Showing posts with label Cerita ceriti. Show all posts
Showing posts with label Cerita ceriti. Show all posts

Tuesday, August 17, 2021

Buah tin / fig untuk mak

Pokok fig ni saya beli untuk mak saya. Rezeki mak saya pokok yang dibeli ni rajin berbuah. 
Asalnya mak saya teringin nak makan buah tin / fig ni tapi susah nak cari buahnya. Kebetulan dapat peluang melawat kebun pokok tin so belilah 2 pokok. Satu tuk mak dan satu untuk saya.
 
  
Sampai ke bawah berbuah.
 

Dapatlah saya merasa buah tin ni.

Sedap buah tin ni. Buah pun cantik tapi tak lah besar. Comel je size dia.


Berbuah beberapa biji pokok mak saya ni. Pokok tin yang saya beli tak mau berbuah....last last saya buang je pokok tu. Apa apa pun syukur pokok mak saya ni berbuah, dapatlah mak makan buah tin ni.
Boleh klik SINI untuk lihat entri kebun fig di Melaka di mana kami beli pokok tin di atas.

Wednesday, August 19, 2020

Pasar pagi orang asli di Permas , Johor pada 7/7/18

Pasar pagi orang asli di Permas , Johor..... saya pergi pada 7/7/2018. Lama dah terperap kat dalam draft ni. Baru sekarang free untuk di postkan kat wall ni.

Banyak ikan kat sini. Harga yang tertera tu ialah pada tahun 2018 bulan Julai. 
Sotong kalau sekarang Aug 20 , harganya dah mencecah ke RM38.00 untuk sekilo kalau beli di pasar .

Ni sepit ketam.
Banyak ikan kat sini. Harga yang tertera tu ialah pada tahun 2018 bulan Julai. 



Macam macam jenis ikan ada kat sini.

Ni pun ada...kalau tak silap ni tiram.

Kena datang awal sebab ramai orang. Parking tepi jalan. 
Photo ni saya ambil pada tahun 2018 bulan Julai. 




Tuesday, July 31, 2018

Durian oh durian....

Musim durian datang lagi kali ni....Start bulan 6/18 durian mak saya dan berbuah....Aruah datuk dan pak cik saya ada tanam durian ...kira ni durian lama yang pokoknya jenis tinggi melangit....Seumur hidup saya first time ni lah saya tengok semua pokok durian ni berbuah dengan banyaknya.... Ada tu saya lihat ada 20 biji setangkai...

Durian kampong je tapi isi memang best.


Kuning dah masak...

Nampak tak tu tinggi melangit dah lah bergugus tu...kesian dahan tu nak tamping...Suatu hari ribut dan dahan durian tu patah ....ada lebih kurang 20 biji durian muda  kat dahan tu....sungguh sayang...


Pokok yang lagi satu..


Pagi seawal jam 7 mak saya dah hilang ....gi cari durian....


Memang best durian kali ni.....

Zoom lagi....saya  memang sangat teruja melihatkan durian durian ni...


Memang banyak...


Banyak yang gugur....ni kalau mak saya tak cari cepat habislah kena curi....durian free so ramailah peminatnya.....


Antara yang dapat dikutip....Mana mana pergi pun, semua pokok durian memang menjadi jadi berbuah....sehingga harga menjunam turun.....bayangkan sempat membeli durian musang king dengan harga sekilo rm10.00 sahaja tapi kecil sikit dari biasa but still the isi is so good....


Monday, January 30, 2017

Jalan jalan di Mid Valley.....terjumpa Cik Lecreuset..... 150916

Pada 15/9/16, we all berjalan jalan ke KL. Destinasi dituju ialah Mid Valley. Selalu cari hotel yang sebelahnya shopping complex....senang..tak yah gerak banyak banyak....kereta parking setempat je...

Jalan jalan window shopping je....tetiba ternampak butik Lecreuset ni.....terjerit sekejap makcik ni....tak sangka ada buik ni kat sini...hadoi.....tengah offer kaw kaw pulak tu.




Ni memang worth beli set ni...murah sungguh for 2 items ni...around RM1,300.00 tapi disebabkan warnanya saya tak berapa minat maka tutup mata sebelah je lah.


See all the pastel colour memang cantik...


Rambang sungguh mata ni tak tau mana satu nak pilih....yang pink ke yang biru ke..


Yang pink tu memang cantik.


Lecreuset ni satu je yang tak best ...berat sangat..



Ada perbagai size dan bentuk...



Luar kedai LeCreuse ni.....hadoi.....so I got one 22cm coastel pot for myself ...tq to mr hub yang belanja....purple set tu pun cantik juga....nak nangis makcik....apakan daya can choose one only...

Sunday, October 2, 2016

Roti oh roti...






Bila sebut roti je.....saya memang tak minat nak buat. Banyak kali juga terfikir nak beli bread maker tapi bila memikirkan rajin ke nak buat walau orang kata bread maker ni make our life easy...Roti kat bawah ni done by Mr Hub.....dia yang excited sangat nak buat...


Not bad for first trial.....guna mixer kitchen aid saje and bake in the oven...




Satu adunan dapatlah 2 buku roti...



Lembut juga roti ni....no pengawet ya so kena kasi habis cepat cepat....



Sebuku letak kismis.



Roti ni makan panas panas sedap sebab lembut.



Roti ni nampak keras di luar tapi dalamnya lembut. Kena beli pisau yang bergerigi baru senang nak potong. Bilalah nak buat kali kedua ni.....tak tau lagi...

Monday, September 26, 2016

Cik Port lagi....aduhai...

Ingatkan tak mau bli cik port ni lagi tetiba tertambah koleksi lagi...alahai.....masalah utama tak de tempat nak letak.....pening kepala dah ni...

Rupanya ada banyak collection lilac ni....rasanya sebab suka warna purple ni..tu yang tak perasan asyik menekan je...he..he...


Yang ni item baru dapat.....new kids on the block lah,,,,


Cantik juga set lilac ni .....tapi beli asing asing semuanya....

Tuesday, September 20, 2016

Durian Uncle Lim Di Pekan Nenas.....

Kali ni jalan jalan cari durian di Ucle Lim Pekan Nenas. Jauh jugak nak ke sana dari Pasir Gudang ni...tapi sebab dah minat durian gagah juga lah gi cari...Tahun ni durian berbuah hujujg hujung July dan awal Sep 16 sudah agak berkuarangan durian dijual.

Musang King our favourite.



Makan sikit je selebihnya tapau tuk stok seminggu...he..he.. kalau boleh simpan.....


Cik duri oh cik duri.


Nenas comel ni kecik je.


Manggis pun ada di sini.


Nenas ni memang manis....sedap betul...katanya nenas dari Filipina.


Pintu gerbang Uncle Lim Durian tapi tak Nampak pokok durian pun may be kat dalam belakang belakang tu....


Selepas borong durian, kami jalan jalan ke Pekan Nenas tetiba terjumpa kilang kerepek...so apalagi borong kerepeklah. Lupa pulak nama kilang kerepek ni.  Kerepek pek besar 2 kg RM29.00 untuk kerepek labu yang paling atas sekali tu.




Kat sini kerepek tak murah juga harganya....3 bungkus RM10.00 sama je harga dengan penjual kerepek di Bandar.

Tuesday, September 13, 2016

Raya Haji 120916

Tahun ni berkesempatan balik kampong untuk sambut Hari Raya AidilAdha. Sejujurnay raya haji ni macam hari biasa je tak semeriah raya aidilfitri. Tambahan pula cuti raya tahun ni cuma sehari sahaja


Ketupat pulut dengan kacang tata yang dibuat oleh my mom...


Pulut dan kacang tata yang menunggu dimasukkan ke dalam kelongsong ketupat..


Lauk pauk yg dimasak oleh my beloved mum...gigih dia memasak walaupun tak de yang datang beraya....cuma menanti kedatangan 3 sepupu saja..


As usual my plate...lodeh ...


Penuh meja....macam macam ada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...