Sunday, July 29, 2012

Ulat Bulu Si Ulat Beluncas.........geramnya...

Satu hari balik dari kerja, terperanjat tengok ada banyak ulat bulu kat my daun roses. Tak sempat nak masuk dalam rumah terus saya kerjakan itu ulat bulu. Adalah dalam 10 ekor habis semuanya saya lenyek - lenyekkan. Geram betul. Tak pernah poko ros kampung warna pink ni diserang oleh ulat bulu dengan banyaknya. Kira 1st timelah ni.



Seronoknya dia landing kat daun ros yan gmenghijau subur ni. Ulat bulu jenis yang comel ni tapi comel comel pun dalam sekelip mata boleh togelkan daun ros ni.


Mesti dihapuskan dengan segera semua ulat bulu ni. Kalau terpegang memang gatal tak terkata.




Untuk menghapuskan ulat bulu ni boleh guna resepi di bawah ni. Senang je, kena rajin sikit buat.

Juice Penghapus Serangga
Bahan
4 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar Glo (pencuci pinggan)
air secukupnya ( 500ml air ikut botol mineral kecil pun boleh)

Resepi di atas untk Serangga mengunyah = belalang, kumbang, ulat bulu, siput, lintah

Note : 1 sudu besar serbuk kunyit - dicampurkan dalam resepi di atas bagi menghalau serangga menghisap seperti teritip,kulat putih, kutu daun

Cara
-Tumbuk bawang putih sehingga lumat. Masukkan ke dalam air.
- Campurkan sesudu minyak + sesudu Glo.
- Tumbuk pula cili padi hingga lumat  masukkan dalam air tadi. Kacau rata.
- Tapis ke dalam botol spray. Siap untuk dispraykan ke daun pokok bunga ros. Seeloknya waktu petang. Siram pokok bunga ros barulah dispraykan air bawang ni. Gerenti mati itu ulat bulu. Cuba tengok gambar di bawah. Ulat ulat ni tak suka bau bawang putih dan pedas cili padi.
   



Hah! Dah mati dah dia. Saja saya test ambil satu ulat bulu ni dan spray dengan air bawang putih tu memang berkesan terus KO.

6 comments:

  1. Kat rumah sy ada byk ulat ni tp dia byk lepak kat pokok ugenia yg berdaun padat dan mcm mana byk dia makanpun pokok tu tak terjejas sb byk daun....tak pasti betul tak ejaan pokok ni tapi kat dapmbar serangga blok sy ada gambar ulatni bertenggek kat daun ty mungkin sb tu dia tak usik pokok bunga sy yg lain sgt.apapun good tips.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab daun tu padat yang tak nampak ulat ni, pokok saya tu jarang jarang daunnya sebab tu senang nampak. Sekarang dah tak da ulat ni lagi, nasib baik..

      Delete
  2. Saya nak cuba kat pokok tomato dan limau purut saya yg kena hinggap kulat putih..geram betooll.. :(

    ReplyDelete
  3. Pokok kunyit saya kene serang dgn belalang kecik2... agak2 boleh kot guna tips ni... geram je asenye tgk2 daun udah rosak di kerjakannye....

    ReplyDelete
  4. Pokok daun kari saya jahanam togel langsung takde daun.Angin betul...Mesti kerja pak belalang nie...Aduh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup mungkin si pak belalang punya kerja....rajin spray nanti dia tak datang....dah lama saya tak nampak belalang kat pokok saya...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...