada Wong Lee ni. Memang cantik. Boleh klik SINI untuk lihat lain spesis.


Jenis yang ni tak merimbun sangat. So saya kena tanam semula untuk biakkan dia.


If dah snap photo ros Jepun ni memang tak boleh nak berhenti. At the end saya yang pening nak pilih yang mana satu nak letak.


Ros Jepun ni akan kembang pukul 9 pagi ke atas.....dalam pukul 3 dah mula nak kuncup....but I love it. Saturday and Sunday je boleh tengok dia sebab hari lain bekerja.



Tengoklah tak merimbun sangat......Kena tanam semula. Satu perkara yang paling malas saya nak buat adalah tanam semula. Hayat ros Jepun ni selalu dalam 3 ke 4 bulan je.....lepas tu kena replant. Tips nak gemukkan ros Jepun ialah masa baru tanam , jirus/siram dengan air ikan seminggu sekali atau 2 kali selama 2 minggu gerenti ros jepun ni akan gebu.

Monday, August 4, 2014

Bread Butter Pudding...yummy...

Bread butter Puding sememangnya my favourite......bila dimakan dengan kastard tu hmm...hm..memang best tak terkata. Nak buat pun senang je tak susah. Rupanay entri ni dah duk dalam draft setahun lamanya...he...he....baru sekarang nak menjengah....he...he.....


This time round letak buah peach dalam tin dan strawbery as hiasan.



Bila dah masak pudding ni mengembang sikit......I think because of the egg rasanya.


Bila dituangkan kastard ......memanglah sedap tak tekata. Ditambah dengan rasa masam masam strawbery dan buah peach.


Oh my dah drooling ni nampak lelehan kastard tu....


BREAD BUTTER PUDDING
Sumber: Annaqawina, Chef Asma, Ita Rohaya Homemade Bakery

Bahan A
10 keping roti  - saya guna roti perancis yang panjang keras tu
100gbutter - terlalu banyak. guna agak agak je
100g kismis - lebih pun tak pe
buah peach dalam tin - saya letak
serbuk kulit kayu mans sedikit

Bahan B
Filling Kastard
500ml fresh milk
100g gula kastor
5biji telor gred A
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara
Sapu loyang dengan butter dan letakkan roti Perancis tadi.
Boleh sapu dengan butter juga.
Taburkan kismis dan serbuk kulit kayu manis.
Lepas tu boleh tuangkan filling Bahan B.
Letak butter pada lapisan atas dan biarkan adunan sebentar sehingga lembut.
Bakar pada suhu 150 darjah, ikut oven masing masing.

Cara buat filling
Campurkan semua bahan
Tuang ke atas roti dan biarkan ia lembut.

Vanila sos
Bahan C
500ml fresh milk
100g gula kastor
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan D
20g tepung kastard
125ml air masak

Cara
Panaskan bahan C sehingga mendidih.
Bancuhkan bahan D dan campurkan ke dalam bahan A.
Masak sehingga pekat. Jika terlalu pekat boleh tambahkan air atau fresh milk sedikit.

Hidangkan pudding dan curah dengan vanilla sos. Kalau makan begitu saje kurang sedap so vanilla sos is  a must.












Sunday, August 3, 2014

Steamed Yam kek lagi....

Saya memang sangat menggemari steamed yam kek ni. Kalau saya ke restoran Sedap Corner saya mesti beli kuih ni. Tak susah pun nak buat yam kek ni. Kebetulan ada beli keladi kat pasar tani so dapatlah seloyang kuih ni.

Kalau kita buat sendiri , bahagian atas tu kita boleh letak lebih sikit baru sedap makan. Atas tu ialah udang kering , daun sup dan cili merah. Yam kek ni sedap dimakan bersama dengan sos Thai.


 
Buat dalam loyang kecil je kali ni....

Dah terbau aroma gorengan bawang dan udang kering....



Kali ni saya letak lebih sedikit keladi. Keladi tu saya rebus kan sedikit supaya cepat masak bila dikukus.


KUIH KELADI / YAM CAKE
Source : resepicitarasawan.blogspot.com
Main    : Diana@Melly Sky blue's kitchen, Sue@Nanie Syurie.blogspot.com

Bahan A
170g tepung beras
40g tepung ubi
500 ml air
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/4 sudu kecil serbuk 5 spices - tak letak
1/2 sud kecil serbuk stik ayam atau cukup rasa Maggi

Bahan B
300g keladi - dipotong dadu kecil
50g udang kering, rendam dan toskan - saya letak lebih dari ni
4 sudu besar minyak masak

Bahan hiasan
Bawang goreng - saya buat sendiri lebih sedap aromanya
1 biji cili merah cincang / hiris
Daun sup

Cara
- Satukan bahan A, gaul rata dan ketepikan.
- Goreng keladi sehingga sedikit keperangan. Angkat dan toskan.
-Menggunakan minyak yang sama , goreng udang kering yang ditumbuk sedikit sehingga perang. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan sedikit sahaja.
-Masukkan bahan A (bancuhan tepung) dan masak hingga naik wap. Tutup api dan masukkan keladi dan udang kering, gaul rata dan tuangkan dalam loyang 8". Loyang mesti dilenserkan dengan sedikit minyak.
-Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus di dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30 minit.
-Biarkan sejuk dan taburkan dengan bahan hiasan.
-Hidangkan bersama sos cili Thai.



Thursday, July 31, 2014

Udang Besar steam je......

Hari ni dah 5 hari raya, 01/8/14 friday......sekejap je kan......dah balik buat kerja kat office ni al maklumlah closing day........mood Hari Raya samar samar ........

Jom layan udang besar steam ni.....

Lama dah teringin nak makan udang yang besar besar ni tapi tak kesampaian sebab tak jumpa. Tetiba dapat udang besar ......hubby order dengan kawan .....sukanya hati tak terkata. Saya ni memang hantu udang ....anak anak dan suami kurang sedikit.


Apalagi steam je udang ni memang manis...


Banyak juga udang ni dalam sekilo....



Sebesar tapak tangan udang ni .....memang puas makan. Isi padat.


Siap untuk dikukus.......letak halia, bawang putih, garam dan crush lada hitam.



Rasa uadng steam ni manis manis gitu.....tapi bila besar ni makan banyak ada rasa muak sikitlah kan..


Sedap tak terkata...puas makan .....besar dan padat isinya...


STEAM UDANG BESAR
Source : Sweetiesaqi

Bahan
Udang besar
halia
bawang putih
crush lada hitam
garam secukup rasa

Cara
Satukan semua bahan dan gaul rata. Panaskan kukusan dan steam udang sekejap saja supaya tak overcook.


Thursday, July 24, 2014

My Sweet Pink China doll roses.........

Today 25/7/2014, dah 27 Ramadan. Lagi 3 hari semua umat Islam akan merayakan Hari Raya Aidilfitri....jalanraya sekarang sesak sebab ramai yang dah mula pulang ke kampung.  Berhati hati di jalanraya semoga perjalanan pulang ke kampung diberkati......Amin.

Ni antara roses terawal yang saya beli. Terpikat dengan warna pink yang terang serta bergugus bila berbunga. Susah juga saya nak membela roses ni. Semuanya serba tak kena dan susah nak membesar. Berkat kesabaran dan setelah memberi banyak vitamin barulah dia nak membesar dan berbunga. Memang besar cabaran saya dalam membela CD ni. Boleh klik SINI untuk lihat ianya kembang pada bulan Jun'13 selepas tidak mahu membesar.


Warna ros kali ni agak terang so compact NIKON saya agak meragam sikit. Difficult to get the right shot.


Yang best bila banyak buds or we call it kekacang yang keluar.....masa ni saya sangat teruja dan tak terkata gembiranya.

Oh my WW ros pun berkembang serentak....very nice bloom dia tu...


Hmm.....cik thrips ni tak kira comel gini pun dia nak cium tau....tu yang ada eyeliner warna coklat tu dialah....


Sweet Pink CD ni tak de bau ya.....so the roses can last for 2 weeks....tu yang seronok.

Belum lebat lagi daunnya...


Si WW menempel sikit kat belakang tu.....


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Wednesday, July 23, 2014

Last Masterpiece of Abah.....

Tahun ni genap 7 tahun pemergian aruah abah. Masa tu tinggal beberapa hari je nak merayakan Hari Raya Aidilfitri ......maka Aidilfitri tahun tu disambut sayu.....biasa kita peluk cium minta ampun dan maaf dari dua orang tapi pagi tu hanya emak saja yang ada......seminggu sebelum raya saya sempat balik ke kampung untuk berbuka puasa bersama Abah. Bila hati terdetik untuk balik kampung maka haruslah kita balik sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi akan datang. Sekurang kurangnya kita tidaklah rasa ralat....Seminggu sebelum tu saya sempat berbuka puasa dengan Abah.....itulah kali terakhir kami makan bersama...


Abah merupakan seorang Cikgu lukisan dan Bahasa Malaysia. Mengajar di sekolah perempuan saja cuma di akhir akhir nak pencen ditukarkan ke sekolah lelaki. Ini adalah lukisan oil painting peninggalan Abah. Teringat kata kata Abah.....abah tak de apa nak bagi anak anak hanya pelajaran saja yang abah mampu bagi yang lain tu pandai pandailah. Banyak lukisan oil painting dan water color yang dihasilkan oleh Abah dijual dan ada juga yang diberi kepada kawan kawan.


Sketch drawing Abah yang saya jumpa dalam almari di kampung. Sketch jam besar yang dibuat pada tahun 2001. Abah gemar berjalan ke bandar dan duduk setempat sambil membuat sketch di buku drawingnya. Selepas dapat 2  ke 3 lakaran , Abah akan pulang ke rumah.


Abah memang sangat gemar melukis.....terutama pemandangan. Potret adalah juga tapi tak banyak...itu pun upon request saja. Pada waktu lapang Abah akan transfer lakaran/sketch dari buku drawing ke kanvas....bermain dengan oil painting atau water color.....



Antara kami 5 beradik tidak ada seorang pun yang mengikuti jejak langkah beliau yang pandai melukis. Saya tak pandai melukis tapi saya boleh bermain dengan warna dan membentuk satu lukisan yang cantik. Zaman tu lama dah saya tinggalkan zaman sekolah kan.....Kini masih ada niat di hati saya untuk bermain dengan water colour tapi belum berkesempatan lagi...... Selalu kalau saya ada peperiksaan Lukisan , Abah lah tempat saya rujuk......tapi abah memang tak pernah ajar  atau bagi tution bagi memastikan kami adik beradik pandai melukis. Semuanya kena datang dari hati.....mesti ada minat.



Sketch/lakaran Melaka river.....



Nama yang kekal  terpahat di kanvas ini......




Another painting yang ada di rumah adik saya. Ada lagi a few tapi di rumah lama. Kalau berkesempatan saya akan cuba cari. Bila Abah dah tak de...barulah sekarang kita nak mencari dan menghargai....dulu tak terfikir nak keep track semua lukisan Abah......zaman dulu masa saya bersekolah tak punya camera untuk rakam memori...bila ada Abah pulak dah tak aktif melukis atas faktor kesihatan.....matanya yang kurang nampak......Al - Fatihah untuk Abah semoga beliau tenang di sana.....Amin.

Tuesday, July 22, 2014

Salty Pretzel Cookies......crunchy..

Hari ni 23/7/14, dah 25 Ramadan......lagi 5 hari kita akan berhari raya. Semua persiapan dan siap ke......bagi saya ala kadar je lah......tak beria sangat nak raya ni. Biasa biasa saja. Yang tak bestnya tahun ni beraya di kampung sekejap saja, 30/7/14 dah kena balik sebab esoknya kerja. Nak buat cam mana awal bulan......nak kena mengadap closing accounts......potong steam tul kan......kalau tak......sure best cuti seminggu.


Salty Pretzel Cookies ni saya dapat resepi dari Kak Rima, Bisousatoi..........terpandangkan photo nan satu tu dan bila baca resepi cam senang je nak buat .....tu yang resepi ni jadi pilihan.....Thanks Kak Rima for sharing the resepi......Tahun ni adalah tahun membuat drop cookies......sebab senang tak yah susah nak terap bagai.....dropkan je kat loyang and terus bakar.....


Mula mula nak buat ni my main problem mana nak cari pretzels ni......... at last jumpa jugak kat Bakewell.  Mahal juga harganya RM15.90 for 255 g. Beli satu je tapi nak buat 2 adunan.....tak pelah buat je...apa rasa pretzels ni ya. Tak de rasa cuma di luar tu masin sikit.....



Ni lah yang dikatakan drop cookies......cekup dan drop je.....so tak de bentuk tertentu ya...


This year saya tukar sikit....kalau sebelum ni guna buttercup....this time round guna SCS butter....mahal sikit but the aroma memang sedap. Satu rumah bau butter....


 
Bila dah masak.....hmm....biskut ni very crunchy and crispy......sedap gitu...lepas tu ada rasa masin pretzels tu....


Ngap ngap dah tinggal setengah pulak biskut ni .....tu dia raya lom lagi.....



A must try cookies.....memang sedap, simple dan senang......will defintely repeat this for next year.


SALTY PRETZEL COOKIES
Source :Bisousatoi
by Carey Jones n Robyn Lenzi

Bahan
125 g tepung gandum
2 sudu besar malted milk powder - boleh guna horlicks
1/2 sudu kecil bikarbonat soda
1/2 sudu kecil garam - saya tak letak
185 g mini pretzels
170 g gula kastor
130 g dark brown sugar - saya guna yang biasa saja
1 biji telor medium saiz
170 g chocolate chips

Cara
- Panaskan oven 180 darjah - saya guna 120 darjah. Ikut oven masing masing ya.
- Satukan tepung, malted milk powder atau horlicks, garam dan bikarbonat soda - gaul rata.
- Mesin kering 85 g pretzels sehingga menjadi serbuk dan tambah ke dalam mangkuk tepung tadi. Kacau rata.
- Racik 100 g pretzels tadi pada kepingan yang kecil kecil.
- Dalam stand mixer, pukul butter , gula kastor dan brown sugar pada kelajuan medium. Masukkan telor dan pukul pada kelajuan perlahan sehingga semua bersatu. Masukkan tepung tadi dan kaup balik dengan spatula atau senduk kayu. Letakkan chocolate chips dan pretzels yang telah diracik tadi. Kaup balik adunan. Adunan mestilah lembut dan tidak keras. 
-Ambil sedikit dan letakkan dalam loyang. Sedikit saja ya sebab adunan ni akan mengembang. Bakar selama 20 minit sehingga biskut masak.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...