Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Monday, March 11, 2019

Lawatan ke Figs Garden atau Buah Tin di Melaka

Melawat ladang figs/buah tin ni di Norash Farm, Melaka. Susah nak cari buah tin ni kat supermarket.
Dah lama teringin nak menanam pokok tin ni tapi tak kesampaian. So kali ni ada peluang untuk melihat dan membeli pokok tin ni.

Geram tengok...banyak betul buah dia.


Buah tin yang dah masak.


Banyak anak pokok baru yang ditanam. Ada banyak sepsis.


Kat sini ada dibuat kursus juga.


Batang pokok tin yang ditut.


Pokok togel daun pun masih banyak buahnya.


Baja yang dijual.


Beli sebekas buah tin dan the daun tin.



Sedap buah tin fresh ni ...ada yang manis juga.


Norash Farm Fig's Garden.
 Kg Paya Rumput Jaya, Sg Udang, 
Melaka.
Hubungi: 019-4001813(Abd Rashid)



Tuesday, August 1, 2017

Sabah 8 : ....Shopping ...Pasar Filipina... Pasar ikan masin ...140316

Selepas kenyang perut  kami pun ke pasar Filipina yang letaknya tidak jauh dari tempat makan. Dalam 10 minit dah sampai dengan hanya berjalan kaki. Waktu sampai di sini dah pukul 8 malam.....memang dah penat sangat dan kekenyangan...jadinya kami cuma dapat membeli sedikit saja tak sempat nak shopping beria ia....pasar ni memang besar....tak larat nak masuk semua kedai.....basicly kedai di sini menjual baraang yang sama saje...



Mutiara memang banyak dijual.....kena pandai memilih kalau tidak dapat yang tiruan...




Brooch pun banyak...



Antara souvenior yang dapat dibeli....



Sempat memborong ini aje....


The tea & coffee from Sabah..


Kuih denderam ni memang sedap..







KEK pandan Horlicks harga RM15.50 , kek lapis pandan RM22.00 saya beli di airport KK. Tak sempat shopping kek so terpaksalah beli kat airport...Kek yang plain warna hijau tu  memang sedap...



Sabah Part 7 : Makan makan Lobster... 150316






Balik dari Kundasang dan selepas melawat pusat akuarium UMS, kami terus ke tempat makan di Bandar. Ada satu tempat makan yang happening ...namanya Dataran Todak ataupun Waterfront Kota Kinabalu. Memang banyak gerai kat sini....rambang mata dibuatnya. Kami round semua gerai.....sampai tak tau gerai mana nak pilih...pening....ada yang mahal dan ada yang murah...kena survey....

Lobster yang menjadi idaman .....sekilo RM150.00 ada yang RM190.00 pun ada juga...Kami beli 3 ekor ni pun dah RM150.00 .....lobster ni steam halia je....


Tak pernah makan abalone  so kebetulan kat sini terjumpa. Harga untuk 100g ialah  RM8.00 siap masak. Saya beli  200g siap masak. Rasa abalone ni agak keras lah....kurang sedap bagi saya. Abalone ni kami tapau di gerai lain.



Udang besar ni goreng butter nasib sedap...boleh makanlah...
Tiger prawn namanya....sekilo RM120.00 siap masak ada yg RM130.00.....mak ai mahal betul so kami ambil  2 ekor je...cukuplah buat rasa rasa...



Order 3 lauk je...ni pun dah banyak....sotong goring tepung for the kids as usual.


My plate as usual.

Di sini banyak juga sotong yang dibakar seperti di atas.Tengok memang menarik hati..

Yang ni boleh makan tau tapi saya lupalah nama dia...tengok memang menakutkan..

Banyak seafood yang siap dibakar dijual...cuma pilih je apa yang kita nak makan...



Udang ketak namanya...
 
Tiger prawn...
 
Lobster...memang banyak kat sini....harga pun boleh tahan ....ada lobster yang kami jumpa dijual dengan harga RM400.00 seekor....memang mahal....kecil je lobster tu tapi berat kulit...he..he..


Sabah 6 : Akuarium dan Muzium UMS - 140316

Turun dari Kundasang kami singgah di Akuarium dan Muzium UMS, Kota Kinabalu. Waktu kami sampai dah pukul 3.45 petang tapi pak cik guard tu baik hati bagi kami masuk ......walau  ia akan ditutup jam 4 petang....Sepantas kilat kami bergerak kesitu....dah lah UMS ni besar betul.....nak cari pusat akuarium ni pun susah ...nasib cik waze ada....sempatlah beli tiket untuk masuk ke dalam...

Ni udang hidup tau...slow motion je dia.



Pusat akuarium ni tak besar....antara ikan pelik yang ada di sini.




Tapak sulaiman yang cantik...kami siap pegang lagi si tapak sulaiman ni..



Coral yang cantik..



Leka melihat ikan ikan kat sini.


Ni kat muzium dia....dalam satu level juga...





Di luar Akuarium dan muzium UMS, Kota Kinabalu.

Thursday, June 1, 2017

Sabah 4 : Dairy Cattle Farm...... 130316


Sesampai di Kundasang kami terus check in di Kundasang Pine Resorts ....selepas berehat sebentar kami pun bergerak ke Dairy Cattle Farm.  Ladang ternakan lembu ni tak jauh dari hotel kami menginap cuma nak masuk ke dalam tu jalannya seperi naik turun bukit.


Memang cantik kawasan kat sini....sejuk dan mendamaikan ....orang kata macam kat New Zealand....


Masa kami sampai dalam pukul 3.30 petang tapi hari agak mendung nak hujan maka bertambah sejuklah....masa ni banyak lembu dilepaskan.



Boleh ke kandang lembu yang dikhaskan untuk pelawat membari lembu minum sebotol susu...

Cantik bunga bunga yang ditanam di sini..

Bunga dahlia yang cantik berseri..





Fresh milk keluaran dairy farm ni....memang sedap....sayang kami tak sempat merasa ice cream sebab sold out.


Di tepi jalan main road memang banyak terjual sayur sayuran ...rasa seperti berada di Cameron Highlands pulak...terjumpa cendawan kukur  kering...3 pek for RM10.00...rasa cendawan kukur ni tak sesedap yang fresh punya...



Geram tengok sayuran ni semua.....macam nak bli semua tapi  tak boleh ya..


Roses dia pun  cantik....teruja sekejap tapi tak banyak....





Sabah 3 : Kinabalu Pine Resorts ....


Day 2 : 13/3/2016
Dari rumah terbalik kami gerak ke Kundasang. Jalan ke situ memang bengkang benngkok sedikit tapi tak seteruk Cameron Highland. Jalan pun besar. Bagi saya lagi ngeri naik Cameron Highlands. Kami tiba di Kundasang dalam pukul 2 petang terus check in ke Kinabalu Pine Resorts....Seeloknya kalau ke Kundasang sila tidur semalam disitu. Cuaca di Kundasang ni sejuk ala ala Cameron Highlands
lah.  So in hotel room memang no aircondlah ya.
Seawal 6 pagi kami dah bangun sebab nak melihat puncak gunung Kinabalu. Nasib kami kurang baik sebab Cik Kinabalu tu malu malu....lagipun awan agak mendung....so dapat tengok sipi sipi je puncak tu.


Roses ditanam kat sini memang segar....sayangnya belum berbunga lagi..





Dinner kat Kinabalu Pine Resorts ni memang best....siap bagi dinner free for 2 lagi....bila makanan sampai rupanya boleh makan 4 orang....banyak sungguh...first time jumpa hotel yang bagi free dinner ...


Fish n chips for my youngest.


4 lauk ni for 2 people memang banyak untuk kami lah....tapi sedih sikit masakan kat sini semuanya tak pedas....nak tak nak telan je lah ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...