Pulut kuning memang makanan kegemaran satu keluarga kecuali saya....he...he....boleh makan sikit je sebab pulut ni berangin....saya sedikit allergic. Yang pelik tu anak anak saya hanya akan makan pulut kuning saja....pulut warna putih mereka kurang nak makan....
Simple je pulut kuning ni......pulut kuning ni sedap dimakan dengan rendang. Kebetulan saya buat rendang hati..hm...sedap..
Proses pembautan pulut kuning. Rendam semalaman pulut yang telah dicuci bersama dengan sedikit kunyit serbuk. Masakkan pulut bersama sedikit santan dan garam ke dalam rice cooker sehingga kering. Keluarkan dan masukkan dalam loyang. Saya suka buat begini sebab pulut lebih cepat lembut. Kalau saya terus kukus akan memakan masa yang sangat lama.
Setelah dimasuk dalam loyang bolehlah dikukus pula sehingga masak.
Nampak macam nasi pulak kan.
Setelah masak boleh lah di gaulkan dengan sedikit gula untuk memberi impact kilat.
Sedap dimakan bersama timun dan telor dadar .
Lengkap bila dimakan dengan rendang hati atau apa apa rendang pun.
PULUT KUNING
Source : Sweetiesaqi
Bahan
500g beras pulut
1 keping asam keping
1 sudu besar kunyit serbuk
1 cawan santan pekat - boleh tambah
1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Cara
Basuh beras pulut dan toskan airnya. Masukkan serbuk kunyit. Kacau supaya warna rata. Lepas tu barulah dimasukkan air dan rendam beras pulut dengan asam keping selama 1-2 jam.
Toskan air rendaman pulut dan masukkan ke dalam rice cooker bersama sedikit santan dan garam.
Biar masak seketika. Panaskan kukusan.
Masukkan pulut yang telah dikeluarkan dari rice cooker ke dalam loyang. Ratakan dan letak loyang dalam kukusan. Kukus sehingga masak. Boleh letakkan sedikit santan masa ni untuk bagi dia lembut lagi.
Kukus lagi sehingga masak. Setelah masak boleh keluarkan dan letak dalam mangkuk. Boleh letak gula dan gaulkan supaya pulut kelihatan bersinar.

Memang favourite la pulut kuning ni kak..tapi tak reti nak masak..
ReplyDeleteWa, cuba masak. Senang je...dulu saya pun tak pandai tapi belajar buat baru ok sikit
DeleteSalam
ReplyDeletenak tanya sket asam untuk apa ya....
wsalam, asam tu katanya supaya warna kuning kunyit tu lekat kat pulut macam gam sebab asam keping kan cam bergetah sikit..
DeleteI'd like to try it, it looks delicious :)
ReplyDeleteYes dewberry should try...this is call glutinous rice.....the sticky one.....
Delete