Showing posts with label Penawar/Perosak Roses. Show all posts
Showing posts with label Penawar/Perosak Roses. Show all posts

Monday, February 27, 2017

Rose food dari Norin's Garden

Trying new Baja from Norin's Garden. Tengok roses Norin semuanya cantik cantik belaka macam kat oversesas. She share her resepi menjaga roses and producing the baja. For all those rosarians yang nak healthy ros tree , please try these baja from Norin's Garden.

All these ordered thru Norin's Garden FB. She courier it to us. Pack yang besar tu is ros food. Very good for roses growth. Contains nutrient lengkap yang diperlukan oleh roses. Membantu pertumbuhan pucuk baru dan bunga. Ia juga memelihara tanah supaya tanah sentiasa subur untuk pokok ros, mengekalkan mikroorganisma baik(kesan penggunaan berterusan dapat dilihat dimana tanah menjadi lembut dan seakan poroi dan mudah digembur ). Ianya juga boleh dicampur dengan Baja tahi ayam dalam nisbah 2 rf : 1 tahi ayam atau 1:1 untuk pokok yang baru dipangkas.


Rose Shield ni yang bestnya its organic base. Dibuat dari estrak tumbuh -tumbuhan yang berfungsi untuk mengawal serangga perosak seperti thrips, mites, whitefly, kumbang dan melindungi pokok dari serangan kulat. Ia juga membantu mempercepatkan pertumbuhan tunas.


This darconil memang bagus. Bancuh dan spray to daun daun roses supaya tidak ada daun kuning yang berbintik hitam. Selalunya sebelum pergi kerja saya akan petik daun daun kuning atau daun yang ada tompok tompok hitam. Kalau tak petik nanti senang merebak ke daun daun yang lain. If ada sesiapa yang nak beli can go to FB and pm Norin's Garden.

Thursday, October 29, 2015

Si siput babi or mr snails I call it....

Banyak betul cik siput ni kat bahagian depan rumah saya. Tetiba nampak seekor tengah bergayut kat batang roses.
 

 
First time tengok siput ni bergayut cam ni.
 
 

Selalu kalau dalam diam gini je lah duduknya. Dalam diam suka betul dia makan dun daun hijau saya...Kadang kadang saya tabur racun siput yang warna pink tapi lama dah habis...
 
 

Inilah akibatnya kalau degil sangat....sorry Mr Snail  have to pijak you.......

Thursday, September 10, 2015

Basal break idaman setiap rosarian.....

Pokok ros ni saya beli dari Rinson Lim di Perak. Saya tak lah pergi ke sana...jauh tu. Office mate saya yang tolong belikan masa dia balik ke Perak.
 
 
Pokok ni ditanam dari batang so diklasifikasikan sebagai own root. Rinson Lim cucuk pada span bunga yang dibasahkan dan dicucuk ke dalam tanah. Basal break memang menjadi idaman setiap rosarian. Why ?....
 
 

Sebab bila basal break ini membesar ia akan menjadi batang yang sangat kuat dan gemuk. Bunga yang keluar dari basal break ni biasanya banyak dan cantik. Petua nak dapatkan basal break ni senang je. Rajin rajinlah spray ros care kat pangkal pokok dan batang pokok ros. Boleh klik SINI untuk entri ros care. 

Tuesday, June 23, 2015

Baja yang wajib ada for roses to grow well.....

Setelah menanam roses selama 3 tahun, memang banyak baja telah saya cuba. Antara yang paling berkesan adalah baja di bawah ni.
 
 
Epson Salt (RES)  + High phosphate ( yang biji biji tu) = diletatakkan seminggu sekali ke dalam pasu
Masa ni boleh letakkan baja yang lain juga. Fungsi epson salt adalah sebagai booster untuk pokok ros menarik / menyedut baja lain yang diletak bersama.
Bone meal diltekkan pada minggu kedua.
.
 

Yang ni new kids on the blok....he..he...first time nak guna...namanya RSB foliar ( Rinson Super Bloomer ).....fungsinya untuk berbunga kuat kuat or shall I say untuk mengeluarkan bunga dengan lebih banyak.......2ml untuk 1 litre air spray seminggu sekali. Sesape berminat boleh PM kat Facebook Rinson Lim. Boleh klik SINI untuk lihat previous entry on RES & High phosphate.

Monday, May 18, 2015

BIO Strong....baja organik cecair.....

Masa saya ke pasar tani, ada kiosk yang menjual baja organik BIO Strong ni. Saya pun pi lah jenguk jenguk kiosk tu......last last terjebak. Terbeli lah yang kat bawah ni.


Dua ni ialah baja organik cecair. Satu microbes dan satu lagi liquid fertilizer. Cara guna, saya campur satu penutup setiap botol dengan 1 liter air , lepas tu spray kat pokok roses dan orkid saya. Spray waktu petang pukul 6 ke atas atau pada waktu malam. Boleh spray seminggu sekali.


 
Yang ni baja organik yang bukan cecair. Boleh tabur keliling pokok ros. Jauhkan sedikit dari akar ya.


Beli 2 botol dapat free baja organik yang warna hijau. Semua ni RM50.00.
Berbaloilah, lama boleh guna.
Hasil selepas spray baja organik cecair sangat bagus. Tunas tumbuh dengan banyaknya.....seronok tak terkata.

Sunday, April 5, 2015

Pam or sprayer untuk pokok ros.....

Bila menanam roses, salah satu item yang paling penting digunakan selain daripada baja ialah pam atau spray racun ni. Memang bermacam macam jenis telah saya gunakan. Di supermarket memang ada berlambak pam sprayer ni tapi tak semua yang tahan lasak
 
 
Pam yang saya pernah beli.......sungguh tak tahan lama terutama yang hijau tu. Yang biru tu selalu buat tangan saya sakit bila menyepray...
 

Jenis yang ni memang sangat bagus dan tahan lama juga. Harga pun tak mahal dalam RM2.50 ke atas sahaja.
 
 

Sekarang saya menggunakan pam ini yang muat 1 liter air....harga mahal sedikit tapi sangat senang digunakan.....tangan pun tak sakit mengepam.......picit je.....now this is my favourite sprayer....banyak menjimatkan masa saya....
 
 

Pokok roses saya memang  banyak ...ada 50 pasu so mesti nak menggunakan pam yang bagus.....kerja jadi cepat, mudah siap dan yang penting tangan pun tak sakit....

Thursday, February 26, 2015

Organic soil untuk my roses....

Tahun ni dah masuk 3 tahun saya menanam roses secara serious ....he...he...In my garden saya ada 50 pasu roses yang ditanam dalam pasu sahaja. Tanah tak de .....hanya ada sekangkang kera je di luar so pasu lah tempat my roses ni.
 
 
 
Dari awal saya menanam roses....inilah tanah yang saya gunakan. 1 pek cuma RM4.00 kalau beli 3 pek dapatlah RM10.00.
 
 
 

Gambaran tanah dalam plasik beg lagi. So far so good tanah ni tidak ada problem sangat. Cuma satu dua pasu je yang terkena fungus. Mungkin disebabkan kandungan sabut yang ada dalam tanah ni.
 
 
 

Nak beli tanah Holland yang bagus for roses tak de dijual ditempat saya. Lagi pun banyak campuran yang perlu dimasukkan kalau menggunakan tanah Holland lagi pun  saya ni bukan lah jenis yang rajin so saya just stick to this organic soil. Nampak tak tali tali halus warna coklat tu....hah tulah sabut namanya. Banyak juga tu but this is the best tanah yang saya guna for my roses. So far so good. Ada tanah yang dah berusia 3 tahun dalam pasu dan saya tidak pernah menukar tanah baru untuk pasu roses saya. So anda tak perlu takut menggunakan tanah ni ya. Tapi for jangkamasa panjang its good to use tanah Holland tu.

Tuesday, January 6, 2015

Sucker roses....menakutkan...

Apa itu sucker? Bunyinya pun menggerunkan. Sucker ni sangat bahaya. Kalau nampak cepat cepat dibuang. Sucker ni suka menyedut nuttrien dari sampai ke pokok induk dengan sangat cepat. Hasilnya pokok induk tidak akan membesar dan tidak mengeluarkan bunga.
 
 
 Di atas adalah roses dari jenis pokok grafted. Sucker biasa akan keluar dari pangkal pokok grafted. Kalau nampak ni cepat cepat buangkan. Ramai orang sangka sucker ni macam BB(basal break) sebab kehijauan dan kegemukan batang tu seperti di photo tapi sebenarynya bukan ya.
 
 
Segar betuk sucker ni kan. Kalau dilihat dengan betul daunnya lain sedikit dari pokok induk. Daunnya kalau dikira ada 7 helai setiap satu.
 
 

 
Jangan tertipu daun segar tapi sebenarnya ni adalah sucker yang sangat merbahaya. Mesti dibuangkan secepat mungkin.

Monday, January 5, 2015

Basal Break roses or BB.....

Apa itu basal break (BB) ? Masa mula mula join group roses pening juga kepala bila orang bercakap pasal BB ni....rupanya BB ni menjdai idaman setiap penanam roses.
  
 Basal break ni ialah bila satu dahan baru yang keluar dari tanah kalau pokok tu ialah own root. Boleh juga keluar dari dahan own root seperti di atas. Nak kenal basal break ni senang je, dahan tu memang gemuk dan daun sama dengan pokok induk. Selalunya rosarian akan bagi makan cukup cukup untuk mendapatkan BB ni. Melalui pemerhatian saya, spray ros care lebih sikit kat pangkal/perdu pokok akan mempercepatkan pengeluaran BB ni. Untuk lihat ros care sila klik SINI.


  

 
 Yang ni roses yang ditanam dari own root, dahan baru yang keluar tu ialah BB so jangan buang ya. Menangis nanti nak dapat BB ni bukannya senang. Ramai rosarian menunggu BB ni sebab dahan ni boleh mengeluarkan bunga yang banyak dan cantik. Dahannya pun gemok dan  boleh meninggi. Baja mestilah cukup juga ya.
 
 
Ini basal break yang keluar dari pokok ros grafted. Batang hijau tu tumbuh di atas bonggol pokok grafted. 


Basal break dari pokok grafted yang meninggi sudah. Subur BB ni. Harap lepas ni this roses akan mengeluarkan bunga yang cantik. Dari dibeli liat sungguh nak berbunga. 
 
 


Thursday, December 18, 2014

Copper ....mencegah lebih baik...


Musim musim hujan ni memang sangat menakutkan......semua pokok roses akan senang diserang BS atau Blackspot. Daun daun akan cepat menjadi kuning. Kalau tak dibuang daun daun kuning tu boleh merebak dengan cepat antara satu sama lain.
 
 

Copper ni saya beli dari Kak Rohani Bee di FB. Copper ni fungsinya untuk mencegah daun roses dari terkena BS/ Blackspot. Selain dari copper , boleh gunakan Darconil. Boleh klik SINI untuk lihat darconil.
 
 

 Daun daun kuning ni yg dinamakan blackspot.Memang sangat sakit hati. Kena cepat cepat petik dan buang jauh jauh. Sebelum ke office setiap pagi saya akan spent 10 minit untuk buang daun daun kuning dan selepas balik kerja saya akan petik lagi daun daun kuning jika ada yang baru muncul. Memantau lebih baik dari daun daun tu berjangkit.


Campurkan 2 sudu (seperti di atas ya ) dengan 1 liter air dan spray kepada daun daun pokok roses 2 atau 3 hari sekali. Kita kena rajin perhatikan daun daun roses kita. Jika tiada masalah sangat tak perlu spray kerap sangat.
 
 


Copper ni serbuknya warna biru.

 
Bila dicampur dengan air ...bertukar menjadi warna biru...baik baik jangan terminum ya...bahaya.
 
 

Memang geram kalau begini...rasa nak buang semua daun. Saya selalu elak membeli roses yang berdaun kecil kerana jika terkena BS seperti di atas memang sangat menyusahkan....biasanya goyang satu pokok dan daun kuning akan berguguran.
 
 

Tanpa serangan blackspot daun cantik menghijau. Pucuk muda pun banyak. Seronok tengok daun hijau cam ni.

Thursday, October 30, 2014

Darconil and 3 S.....a must have item....for roses...

Pokok bunga Ros memang sangat senang diserang penyakit. So kita perlu ada 2 benda ni sebagai protection for the roses. One is Darconil dan lagi satu is 3S. Both ni chemical and not organic ya. So masa nak spray tu silalah tutp mulut with mask or whatever protection. 


Nampak macam tepung ni namanya darconil. Gunanya untuk protect daun pokok ros dari diserang blackspot or we call it BS. Selalunya daun akan jadi kuning dengan cepat terutama kalau musim hujan. Cara nak guna senang je....siram daun pokok basahkan dan lepas tu baru spray darconil ni.



 
Nilah dia Blackspot tu. Boleh sakit jiwa tengok depa ni. Kalau daun roses kita jenis kecil kecil boleh pitam nak buang. Blackspot ni memang senang berjangkit anatara satu sama lain . So mesti nak cepat cepat buang kan dia jauh jauh.



Yang ni 3S ( 3 serangkai ) campuran 3 bahan ni  dynamac + score  + endure   , botol kecil ni memang mahal harganya tapi sangat sangat berkesan. Protection dari diserang thrips dan red mites.
Ni ialah 3S yang di campur bersama 1 liter air siap untuk dispray.


 
Ni serangan red mites yang selalu berada di belakang daun ros.


Di bahagian depan daun....nampak macam cantik kan tapi kat belakang hmm....teruk kena serang red mites.

Redmites yang bermaharajalela.....kalau thrips daun akan kerinting kerinting. Yang hitam biji biji tu rasanya tahi belalang kot.....so jawabnya potong dan buang.

Wednesday, September 3, 2014

Say NO to Shieldtox waterbase....

Hati ini berbunga bunga bila melihat banyak buds yang akan kembang. Dalam hati sebelum cik thrips mengacau buds ni smua baik saya lindung dia. Tak fikir banyak saya pun ambil Shieldtox waterbase dan terus spray ke semua buds. Spray sana spray sini.....macam seronok je.......Apa jadi lepas tu....


Hah...ni lah yang terjadi...habis semua buds ku mmenjadi hitam....Sedih tak terkata.....habis rosak semuanya...


Hitam betul dan mengakibatkan roses saya tak boleh bloom/kembang. Sedih tak terkata.


 
Yang ni cuba juga nak kemabang tapi tak cantik jugak...


Kembang juga lah yang kat tengah tu walau yang lain memjadi hitam.


So its a big NO........NO....TIDAK.....TIDAK...... to this Shieltox Waterbase ya.....walau ia waterbase mungkin kandungan waterbase nya tak cukup tu yang habis semua buds rosak.


Nak selamat hanya satu brand je yang boleh digunakan H20 Fumakilla yang warna biru .....seperti di bawah ni sahaja....

Yang ni memang awesome....spray banyak mana pun buds masih steady lagi dan bila kembang cantik je....sebab semua cik thrips dah mati....boleh klik SINI untuk lihat apabila disembur dan selepas disembur outcome rosesnya....

Monday, August 18, 2014

Scale pada batang pokok ros....

Apa itu scale? Sebenarnya saya pun baru tahu yang scale ni adalah sejenis serangga yang sangat halus yang kita tidak boleh lihat dengan mata kasar. Scale senang hinggap pada batang roses yang lembap dan di tempat terlindung. Sebab tu roses mesti diletakkan pada cahaya matahari selama 4 ke 6 jam setiap hari.


Ni scale yang telah merosakkan pokok ros saya......yang teruk saya dah potong buang. Batang yang lain saya cuba selamatkan dengan meggunakan ros care. Ambil ros care yang pekat dan dengan menggunakan berus gigi gosok pada batang yang ada scale tu. Kalau rajin boleh kikis scale tu.


Nilah bahan utamanya.....ros care +  berus gigi....boleh klik SINI, untuk lihat ros care yang boleh di beli dari Rohai Bee di FB.

Hasil gosokan pada batang yang terkena scale.....batang kelihatan hijau......yang coklat  coklat tu dah terkopek....tertanggal......Selepas ni akan tumbuh tunas baru.....tu yang seronok.


 
Yang ni pulak....lepas saya potong dan berus dengan ros care tetiba keluar satu batang hijau yang sangat sihat. Saya cuba je.......tetiba menjadi......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...