Diam tak diam dah 4 hari (sejak dilaporkan pada 2/3/14 Ahad), kita kehilangan MH370, memang banyak spekulasi yang tersebar merata rata. Sedih duka sayu hiba silih berganti ......apatah lagi bagi ahli keluarga penumpang serta krew MAS. Kapal terbang hilang tanpa khabar berita. Apa yang kita mampu buat sekarang ialah berdoa kepada ALLAH supaya mereka kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat. Pulanglah wahai MH370 seluruh rakyat menanti penuh kesabaran.......
Berbalik kepada my PP roses yang satu ni......kalau diterjemahkan ialah warna ungu yang penuh kesabaran. Sama sabarnya saya menunggu pokok ni membesar dan mengeluarkan roses yang banyak. Memang sangat sangat menguji kesabaran ku. Roses ni akan menjadi kalau kita rajin membelai mereka......bagi makan yang secukupnya...bebas dari penyakit.......
Memang so lovely PP ni. Bau memang harum.
Kudup baru nak bloom....
Kelopaknya agak besar jugak tapi tak berapa banyak lapis.
I just love to see and smell her.....makes my heart very peacefull.....sesuai dengan namanya lah kan.....he...he...
Selepas siraman air......Sepatutunya warna dia lebih terang lagi...
Dari sisi yang lain.
Daun pada masa ni memang sangat subur......menghijau gitu. Dalam pemerhatian saya kalau dunnya subur sudah tentu akan mengeluarkan roses yang sangat cantik tapi tu lah nak maintain daun yang subur bebas dari penyakit seperti thrips, redmites dan blackspot memang susah sikit. Kena rajin cegah dengan semburan 3S dan darconil atau mencozeb. 3S adalah racun yang sangat kuat....kalau buat semmburan mesti ada protection dan advisable no kids outside.
So lovely PP roses collage.
wauuu subur mekar, cntiknya ross u
ReplyDeleteada petua2...saya belum berjayaaa
Salam.
ReplyDeleteAmboi.. ini antara yang menjadi jugak ke? Cantik sungguh
sud, alhamdulilah subur....petua utama beli ros care untuk pertumbuhan tunas dari rohani bee di FB dan spray ke pokok, 3S untuk lawan penyakit, roses nak cahaya 4-6 jam, baja yang cukup setiap minggu( baja udang + tahi kambing ) dan baja lai selang seminggu, kepala bilis pun boleh...addiitional siram air ikan....pokok subur
ReplyDeletewsalam honey, yes ni antara yang menjadi.....very beautifull and harum bau nya...
ReplyDeleteKepala ikan bilis? Alamak ruginya buang haritu. Ikan bilis boleh ke? I ada stock ikan bilis tapi dah tak nak, boleh ke tabur kat pokok ros? Tapi nanti lalat tak datang ke?
DeleteBoleh aje honey. Korek je tanah tu sikit masukkan ikan bilis tu lepas tu tutup dengan tanah. If u letak cam tu je kat atas chances lalat and akan keluar ulat putih tu sangat tinggi.
Delete