Sunday, May 19, 2013

Jambangan bunga from my garden....

Jalan-jalan di taman...hai macam besar sangat taman saya...kecil je tapi banyaklah pokok......Intai intai apa yang boleh dipeiik...sebenarynya sayang nak petik tapi kuatkan hati petik jugalah bunga bunga ni...Kalaulah saya ada banyak roses yang berkembangan serentak sudah tentu saya akan memotong dan meletakkannya ke dalam pasu....sebagai hiasan di meja makan.

.
Akhirnya yang jadi mangsa, sekuntum ros jingga irisa + ros jepun  + lavender. Pasu tu adalah cawan sebenarnya. 
Cut roses + protulaca + lavender from my garden

 

Pandangan dekat. Ros jepun tu segar kejap lagi tertutuplah bunganya.


Dari angle yang berlainan pula. Sesungguhnya bila melihat jambangan bunga ni hati rasa tenang dan ianya bagai satu seni.

Thursday, May 16, 2013

Butterfly Orchids blooms after a year...............


Lama  memang sangat lama orkid ni nak berbunga.......memakan masa setahun jugalah...apa taknya...tak pernah baja.....letak je cam tu. Selepas terkena spray Ros care barulah nampak orkid ni nak berbunga. Mula-mula hampir putus asa sebab tak berbunga-bunga orkid butterfly ni. Rasa cam nak buang je tapi sayanglah pulak.
It took a very long time for this orchids to bloom. Almost 1 year, feel like throwing away but i still wait hoping that one day it will bloom again.....yah....and finally it blooms.....so happy. Well i dont really take good care of it as i dont spray any good fertilizer to it.....


Seronok bila nampak orkid ni dah berkudup.


Mula-mula satu je yang bukak.


Lepas tu semua kudup pun kembang. Seronok betul. Butterfly orkid yang bagusnya ialah bunga boleh bertahan sangat lama, hampir 3 ke 4 bulan. Tu yang bestnya....Tapi sayang sikit daunnya di makan ulat bulu tu yang rompong sikit....
Good things about buterfly orchids is that it can last from 3 to 4 months. However a bit disappointed with the leaves coz being attack by the caterpillars. Thats why can see lots of hole.


Dari pandangan belakang...


Memang cantik.
Beautifull...love it.....


 
Lovely butterfly orchids.

Wednesday, May 15, 2013

Burger Bakar Bukit Dahlia, Pasir Gudang....

Rata -rata sekarang orang memperkatakana tentang burger bakar. Sedap ker.....mesti cuba baru tau kan. Ni style mat salleh lah burger bakar ni. Burgernya memang besar. Makan satu memang kenyang. Harga pun mahal...Burger bakar yang saya try ni ialah kat Bukit Dahlia, Pasir Gudang.

Tebal betul burgernya lepas tu terorder yang double lagi lah tinggi. Namanya Burger bakar Cheese Double.Harga RM13.50. Sampai next day buat breakfast sebab tak habis.


Yang ni ada cheese.


Yang ni black pepper sos.


Owner adalah serorang anak muda, kalau tak salah Faisal namanya. Menu ada 4 aje. Simple. Basicly dagingnya semua sama yang beza hanyalah cheese dan sosnya saja. Rasanya ok lah...coz i am not a burger fan. Sekadar merasa je.


Lama juga nak tunggu burger bakar ni masak ....al -maklumlah tebal kan. Sos yang diletakkan sangat banyak sehingga melimpah-limpah.

Tuesday, May 14, 2013

Ros Calit pink putih

Nama roses ni sebenarnya saya pun tak tahu tapi setelah dirujuk kepada pakar roses barulah tahu yang namanya ialah Ros Calit pink putih..... sebab ada calit putih di kelopak. Warna pinknya sangat menarik. Rembat kat pasar tani je dengan harga RM18.00 sepasu tapi puas hati cepat pokok dah besar dan stable.


So sweet the pink colour.


Masa beli tu memang banyak buds yang tengah tunggu nak bloom.


Pandangan dari bawah menarik juga.


Ros ni tak da bau. Kelopak pun keras sedikit.


Bila semua bloom serentak yang best.


Lovely ros pink calit putih.

Monday, May 13, 2013

Jangan segan segan .....guna je.................H20


Pokok ros senang diserang berbagai perosak. Yang paling famous thrips dan redmites. Thrips ni susah nak lihat dengan mata kasar kita. Tiba tiba je kita tengok kudup roses kita dah tak cantik. Warna bertukar menjadi coklat. Itu tandanya telah diserang thrips. Redmites tu biasa ada kat daun. Kalau nampak macam berkarat bawah daun tu sah sahlah dah kena attack dengan redmites. Biasany redmites dan black spot(BS), kita spraykan racun 3 serangkai( 3S ). Berkesan.


Setakat ni bagi saya , inilah ubat yang paling mujarab untuk melawan thrips. H20 je tapi pastikan yang WATERBASE ya, kalau yang lagi sat tu sah sah kojol pokok. Saya biasa guna brand ni je, brand lain pun boleh. Beli ni bukan nak spray halau nyamuk tapi untuk my lovely roses.


Senang je caranya.....spray je kat kudup yang belum kembang lagi. Nampak je dah berkudup terus sembur jangan tunggu lagi ya. Biasanya spray setiap hari selama 2 hari......Kalau lambat nanti cik thrips attack. Kalau rajin nak spray hari hari pun boleh tak da masalah.


Ni terlebih spray. Dah macam diliputi salji....tapi jangan takut ianya tidak akan memudaratkan kudup roses tu.


Kalau tak bersnow ia akan kelihatan berminyak sikit.....tak pa.....boleh je....janji kudup tu di selimuti dengan semburan H20.

Hasil selepas semburan H20 beberapa hari.......Kudup yang bersih dan cantik......kalau tak de warna coklat kat tepi tepi tu makna selamat lah kudup ros ni.


Maka akan terhasil lah roses yang sangat suci dari dinoda oleh cik thrips. Nilah my lovely Queen of Sweeden.

Sunday, May 12, 2013

Diet Kalori...hu....hu...berjaya juga....

At last, berjaya juga berdiet ikut kalori.....Fuh ....,memang sangat susah pada mulanya.....semangat kena kuat sesangat...Kalau tak ya.......tak berjaya juga.....Melihatkan officemate yang sorang ni dah kurus menggunakan kaedah ini, saya pun ikut teruja nak membuatnya....

Badan kita ni memang memerlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika makanan yang diambil terlalu banyak dan kalori ( unit untuk mengukur tenaga) tidak dibakar maka ia akan bertukar menjadi lemak terkumpul dalam badan. So apa lagi berat badan naik dan kesihatan pun tak bagus.
Pada dasarnya lelaki memerlukan 2000 - 2500 kalori dan wanita 1600 - 2000 kalori , lagi lagi yang bekerja duduk je kat office tu dalam sejuk aircond langsung tak berpeluhkan. Perkara yang baru saya tahu, setiap 8000 kalori yang terkumpul dan tidak dibakar akan menaikka 1kg berat badan. Fuhh...banyak tu.....bayangkanlah selama ni apa dah jadi patutlah tiap tahun berkg kg yang naik...turunnya tak....

Firstly kenalah cari kandungan kalori pada setiap makanan yang kita suka makan....cara nak mengira keperluan kalori  kita seharian ialah,
berat badan x 30 = jumlah kalori sehari yang kita perlu ada - 500 kalori kalau nak cepat kurus.
Contoh : 80kg x 30 = 2400 kalori
            2400 - 500 = 1900 kalori, so kita perlukan 1900 kalori saja sehari.

Dari sini congak congaklah kalori yang ada dalam makanan anda. Simple tips, elakkan makanan yang digoreng, tak kiralah pisang goreng, segala jenis mee, nasi goreng, nasi lemak....lupakan sajalah....Tapi sekali sekala kalau teringin makanlah sikit.....bukannya kejam sangat sampai tak boleh nak makan langsung....berpada-pada tapi pada permulaan diet mesti abaikan langsung....kalau nak kesan yang cepatlah.
Boleh goggle untuk cari senarai kalori pada makanan.

OK saya share sikit makanan yang saya suka makan dan kalorinya yang lain goggle gogglelah ya :

nasi putih je sepinggan 1 1/2 cawan =260 kalori
mee goreng kosong sepinggan         = 600kalori
nasi lemak bersambal sepinggan      = 400 kalori
nasi beriani ayam                            = 880 kalori
pisang goreng sekeping                   = 170 kalori
roti canai kosong tanpa kuah           = 200 kalori
donut                                              = 268 kalori
teh tarik                                           = 120 kalori 



So nilah my breakfast semiggu 2 kali makan ni. Telor rebus dibuat sandwich = roti fibre + tomato + daun bawang + garam + sedikit je mustard + secawan milo o tanpa gula ya (50 kalori untuk milo je). Telor kuning tu tinggi kolestrol so tak boleh ambil hari hari.


My lunch, sup sayur + ikan tenggiri. No rice for every day, sebab nasi kosong 260 kalori. Tu belum dicampur dengan lauk lain lagi.....fuhh....Barulah tau kenapa ada orang makan 3 sudu nasi je....kalau cam tu baik tak yah makan nasi langsungkan....


For lunch juga sup sayur bayam + ikan tenggiri. Makan yang direbus memang sihat no oil kan. Kita perlu pelbagaikan menu ikut citarasa kitalah kan.....so far sup bayam, sup kacang buncis sedap kat tekak sayalah....he....he...tak tahulah oranglain kan. Kalau letak ikan tenggiri tu  ada rasa hanyir sikit so letak sikit halia.


Malam makan buah je. Kalau ada sup sayur lebih bolehlah makan. Makan mee hoon sup pun boleh. Resultnya memang sangat memeranjatkan. Dalam masa 17 hari boleh turun 4kg. Saya hanya control makan , senaman pun tak buat. Bab senaman ni yang malas nak buat sebenarnya. Orang kata makan roti canai kena lari keliling padang....hai ...tak daya den nak membuatnya. Baju dah longgar sukanya hati. Bila dah biasa makan makanan di atas dah agak lali. Nampak yang berminyak sikit tak mau makan.


Selepas sebulan saya mula berani makan mee hoon goreng yang digoreng dengan minyk zaitun/olive oil. Minyak ni kalorinya sangat rendah. Letak air lebih sikit dan masukkan segala macam sayur ala ala saladlah konon.


Salad yang lebih tu. Sekarang masih lagi dalam proses diet tapi agak slow sebab saya melanggar pantang. He...he....curi curi makan....terutama hujung minggu tak boleh tahan....tapi tetap ada batasnya. Mesti cuba sampai berjaya sampai dapat target yang saya nak.....Tepuk dada tanyalah selera kan.....Tak perlu ke slimming centre atau makan pil kurus berbagai jenama tu....dahlah beribu mahal lepas tu tak boleh makan itu dan ini nanti kena marah so lebih baik lah kita control sendiri tak makan, senang hati duit pun tak membazir...yang penting kena kuat semangat  ...yakin boleh dan katakan "NO" to oily food. Bukan tak boleh makan cumanya makan berpada-pada. Jangan lupa minum air kalau boleh 3 liter tapi saya pun tak mampu minum banyak tu sehari. Selamat Berdiet !!!!!!

Tuesday, May 7, 2013

Prosperity roses...bloom lagi

Prosperity roses ni is one of my favourite...Second time bloom...Seronok melihatnya....


Bergugus.


Masa ni tengah berputik....macam kacang kan berbiji-biji . Yang atas tu terselit si roses pink fairy.


Bila bloom semua memang lovely. Hari hari duk tengok...


Kalau pembajaanya cukup boleh mengeluarkan warna yang sangat cantik dan terang sedikit. Untuk mendapat warna roses yang terang boleh guna baja tahi kambing, sangat bagus.


Close up sikit.......huh....so lovely....


Tak tahan tengok yang ni....super...duper ....lovely....


Prosperity di atas dan pink fairy di bawah. Bila semua roses berkembangan serentak memang sungguh gembira tak terkira rasa di hati.........hati ini pun berbunga-bunga juga......he.....he...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...