Showing posts with label Cakes. Show all posts
Showing posts with label Cakes. Show all posts

Sunday, December 27, 2020

Victoria sandwich cakes done in Dec 17

.Victoria sandwich cakes (VSC) ni saya buat dah lama...terperap entri ni dalam draft since Dec 17

VSC ni saya buat untuk tetamu yang berkunjung ke rumah saya.

Rezeki tetamu saya ni. 
Klik  SINI  di entri blog saya untuk resepi VSC yang sedap ni.

Love the texture of these VSC. 

Saya tak buat strawberries compote sebaliknya saya menggunakan jem strawberies dari Paris. Senang sikit kerja.

A box for my tetamu to bring back home.

Ada juga pandan gula melaka cupcake yang saya buat buah tangan untuk tetamu saya. 



Monday, September 28, 2020

Orange cake yang simple...

Trying this orange cake yang sangat simple nak buat. Resepi is fron Kak Nina from her IG @victoriasandcake .

So happy , my cake menjadi. Trying my new bundt pan also.




Fresh flower from my garden and using daun limau purut.



Love..

Love the texture.


Terasa rasa orange tu.

Sedap ....everyday a piece for me.

A piece  with ros tea.

Sedap di makan with a cup of coffee. Must use pure butter untuk dapatkan rasa buttercake yang sedap ya.


ORANGE BUTTER CAKE
Source : Kak Nina from her IG @victoriasandcake

Bahan

250 g butter
180 g gula kastor 
4 biji telor
1 sudu kecil vanilla esen
250 g tepung naik sendiri
100 ml jus of fresh orange
2 sudu bear orange zest / parutan kulit oren 
1 sudu besar golden sirap - kalau tak de tak perlu letak

Cara

1. Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 150 darjah . Ini ikut oven masing masing ya.
2. Pukul butter dan gula kastor sehingga kembang ( creamy light and fluffy .
3. Masukkan telor sebiji demi sebiji. Selepas itu masukkan vanilla esen. 
4. Masukkan oren zest / parutan kulit limau. Pukul sekejap je.
5. Slowkan mixer dan masukkan tepung naik sendiri dan jus oren.
6. Pukul lagi tapi jangan terlalu lama. Sekejap saja untuk sebatikan adunan.
7. Masukkan dalam bundt pan dan bakar selama 50 - 55 minit atau sehingga masak. Cucuk dengan toothpick untuk tahu samada kek dah masak ke belum. Jika tarik keluar toothpick tu ada adunan yang melekat maknanya belum masaklah kek tu. Bakar lagi 5 ke 10 minit.

Note : Boleh guna 9 " loyang atau 10 cup bundt pan
 



Monday, March 11, 2019

Marble butter cake yang simple...

As usual saya selalu suka buat kek yang simple je and semestinya butter cake is my choice.

Kali ni buat dalam bundt pan....Nasib dia keluar cantik..


Ada crack sikit but its ok....so kita letaklah daun rosemary tu sikit....


Rosemary and bunga sate from my grden...


Love to see this...


Must use pure butter baru sedap butter cake ni...my choice of butter is lescure and tatura....now a days butter price is so expensive......pengsan nak membelinya...


Lagi sedap makan ni berkawankan secawan kopi...



As usual a piece for me...





BUTTER CAKE

Source : Azie Kitchen

Bahan
250 g pure butter
250 g tepung naik sendiri
180 g gula kaster
4 biji telor
1/2 cawan susu segar

Cara
-Panaskan oven selama 20 ke 30 minit . Ikut oven masing masing ya.
-Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih. (low speed kemudian sederhana kemudian high speed semula )
-Masukkan telor sebiji demi sebiji diselang seli dengan tepung. 
-Masukkan susu segar dan pukul lagi sehingga sebati.
-Masukkan adunan ke dalam Loyang saiz 8 atau 9" yang telah dipalik dengan baking paper. Sapu butter ke atas kertas baking paper.
-Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak. Ikut kepanasan oven masing masing ya.
-Angkat dan sejukkan atas redai.

Nota : Jika menggunakan tepung gandum , boleh masukkan 1 sudu kecil baking powder.
           adunan tu ambil sedikit dan masukkan koko. selang selikan masuk dalam bundt pan...









Thursday, January 31, 2019

Paddle pop butter kek.....

Lately ni saya memang suka makan butter cake......sehari saya akan makan 1 atau 2 keping especially selepas makan...

Kali ni saya mencuba resepi dari adik Dasish Harraz ....boleh follow IG beliau ya.. Tq for sharing this simple resepi. Saya suka gunakan bundt pan sebab senang dan ada bentuk...



Part ni yang leceh sikit for me....part campur letak pewarna ...


Nama paddle pop sebab berwarna warni...


Alahamdullillah kejadiannya sebab saya selalu takut kalau guna bundt pan ni....takut kalau terbalikkan kek tu dia tak keluar dan melekat....seriau saya...tipsnya kena sapu banyak butter dan dustkan dengan tepung..


Orkid saya ni terpatah dari dahan.....so jadi props lah dia kat kek ni..



Super love to see this.....saya guna butter SCS....memang sedap rasa kek ni....tu yang buat tak boleh nerhenti bila makan...



PADDLE POP BUTTER KEK
Sumber : Dari IG Danish Harraz

Bahan

250 g pure butter - saya guna SCS butter
1 1/4 cawan gula halus
5 biji telor Gred B
2 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan fresh milk
1 sudu the esen vanilla
Food colouring gel pink, blue , yellow or any colour


Cara

Panaskan oven pada suhu 160 darjah C, ikut oven sendiri ya.
Gris baking tray bersaiz 8"  atau 9 " dengan parchment paper.
Jika guna bundt pan, sapukan/gris dengan butter dan tabor/dust dengan sedikit tepung.( pastikan lebihan tepung dibuang ya)
Menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga putih.
Masukkan telor sebiji demi sebiji.(Pastikan telor dah sebati baru masuk lagi sebiji)
Pukul sehingga fluffy.
Masukkan esen vanilla.
Perlahankan mixer , masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dengan fresh milk.
Mix rata tetapi jangan over mix . Jika over mix kek akan menjadi tidak moist dan keras.
Tutup mixer dan boleh terus tuangkan ke dalam Loyang jika mahu plain kek.
Jika inginkan paddle pop kek macam saya buat, so bahagikan adunan ke dalam 3 mangkuk dan titiskan pewarna , kacau rata.
Sendukkan adunan ke dalmal loyang berselang seli sehingga adunan habis.
Bakar selama 40 - 50 minit sehingga masak ikut oven memasing ya.
Bila sudah sejuk baru boleh potong ya.










Sunday, January 27, 2019

African Marble cake ....coffee flavour

Bila nak balik kampong. I will always bake one simple cake for my mom. She loves butter cake. Nowadays, I love to eat butter cake too as I use pure butter to bake.

Adunan ni banyak so , I do in 3 Loyang.


I use coffee emalco. chocolate emalco and plain adunan.
The coffe emalco smells so good. Adunan ni menggunakan 300 g telor so kena timbanglah ya. Lebuh kurang 6 biji telor gred A...kalau lebih buang sikit putih telor tu...


The last batch I got...this is for my family...


This one for my sister family.


Happy to see the swirl.


Bila bakar  aromanya sangat wangi...especially the coffee smells.


When I bake marble cake... its alaways like the above photo ....tak stand cantik but the taste is fine and good. Nama ckae ni African marble cake because of the swirl ...but my swirl tak berapa cantik...he..he...he...
 

After the cut....tak boleh tahan bau coffee tu menusuk ke hidung...
Resepi ni sangat senang sebab just mix all kecuali butter cair dan emalco...lepas sebati baru masuk 2 ni...Resepi ni saya dapat dari IG tapi tak ingat siapa punya as I screenshot tak termasuk nama IG but she took it from Roshayati Johari @RNet.



African Marble Cake
Sumber:Roshayati Johari @RNet

Bahan

250 g tepung naik sendiri
200 g gula kastor
300 g telor- timbang tanpa kulit (lebih kurang 6 bj size A...kalau lebih buang sikit putih telor tu )
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar susu pekat
50 g air
175 g butter dicairkan
coklat atau coffee emalco

Cara

- Pukul semua bahan kecuali butter cair dan emulco sehingga pekat dan kuantiti menjadi double.
-Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati.
-Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 ikut suka. Satu biar warna asal , satu letak coffee emalco dan  satu  letak coklat emalco. Kacau rata.
-Gunakan Loyang 20x20cm. Masukkan adunan berselang seli untuk membentuk jalur/marble effect.
-Pastikan adunan hanya separuh Loyang saja sebab kek akan naik double.
-Bakar dalm ovn 180 c atau ikut kepanasan oven masing masing.
-Bakar selama  45 minit atau sehingga kek masak. Bakar di rak tengah.
-Setelah masak, biarkan 5 minit dalam Loyang lepas tu boleh keluarkan.
 




Monday, September 10, 2018

Red Velvet pujaan hati ....

Red velvet again and again. Sesungguhnya red velvet ni memang menjadi pujaan hati ramai orang. 

Saya suka buat guna Loyang 10" X 10"....senang.


Kalau buat yang round kena coated with cream cheese...sesungguhnya saya tak pandai nak full coated...he...he...sebab selalu tak smooth/rata...


Kali ni letak Nutella kat atas tu...


Red velvet ni memang senang nak buat dan tak meggunakan banyak butter.


2 piece for me.


Hmm...memang best....ada Nutella tu lagi sedap...


Actually buat ni sempena ada makan makan kat office awal tahun 2018....




Wednesday, September 5, 2018

Merdeka Day Cake...Fruit Pastry Cake....

Kali pertama mencuba buat this fruit pastry cake and it taste so good. Sebelum buat kek ni adalah study sikit resepi ni , saw few types of resepi. So saya pilih resepi adik Danish Harraz sebab sangat simple. Campur semua dan kacau sebati....

Fruit pastry cake done...



Kebetulan dalam fridge ada strawberries dan blueberries......peach dalam tin memang lama dah beli tapi tak tau nak buat apa......tu yang try the resepi...buah peach tu basah so kita ambil kitchen tissue dan lap buah peach tu.....dia tak akan kering sangatlah but its ok...




Campur semua bahan dan kacau sebati but don't overmix ya sebab nanti kek tak moist...


Bila dah tuang dalam Loyang ......boleh lah letakkan buah buahan tu....jangan tekan sangat buah tu bila letak sebab nanti akan tenggelam...


Dah siap dibakar kek ni.....


Loving this cake...


Cake ni tak tinggi ya sebab kalau tinggi tak cantik.


Bila dah siap ni sibuklah photo session...


Rasa manis masam pun ada.....one more tips .....mesti letak kulit orange yang disagat....ia akan membuatkan kek ni jadi sangat wangi dan membuatkan kita rasa nak makan.....sangat sanga harum..


A piece of fruit pastry cake to go with a cup of coffee.....memang sedap. Currently my favourite cake.....




FRUIT PASTRY CAKE
Source : IG Danish Harraz

Bahan - bahan

226 g Tepung naik sendiri
160 g gula kastor
150 g salted butter, dicairkan dan sejukkan sedikit
3 biji telor Gred A
100 ml butter milk or sour cream
1 sudu the esen vanilla
Parutan lemon/orange zest yang fresh dari 1 biji lemon/orange (parut kulit yang kuning/oren saja)
500 g buah fresh yang kurang berair , jika gunakan yang dalam tin harus dikeringkan dulu sebelum digunakan. Hiris dan gaul dengan2 sudu besar gula kastor.
Saya guna strawberries, blueberries dan peach dalam tin.


Cara
Panaskan oven pada suhu 160 darjah C. Gris baking tray size 9 " dengan butter. Alas dengan parchment paper. Jika guna Loyang kecil, kek akan jadi tebal dan tak cantik.

Dalam bekas , masukkan tepung naik sendiri, gula, butter yang dah dicairkan, telor, kulit lemon/orange, buttermilk dan vanilla.
Kaup balik menggunakan senduk kayu hingga semua rata dan sebati, jangan overmix nanti kek tak moist.
Lepas tu tuangkan dalam baking tray. Ratakan.

Ambil buah buahan yang telah disediakan, gaul bersama gula halus dan susun buah atas adunan dalam Loyang tadi. Bila letak buah jangan tekan sangat nanti buah akan senang tenggelam.
Bakar dalam oven selama 40 - 50 minit, bergantung pada oven masing masing atau sehingga kek masak.Sejukkan di atas redai dan tabor gula icing juka suka.


Nota :
Simpan kek semalaman pada suhu bilik dalam bekas kedap udara.
Kek ini ada buah buahan so boleh tahan 2 - 3 hari je pada suhu bilik.
Saya letak dalam fridge, kek tahan lama ( lebih seminggu dalam fridge) tapi buah terutama blueberries akan rasa sedikit basi but no harm memakannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...