Thursday, March 13, 2014

Kerepek Arrowhead.......lemak lemak pahit....

Pelikkan bunyinya....arrowhead.....Buah ni boleh dapat masa Tahun Baru China sahaja....dibawa masuk dari negara China. Sebelum ni saya lihat je buah ni, terfikir juga nak masak apa ya arrowhead ni......one of my Chiese friend kata buat kerepek sedap or masak kuah pun sedap. Hmm...this year nampak lagi terus beli sikit je tak banyaklah , just nak buat kerepek. Nak tau apa rasanya arrowhead ni.


Buah arrowhead ni tak besar......kecil je. Bab nak mengopek kulitnya saya ada sikit lemah lah.....tapi sebab nak rasa gagahkan jugaklah.....


Comel comel je buahnya....jenuh jugak nak buang kulit.


 
Lepas dibuang kulit kelihatan seperti sengkuang atau water chessnut kan.


Lepas dah buang kulit boleh lah disagat nipis. Panaskan minyak dan goreng arrowhead yang dah disagat nipis tadi. Lepas dah kekuning kuningan bolehlah diangkat.


 
Ni lah hasilnya......rasanya......hmm.....sedap......lemak lemak pahit gitu. Ok next year confirm beli lebih sikit.


 
Tak cukup...ngap ngap hilang je.......minyak mesti ditoskan betul betul baru sedap dimakan. Siapa tak pernah cuba buat.....sekali cuba nak lagi.....kerepek ni kalau makan memang tak boleh berhenti...

6 comments:

  1. Sedap! Tapi nak sangat tu susah! sebab buahnya kecil aje.. Tersangat tangan lah jawabnya haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu honey....kecik susah nak sagat....kena extra carefull..

      Delete
  2. memang sedap, masa goreng tu letak sikit air garam, jangan banyak sangat nanti rasanya dah kurang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah....masa goreng tu lupa nak letak garam....tapi saya suka lemak lemak pahit rasa dia tu..

      Delete
  3. buah sengkuang cina ke?...beru tengok niii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sud, bukan sengkuang cina atau waterchess nut ( kulit gelap ). Sentiasa ada dijual. Yang ni arrowhead namanya. Masa tahun baru cina je baru ada.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...