Showing posts with label Juices. Show all posts
Showing posts with label Juices. Show all posts

Monday, February 15, 2016

Air rebusan kunyit , halia, serai dan cengkih...

 Air rebusan ni seeloknya diambil sebelum atau selepas haid. Cukup diminum sekali sebulan sahaja. Ini untuk mewangikan kewanitaan anda dan menyegarkan badan. Tidak disyorkan untuk mengambilnya setiap hari. Ini amalan untuk penjagaan kesihatan teruatama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf, membuang toksik dan lemak.
 
 
 

Duk dalam Cik Port ni .....menarik tul tuk diminum...walau rasanya tak sesedap mana kan...
 

Bahan bahan yang diperlukan....
 

Kita rebus semuanya ya....
 

Yang ni manis sikit sebab saya letak gula batu.....memang sedap.
 
 
 
AIR REBUSAN KUNYIT, HALIA, SERAI DAN CENGKIH
 
2/3 batang serai diketuk
3 cm halia (tua/muda) diketuk
2cm kunyit diketuk
sedikit kulit kayu manis/bunga cengkih/bunga lawang
daun pandan sehelai
sedikit gula batu - boleh guna madu
 
Masukkan semua dan rebus.
 
PERHATIAN : Jangan minum setiap hari tau.

Monday, January 11, 2016

Air rebusan halia dan serai....wa ...lah....

Melihat posting kat FB mengenai minuman yang sihat untuk kesihatan membuatkan saya ingin mencuba minum. Sambil memasak sambil jerang air halia ni....sekali jalan senang... 
 
Air ni kita letak 3 cawan dan dididihkan sehingga menjadi 2 cawan. Lepas minum air ni tak lah pulak rasa nak terkentut kentut keluar angin....biasa je....


Rasa air ni....wa ...lah....pedarnya...pedas pun ada....saya terlebih letak halia.....Air rebusan ni seeloknya dibuat 2 atau 3 kali  seminggu. Sesuai diamalkan oleh sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh lenguh badan, kolesterol tinggi dan sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan di siang hari.
 

Sebelah petang saya buat air teh o ...perah sedikit lemon so bila minum tu ada rasa masam manis.....makan dengan ubi keledek purple rebus...


AIR REBUSAN HALIA DAN SERAI
Source : dari FB - Ketat Melekat Harum Mewangi

Bahan
4 cm halia @  2 ketul
3 batang serai

Cara
Ketuk 2 bahan di atas dan . Rebus dengan 3 cawan air dan dijadikan 1 cawan air saja.
Tunggu suam dan minum. Kalau rasa banyak sangat bahan tu ....bolehlah dikurangkan....



Monday, December 7, 2015

Soda Herbs.....nikmatnya....

Cuaca panas kalau minum air batu memang best....terlupa seketika yang saya tidak boleh minum air batu sangat. Lately ni umur dah meningkat tapi makin kuat nak minum air batu dan air yang manis manis....sungguh bahaya...

Tengok Azlita masam manis buat air ni nampak sungguh sedap.....so kita pun buatlah....
 

 
Bahan tak banyak.....ice ceam soda + lemon + asam boi + lychee + serai + daun pudina.....tapi saya lupa letak lychee....


Semua campurkan......hmm....sedap ke? Sebenarnya air ice cream soda tu yang sedap...Lemon sebagai penghias je....tak perah pun airnya.....
 

Saya terletak lebih asamboi tu yang rasa dan warnanya terlebih putih...


SODA HERBS
Source : Azlita masam manis

Bahan
Ice cream soda
1 tin lychee - guna buah saja
1 biji lemon dihiris
2 batang serai - saya titik sedikit perdunya
asam boi secukupnya
daun pudina
air batu

Cara
- Masukkan semua bahan dalam jug dan kacau rata tambah air batu sedia untuk diminum.
-Kalau rajin boleh buat satu gelas demi satu gelas. (Masukkan bahan sedikit demi sedikit sesuai dengan gelas)

Sunday, April 6, 2014

Juice Limau Mandarin ......pahit pahit manis

Awal Tahun Baru Cina yang lalu dapat banyak jugalah buah limau mandarin (Citrus Reticulata). Ada yang memanggilnya tangerine.  Dah borring makan limau so balance tu buat juice baru cepat sikit habis. Limau mandarin ni menjadi simbol kekayaan bagi masyarakat Cina di mana ianya dijadikan sebagai buah tangan ketika menziarah pada perayaan Tahun Baru Cina.


Limau ni kalau dimakan begitu ada yang rasa masam dan kalau nasib baik dapatlah yang manis. Limau ni didatangkan dari China rasanya so ada banyal gred gred dia. Ada yang besar dan ada yang kecil.



Dah togel semuanya lepas dikupas.


Kulit yang banyak ni nak buat apa ya....hmm....jangan buang tau. Bagi penggemar/ penanam roses kulit limau ni boleh dibuat enzim. Diperam selama 3 bulan dan boleh siram ke tanah pokok roses. Boleh klik di  SINI untuk melihat cara penyedian enzim. Baik untuk pertumbuhan roses.


Nilah orange juice yang telah diblend menggunakan juice extractor. I love this juice extractor tapi bab nak mencuci mesin ni saya kurang minat......he......he....Limau mandarin ni mengandungi Vitamin C yang tinggi yang dikatakan mampu melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan sembuhnya luka di dalam dan luaran.




Orange juice dari limau mandarin......pahit pahit manis rasanya....kena minum dengan cepat.

Sunday, March 30, 2014

Avocado dari Bandung...jauh tu...

Alamak entry ni dah terperap punyalah lama tak perasan. Saya ni memang penggemar buah Avocado....pergi ke mana pasti cari Avocado.

Kali ni beli avocado ni masa ke Bandung pada bulan Dec'13 yang lalu. Beli kat tepi jalan semasa balik dari  Tangkuban Prahu. Murah harga kat situ. Sekilo dalam RM7.50 saja. Ada lah dalam 5 biji. Yang kelakar tu saya beli sekilo dan bawa balik ke Johor. Beg dah lah tak muat tapi saya muat muatkan jugak.....takkan nak tinggal pulak kan...


 
Favourite saya.....lenyek lenyek kan je avocado tu dan letak susu pekat sikit baru sedap. Buah avocado ni rasa dia tawar tapi lemak lemak sikit.



Hmm..... i can eat this.......sedapnya...



Lagi satu saya suka buat jus yang dicampurkan dengan sedikit fresh milk. Hmm...memang sedap tul... Lupa plak nak letak coklat hersheys....



Ni rupanya Avocado dari Bandung. Lebih kurang sama dengan avocado yang saya beli di  Cameron Highlands.Boleh klik kat SINI.  Kulit licin sedikit. Kalau yang kat supermarket kita sebiji je dah RM5.00, Lepas tu kulitnya menggerutu sedikit.

Tuesday, July 17, 2012

Jus Avocado....lagi.....

Jus avocado ni memang my favourite. Kalau ke supermarket memang tak miss lah nak beli tapi harganya yang tak tahan RM4.99 sebiji.

 
Bila letak dengan coklat masakan ni memang sedap.


 
The swirl. Sedap. Lebihkan coklat lagi best.


Nilah avocado. Buah ni sebenarnya sangat tawar.


Juice Avocado

1 biji buah avocado
1 cawan susu segar ( ikut tahap kecairan yang anda suka)
2 sudu besar susu pekat 
coklat masakan / boleh gune syrup coklat Hersheys

Cara
Kisar avocado + susu. Keluarkan dalam gelas dan hias dengan coklat masakan.

Tuesday, March 27, 2012

Avocado Crush

Buah avocado ni merupakan salah satu buah kegemaranku walaupun tawar rasanya. Tapi harga sebiji avocado ni RM4.99, macam manalah nak beli berbiji-biji. Sebulan sekali belilah sebiji dua saja. Buah avocado ni juga dikenali dengan nama Persea Americana atau Alpulkat. Buah avocado ni banyak khasiatnya. Di antaranya :
a) Vitamin E
-sebagai antioksidan, penting untuk menghalang protein tisu dari sebarang kerosakan yang berpunca dari radikal bebas. Penting untuk membina sel darah merah.
b) Folate
-Penting untuk perkembangan sel dan tisu badan.
 c) Monounsaturated fat
-mengurangkan kadar kolesterol dalam darah

Avocado ni boleh dibuat masker dan sapukan di kulit muka....
Jus avocado memang sedap ditambah pula dengan coklat cair. Masih teringat jus alpukat yang diminum di Jakarta, tersangatlah sedapnya. Di sana memanglah sangat murah harganya.

Yang gelap tu coklat tak sempat dicairkan.

1 sudu susu pekat manis sudah boleh menukar rasa avocado ni.

 Buah avocado berbentuk seperti buah pir dah lazimnya panjang buahnya antara 7 hingga 12 cm.Tumbuhan ini membiak melalui biji benih, keratan batang atau tut. Bunganya kecil berwarna kuning kehijauan. Buah ni boleh juga dicampur dalam salad. Perahkan limau supaya tidak bertukar kepada warna coklat. Pokok avocado ni sangat tinggi. Di supermarket selalunya terjumpa buah avocado yang diimport dari luar negara sebab tu harganya tersangatlah mahal. Jarang jumpa hasil tempatan. Kenapa ya?

Yang ni avocado bersama siraman coklat masakan cair.


Mengancam. Memang yummy....


Cubalah ya. Makan sekali pasti nak lagi.

Avocado Crush

1 biji avocado
1 sudu besar susu pekat manis
sedikit coklat masakan yang dicairkan

Ambil buah avocado dibuang kulit. Masukkan ke dalam cawan dan dihancurkan. Tak perlu terlalu halus. Letakkan sesudu besar susu pekat manis. Gaul rata. Hiaskan dengan coklat masakan yang telah dicairkan. Sedia untuk dimakan. 

Sunday, July 31, 2011

Juice Apple Hijau + Peria Katak

Dapat idea nak minum juice ni bila melihat rancangan NONA at TV3, Datuk Yusof Haslam minum juice ni setiap pagi bersama sesudu madu. Juice ni memanglah pahit sikit al-maklumlah rasa si peria katak ni kan tapi memang bagus untuk kesihatan kita. Katanya baik untuk prevent from diabetis (sakit kencing manis). So sekarang jadi rutin harian, minum 2 kali seminggu ikut kerajinan nak membuatnya.

Lagi satu yang banyak terdapat dalam majalah = apple hijau + peria katak + susu
Khasiatnya : menghindarkan bau mulut (bad breath) dan mengurangkan panas dalam badan (internal heat).


Sesiapa yang tak tahan pahit bolehlah letakkan 1/2 bahagian peria katak sahaja.

Sunday, June 19, 2011

Apple + Cucumber + Celery Juice

Bila pergi Tesco, terlihat saja celery yang if offer RM1.99, tak boleh tahan apa lagi boronglah. Lepas tu bolehlah dibuat juice.

Juice apple + cucumber + celery ni sangat bagus untuk mengurangkan kolesterol dan mencegah kanser.

Bahan yang diperlukan :
1 biji apple hijau
Sepotong timun (seperti dalam gambar)
Sepotong celery (seperti dalam gambar)

Ketiga tiga bahan di atas dimasukkan ke dalam juice blender dan sedia untuk diminum.

Tak perlu tambah ketulan ais. Memang segar. Rasanya sejuk, nyaman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...