Saturday, July 28, 2012

Puding Jagung


Puding jagung ni special request from my hubby. Dah borring makan kek katanya. So satu hari tu, cik hubby dah bershopping barang -barang nak buat puding ni, balik dari kerja terperanjat juga dibuatnya. Sebenarnya tak berapa pandai buat puding ni sebab selalu tak menjadi. Nasib baik yang ni jadi. Resepi guna yang ada pada NONA Tepung Hoen Kwe - yellow.


Warna kuning cam lemon.

Ni terlebih rajin, decorate sikit dalam acuan tart.


Tersembul - sembul jagung tu.


Nilah 1st time pakai tepung hoen kwe buat puding jagung. Kebiasaannya ramai yang menggunakan tepung kastard.




PUDING JAGUNG
Source : dari packet tepung hoen kwe NONA

Bahan
tepung hoen kwe NONA (1 tiub ) 100g   ( 1 tiub )
santan                                         900 ml   ( 4 1/2 cawan )
gula pasir                                       120g    ( 1 1/2 cawan )-saya letak 1 cawan je
garam                                                 2g    ( 1/2 sudu kecil)
jagung berkrim dalam tin               300g    ( 1 tin ) - saya guna jagung yang tak berkrim

Cara
1- Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk. Kacau rata.
2- Masak dengan api sederhana sehingga pekat dan likat.
3-Masukkan dalam loyang. Tunggu sehingga adunan sejuk baru masuk dalam peti ais.
4-Selepas sejuk boleh dipotong dan dihidangkan.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...