Showing posts with label Petunia. Show all posts
Showing posts with label Petunia. Show all posts

Tuesday, September 27, 2016

Ros Jepun dan sang siput.....adoi ai...

Loving my ros jepun yang tak berapa banyak jenis ni.....ros jepun ni senang hidup.....patah je dan cucuk....siram air ikan seminggu sekali cepatlah gemuk dia....

Ros jepun selapis jenis besar...


Warna dark pink..


Ros jepun berlapis...


Beautifull white berlapis ros jepun...


Yang ni kuning selapis yang rajin berbunga...


Unfortunately this little snails love them.....masa ni tengah musim agaknya...banyak betul siput yang keluar......


Saya taburkan racun siput yang warna pink dalam setiap pasu bunga tu yang tergolek semuanya....


Monday, April 25, 2016

Sweet Petunia Purple

Suka sangat beli petunia.....maybe because of the colours.


Kali ni purple colour. Sepasu tak lah mahal sangat dalam RM12.00 sahaja...



Jangkahayat petunia dalam 3 ke 4 bulan je ....depends if tak diserang penyakit lamalah tahan...



Petuania sejenis tanaman gantung .



Perlu disiram pagi dan petang sebab memerlukan banyak air.

Wednesday, October 21, 2015

Small Petunia.....si kuning....

First time tengok petunia yang kecil ni kat pasar tani terus saya rembat.  
 
Kecil bunganya dan rajin berbunga.
 

Petunia ni jenis pokok yang menjalar dan berjurai ke bawah. Petunia memang memerlukan air yang banyak. So mesti disiram waktu pagi dan petang.
 
 

 Lebat daunnya dan berbunga meriah...
  
 
Yang ni spesis lain sebab di tengah ada kelopak lagi.....kata si penjual jenis berlapis. Memang first time jumpa.
 
 

Yang ni pun rajin berbunga.
 
 

Warna kuningnya agak pucat sedikit. May be my handhpone tak sharp masa ni tu yang agak pudar sikit warnanya.
 
 


Love to see banyak bunga yang kembang tapi sayang petunia tak lama hayatnya......

Thursday, November 29, 2012

My Little Petunia

Terjumpa petunia kecil ni di nurseri kat Melaka. Sepasu RM10.00. First time jumpa ni. Biasanya size petunia yang standard je. Ada lagi satu idaman petunia yang berlapis , saya masih belum jumpa lagi kat mana - mana nurseri yang saya pergi.

Bentuk macam teropong dan di dalamnya ada warna kuning. Sizenya kecil macam size syiling 20sen.


Petunia ni memerlukan banyak air. So mesti nak siram pagi dan petang. Daun kecil comel je.


Mengeluarkan bunga dengan sangat banyak. Cantik digantung.


Lovely Petunia collage. Petunia ni tahan 2 - 3 bulan saja dengan saya. Lepas tu boleh cari yang baru sebagai gantian.

Thursday, August 16, 2012

Purple Petunia......Selamat Hari Raya...

Sekejap je dah penghujung Ramadan, lusa dah nak sambut raya. So di kesempatan ni , nak wish "SELAMAT HARTI RAYA AIDILFIRTRI, MAAF ZAHIR & BATIN ".

Ni one of my favourite flower juga sebab ada banyak warna. Petunia ni ditanam dari biji benih tapi saya memang  tak pandai nak semai guna biji benih. Jadinya beli je yang ready made kat nursery. Sepasu harganya RM10.00. Petunia ni boleh tahan lebih dari 3 bulan. Perkara penting, petunia ni memerukan air yang sangat banyak. Mesti disiram pagi dan petang jika tidak pokok akan layu.


Warna purple / ungu pekat.


Tutuplah pulak.


Bila snap photo, warnanya bertukar di kamera mungkin sebab pencahayaan.







Ni selepas disiram air.


Lebat berbunga. Tu yang best pasal petunia ni.


Masa baru beli, kecil saja.


Bila dah lama sikit lebat bunganya merimbun.



Warna asal memang purple gelap tapi masa snap photo tu tengok keadaan cuaca sebab tu warna bunga ni bertukar kat camera.

Sunday, October 16, 2011

Lovely Purple Petunia

Pokok yang berbunga dan berwarna warni memang menjadi pilihan utama untuk ditanam. Yang ni, is 2 pot of petunia yang berwarna purple dan purple with stripe white diletakkan dalam satu pasu yang besar. Bentuknya seperi trumpet dan lebih kurang macam pokok seri pagi lah cuma seri pagi ni menjalar atau memanjat. Petunia ni boleh ditanam daripada benih. As for this one, beli di nursery je about RM25.00. Ada satu masalah besar, bena putih memang suka hinggap di pokok petunia ni sebab batang dan daunnya yang lembut. Kalau tak ada masalah petunia ni boleh tahan lama. Pokok ni mesti disiram pagi dan petang jika tidak akan layulah daunnya.

Two pots of lovely purple and stripe white purple petunia plant in one pot. Its something like "seri pagi" or "morning glory". The difference between petunia & morning glory is that morning glory needs to be attach to fence or trees to grow. The shape is like a trumpet. You can plant it from a seed but this one i got it ready from nursery for  MYR25.00. This petunia must be watered morning & evening to prevent dryness.






Love to see the bright colours.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...