Saturday, November 24, 2012

Makanan Roses.......supplement

Roses saya menjadi-jadi berbunga dan bertunas dengan banyak sebab diberi makan supplement. Macam manusia juga memerlukan additional supplement. Apa ya? Mestilah bajakan. Sebelum ni beli roses cuma tahu tanam dan bagilah baja yang biasa-biasa je, macam baja chemical yang warna merah , hijau dan lain-lain lagi. Bila dah join ros club kat FB, barulah tahu macam mana cara yang betul nak bela roses ni. Ros ni satu pokok yang sangat sensitif yang kita kena belai sentiasa. Bila kita selalu belai hasil yang keluar memang amat memuaskan hati.


Yang paling penting mesti ada Ros Care dan Ros Food. Kedua-duanya adalah organic base so tak perlu takut ada chemical di dalamnya. Boleh dapatkan di www.bungaros.com by Honeybee World Trade. Nama ownernya Rohani Bee. Bila spray Ros Care, pokok akan mengeluarkan tunas dengan banyaknya dan sekaligus merawat pokok kalau ada penyakit.


Baja udang + baja ikan + racun 3 serangkai yang boleh dibeli dari Mami Yawinscha di FB.
Roses memang sangat suka dengan baja udang ni. Memang marvellous baja udang ni. Masa nak letak baja boleh campurkan baja udang & baja ikan ni. Kalau ke nurseri boleh dapatkan baja ikan yang dalam bentuk cecair pun boleh juga. Kalau nak lagi baik air ikan yang diambil selepas kita siang & cuci ikan. Lebih mujarab tapi baunya kena tahanlah ya. Racun 3 serangkai ni sudah siap dibancuh tinggal spray je tapi saya belum pernah cuba. Ini untuk pokok yang sudah rosak dengan kritikal bolehlah sembur.


Baja soya ni pun bagus. Lain -lain baja yang boleh digunakan tahi kambing (tabing) + tahi ayam (tayam) yang ni jangan letak banyak sangat + tahi lembu (tabu).


Foliar ni yang siap dibancuh , satu botol RM15.00. Senang terus spray je. Boleh juga beli yang macam kristal sebelum dibancuh. Kena rajin bancuhlah. Ini untuk menggalakkan pengeluaran bunga. Boleh sembur sekali seminggu atau sekali dalam dua minggu.


Makanan roses.
 
 
Antara roses yang ada di taman setelah diberi supplement di atas.
 
 

10 comments:

  1. Macam2 vitamin..patutlah hasil berseri2 dan byk pula tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah banyak vitamin dia.....lepas join group penggemar roses kat FB baru tau pasal vitamin ni semua...hasilnya memang berbaloi baloi....

      Delete
  2. dah cuba rose care tu. memang berkesan utk mengeluarkan tunas baru.cuma racun tiga seragkai tu belum ada lagi.cerewet tak nak guna racun tu kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Racun 3 serangkai dah siap bancuh tinggal spray je. Setakat ni tak pernah spray sebab pokok roses semua tak ada problem yang teruk sangat. Melalui pembacaan di FB racun ni jangan spray banyak sangat sebab nanti panas dan daun boleh melecur.

      Delete
  3. Terima kasih Ann. Banyak tips dah saya pelajari melalui blog Ann. Patutlah pokok ros saya tak menjadi2. Sekarang baru saya faham. Selama ni salah cara membelai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah..dulu pun saya tak tau juga....lepas dapat info kat geng roses di FB terus tukar cara. Paling important dapatkan ros care.product ni sangat bagus untuk [ertumbuhan tunas.

      Delete
  4. Salam Ann,

    Terima kasih banyak atas info berguna. Insya-Allah Mak Aji nak join jugalah geng roses kat FB (walau ada tiga pokok je rosnya!).

    ReplyDelete
  5. Salam Mak Aji, joinlah cepat group Roses Forever dan Ros rosa rose mawar with honeybee......mula mula 3 pokok.......lama lama nanti sure bertambah.....sebab tengok roses yang cantik cantik kat group ni.....tulah yang jadi kat saya...

    ReplyDelete
  6. Saya pun ada beli baja udang dari mummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, Joanna....senang beli dengan mami....macam macam ada ngan dia kan...order je...he...he...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...