Showing posts with label Roses. Show all posts
Showing posts with label Roses. Show all posts

Monday, January 14, 2013

Mini Red Roses

Mini red roeses ni saya beli di Cameron Highlands, sepokok kecil RM5.00.  Comel comel je rosesnya sebab kecil.

Masa ni daun agak segar.




Cik Nikon saya ni alah sikit dengan warna merah, tu yang tekstur bunga tak berapa cantik.

Dah nak layu sikit bunganya.


Pokok tak berapa besar. Masa ni masih subur lagi.


Merah menyala.

Monday, January 7, 2013

Taman Roses tahun 2012

Tahun 2012, adalah tahun saya mula dan serius berjinak-jinak dengan roses. Hasil pembacaan dari group roses di FB membuatkan saya ingin mencuba menanamnya. Dari 3, 4 pokok hinggalah sekarang dah mencapai 30 pasu. He...he...aiyo...banyaknya.


Mula - mula daun pun masih tak banyak tapi bunga banyak. Seronok.


Ni dah start menghimpun koleksi.


Bila kembang mekar, sejuknya hati melihat.


Oh ..my prosperity roses.


Yang kat luar pagar ni , dah merimbun macam hutan pulak.

Thursday, January 3, 2013

Prosperity Roses the very lovely......

Salam tahun baru 2013, terlambat sikit wish dah masuk hari ketiga ni. Tak sempat nak bersiaran busy sikit. Lepas tu bertembung pulak dengan closing schedule year end . Now tengah panic tahap gaban. Harap - harap dapat settlekan. Lepas tu nak rehat secukupnya. Sementara tu kita layan dulu my lovely prosperity roses semoga tahun 2013 akan lebih prosperous untuk kita semua ya.
 
Prosperity ros ni dah lama beli tapi tak mahu membesar. Selepasa diberi banyak supplement seperti baja udang, baja ikan, ros food, ros care barulah menjadi sikit. Kiranya ni 1st time bloom dengan cantik.


Roses ni jenis bergugus.


Warna kat kudup tu memang cantik. Very the peachy tapi bila kembang menjadi warna putih. Berkabus pulak photo ni.


Kudup peachy tu memang cantik warnanya.


I still love the peachy buds tapui bila kembang bertukar kepada warna putih bersih.


Roses ni tak berapa wangi dan kelopaknya lembut.


Lovely!!!!!  Pagi , petang, siang , malam asyik tengok roses ni je.
  

Ni bila semua berkembang habis. Segugus.


Close up dekat rupa sebenar prosperity roses ni.
  


Anatara banyak-banyak photo yang disnap, i love to see this one.


Prosperity Roses collage.

Thursday, December 27, 2012

Ros Sweet Pink CH

Ros Sweet Pink CH ni saya beli dari Mami Yawinscha di Seremban pada bulan Mar'12. Pokok ni rajin berbunga tapi sayang tak nak membesar dengan saya. Masa awal-awal tu banyak jugalah daunnya tapi lepas tu makin kurang walau dah bagi macam - macam supplement. Mesti ada yang tak kena.

Ni taken via Cik LUMIX.


Ni masih meriah lagi. Masa sihat. Banyak bunga yang keluar.




Tengok tu dah nak gondol jadinya. Daun makin lama makin sikit. Lepas ni kena beli lagi satu yang macam ni sebab dia rajin berbunga.


Ni taken via Cik Nikon.


Bunganya memang sweet. Tahan lama dan tak wangi.

Tuesday, December 25, 2012

White Roses

Ni kali kedua white roses ni berbunga tapi pkokok tak membesar sangat. Janji subur.
 
 
 

Bulu hidungnya cantik.
 

 

 

Roses ni sekarang saya alihkan dalam pasu kecil sedikit sebab dia tak nak membesar.
 

Kecil je pokoknya, tak nak besar-besar mungkin tak cukup makan.

Monday, December 24, 2012

Yellow Roses...2nd time bloom

Roses warna kuning ni berbunga kali kedua. Kali pertama masa beli boleh lihat di  
http://sweetiesaqi.blogspot.com/2012/07/ros-kuningrasanya-dari-cameron-highlands.html . Masih berbunga dengan cantik lagi. Saya rasa bunga ni ditanam di Cameron Highlands dan dijual di tanah rendah. Yang ini saya beli di Pasar Besar Melaka.




Bnayak kudup yang keluar.


Bunga kecil berlapis banyak.


Warna menjadi pudar sedikit, tandanya bunga nak layu.


Banyak sekali berbunga daun pun segar.


Meriah kan. Bila tengok banyak bunga yang keluar hati pun rasa berbunga-bunga.


Lovely yellow roses collage.

Tuesday, December 18, 2012

Lovely Ros Clair Martin or Sakura


Hati sangat teruja bila buat pertama kalinya melihat roses ni di FB Cik Azrina Salahuddin, sangat cantik dan terpegun seketika. Bermula dari sinilah, saya mula meminati roses yang berbagai jenis.

Cik lebah ni memang sangat meminati roses ni.


Tiga sekawan.


Bunga ni sebenarnya tak lah besar. Bila close up nampak macam besar je.


Pokok ni senang hidup, tapi masa awal beli pokoknya memang dah besar.


Bulu hidung yang cantik.




Kudup warna terang bila kembang cair warnanya.

 
Lovely Clair Martin collage.

Wednesday, December 12, 2012

Ros Damask 17 kuntum...teruja seketika

Pokok ros damask saya ni dah bertahun umurnya. Kali ni buat pertama kali ianya mengeluarkan 17 kudup. Gembira sungguh hati ni tak terkata. Terperanjat sekejap. Kebiasaannya damask ni hanya akan mengeluarkan 5 kudup paling banyak.

Selagi tak kembang, pagi petang saya mengadap pokok ni untuk melihat perkembangan terkini.


Tapi sayang sikit , semua kudup diserang cik thrips. Sedihnya. Damask yang kembang pun sekuntum demi sekuntum je. Warna roses pun very light kurang menarik.


Anatara yang kembang tapi warnanya kurang menarik. Ni semua gara-gara cik thrips.


Anyway saya still suka melihatnya.


Bilalah saat ini akan berulang kembali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...