Wednesday, November 20, 2013

My China Doll Pink Roses.....lama ku nanti

Terpandang roses ni kat geng roses kat FB....Fuh...memang cantik tak terkata........So apa lagi mula proses menggorder lah kan......Hu...hu....beli anak China Doll Pink roses (CD) ni dari Mami Yawinsha seperti biasa. Masa pokok datang tak berapa besar sangat so terpaksa belai lebih sikit. Tapi sungguh susah nak membesarkan CD pink ni. Lama jugaklah nak menunggu pokok roses ni membesar.


Ni masa bulan Jun'13, kecik lagi pokok ni. Sampai satu takat rasa give up jugak dengan CD pink ni tapi tup...tup...berbunga pulak......walau tak semeriah mana cukup membahagiakan hati ini....amboi.....

Kecik kan pokok ni......nasib baik nak berbunga...CD pink roses ni berbunga bergugus tapi tak de bau lah ya.


Dari sisi, pokok kecik tapi nasib baik subur.....


Dari pandangan dekat...sekuntum...


Masa bulan Sep'13 dah subur sikit......menampakkan perkembangan yang cukup baik setelah saya pindahkan ia dari bawah porch ke bahagian luar supaya kena sinaran matahari lebih sikit. Roses memang nak sinaran matahari 4 ke 6 jam. Baja pun memang letak dengan banyak dan berjenis jenis selang seminggu....letak baja udang + tahi kambing + air ikan + ros food + ros care.......banyakkan.....sayang punya pasal banyak saya bagi dia supplement....


Inilah hasilnya........kekudup kacang yang keluar dengan banyaknya.....seronok tak terkata....



Mekar lah semua kudup kudup kekacang tu tadi. Yang buat saya sangat sukakan roses ni ialah ia dari jenis yang bergugus, bunga tahan lama dan paling penting warnanya.....bright pink.......walau tak wangi no problem.......tahan seminggu jugaklah bunganya......


 I love this........memang sangat cantik....terubat rasa penat lelah menunggu CD pink roses ni membesar.....so happy....


So lovely......China Doll Pink Roses................

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...