Monday, January 5, 2015

Basal Break roses or BB.....

Apa itu basal break (BB) ? Masa mula mula join group roses pening juga kepala bila orang bercakap pasal BB ni....rupanya BB ni menjdai idaman setiap penanam roses.
  
 Basal break ni ialah bila satu dahan baru yang keluar dari tanah kalau pokok tu ialah own root. Boleh juga keluar dari dahan own root seperti di atas. Nak kenal basal break ni senang je, dahan tu memang gemuk dan daun sama dengan pokok induk. Selalunya rosarian akan bagi makan cukup cukup untuk mendapatkan BB ni. Melalui pemerhatian saya, spray ros care lebih sikit kat pangkal/perdu pokok akan mempercepatkan pengeluaran BB ni. Untuk lihat ros care sila klik SINI.


  

 
 Yang ni roses yang ditanam dari own root, dahan baru yang keluar tu ialah BB so jangan buang ya. Menangis nanti nak dapat BB ni bukannya senang. Ramai rosarian menunggu BB ni sebab dahan ni boleh mengeluarkan bunga yang banyak dan cantik. Dahannya pun gemok dan  boleh meninggi. Baja mestilah cukup juga ya.
 
 
Ini basal break yang keluar dari pokok ros grafted. Batang hijau tu tumbuh di atas bonggol pokok grafted. 


Basal break dari pokok grafted yang meninggi sudah. Subur BB ni. Harap lepas ni this roses akan mengeluarkan bunga yang cantik. Dari dibeli liat sungguh nak berbunga. 
 
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...