Monday, March 3, 2014

Sambal Tumis Kerang

Memang lama betul saya tak masak kerang ni. Malas betul nak mengopek kulitnya. Kerang ni sedap kalau dibuat sambal tumis, goreng dengan kueh tiaw, rebus dan cicah air asam pun sedap jugak. 


 

Kali ni saya masak sambal tumis.....alamk terkering sikit so sambal tak banyak....


 
Letak bawang besar banyak sikit.


This were taken by my LUMIX.....kalau dengan cik NIKON compact saya tu sure alah.......photo tak cantik.....


SAMBAL TUMIS KERANG
Source : Sweetiesaqi

1 biji bawang besar merah sederhana  diblend
2 biji bawang besar dihiris
Cili blend 4 sudu besar
sedikit air asam
garam , gula secukup rasa
1/2 mangkuk kerang yang siap dikopek
minyak untuk menggoreng

Cara
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar yang telah diblend sehingga garing sedikit.
Masukkan cili blend/kisar dan goreng sehingga betul betul garing  atau naik minyak.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga mendidih.
Last sekali masukkan kerang dan bawang hiris.
Goreng rata sebentar dan boleh terus hidangkan.

2 comments:

  1. Hi Anne,

    Lapar terus tengok sambal kerang ni. I baru buat last weekend.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Honey, bisalah kalau tengok food mesti laparkan. Sometimes trigger kita nak masak lauk tu.He...he....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...