Hari hari buat sarapan sampai tak tau nak masak apa. Intai intai cik goggle terjumpa blog AzieKitchen. Selepas Azlita masam manis dan Kak Rima fr Bisousatoi ,........kini blog AzieKitchen menjadi pilihan saya. Saya ni kalau dah suka baca satu blog tu habis semua saya korek dan menelaah apa yang ada di dalamnya. Apabila saya membaca blog Kak Azie saya dapat rasakan , senang saja saya nak memasak menggunakan resepi yang telah dicuba oleh beliau. Yang best tu ada siap ditunjukkan step by step....hmm....hmm...tu yang best. Thank you so much Kak Azie for sharing the resepi.
So ni resepi pertama yang saya cuba dari blog AzieKitchen, Apam balik......walau kejadiannya tak sehebat Kak Azie punya tapi rasa tetap ada.
Mula mula buat pancakenya dulu....
This part memang best......letak jagung , gula dan kacang tumbuk........Nak sedap letak lebih semua tu. Kali ni saya tersilap beli jagung dalam tin....sepatutnya jagunng manis yang berkrim tu tapi terbeli jagung yang seketul seketul pulak....
Abaikan warna apam ni ya .......he...he.....but the taste is good....
APAM BALIK
Source : Azie Kitchen
Bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu the baking powder
sedikit pewarna kuning
1 biji telor
1 1/2 cawan air
sedikit mentega untuk mengoles
Bahan Tabur
Kacang tanah - goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
jagung manis dalam tin
gula halus
marjerin
Cara
-Gunakan mixer, pukul telor dan gula sehingga kembang. Masukkan soda bicarbonate , air dan pewarna kuning.
-Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.
-Oleskan mentega di permukaam kuali ( seeloknya guna kuali tak melekat (non stick pan) dan tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk(tebal) dan ratakan.
-Biarkan seketika dan sementara masak bolehlah ditaburkan kacang, jagung , gula dan marjerin. Lepas tu boleh terus lipat dua.
-Sedia untuk dihidangkan panas panas.
nmpak senang dah copy resepi..tak tau nak buat bila...tq
ReplyDeletesud, memang senang....cari mood buat ya...
Delete