Showing posts with label Lauk pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk pauk. Show all posts

Tuesday, June 30, 2020

Pulut kuning dan kawan kawannya...

Lama betul entri ni duk dalam dan bersemut rasanya baru nak catwalk ni ha......This is way back in Jan 18.....wow its 2 years back ...adoi...layan je photo photonya ya....I just love to take the photo...

Tetiba teringin nak makan pulut kuning....walau saya ni bukan penggemar pulut kuning ku gagahkan juga membuatnya....anak anak dan cik suami memang gemarkan ni...their favourite...



So kenalah rajin buat rendang daging ni kan...


Sambal tumis ikan bilis with lots of bawang...


Telor dadar and timun jangan lupa...






Complete set...


My plate as usual...


Perfect combination....


Wednesday, December 26, 2018

Tahu Bergedil....

Tauhu bergedil ni memang favourite satu family....

Tauhu ni mesti makan dengan sos baru sedap tapi saya tak pandai buat sos ....saya makan gun sos Thai je...


Part ni yang leceh sikit....nasib ada anak anak yang tolong buatkan....mama balik assemble je...saya suka guna daging burger more flavour...berasa lah sikit bila makan tu...


Hancurkan semuanya sebati secukup rasa.....garam dan lada sulah mesti ada ....


Part ni pun leceh....tauhu pok tp potong tengah dan keluarkan isi tauhu tu....masukkan lah kentang lenyek dan kawan kawannya tadi...


Pas tu boleh lah goreng disalut telor ya...


Bila gigit terasa daging burger tu yang sedap....



Boleh buat banyak dan simpan dalam fridge ....next day boleh goreng lagi....tapi jangan simpan lama lama nanti tak fresh....



Thursday, October 11, 2018

Udang galah masak lemak .....

Balik kampung , jalan jalan tepi pantai ada orang jual udang galah. Strategi yang digunakan ialah seekor RM1.00 dan RM2.00....maka ramailah yang datang melihat termasuk saya....


Hasilnya masak lemak udang galah...saya beli 20 ekor je...jadi lah...


Yang ni RM2.00 seekor ...kalau yang RM1.00 tu kecil sangat tak berbaloi..


Geram tengok....jauh datangnya udang ni dari Trengganu singgah di Pantai Klebang, Melaka.


Ada pulak buah binjai......so kita pun buatlah sambal belacan makan dengan buah binjai dan cik petai...


Hmm...memang perfect combination dengan masak lemak udang tu...

Thursday, October 20, 2016

Sambal belacan binjai

Kalau masak lauk kari atau masak lemak mesti nak ada sambal belacan....kalau tak de memang rasa kekurangn bila makan tu...

Kebetulan terjumpa buah binjai yang dibuat pekasam di pasar tani stadium Paroi, Seremban saya pun membeli 2 keping. Sekeping harganya RM2.00. Agak masam sedikit binjai peksam ni tapi bila dah campur dengan sambal belacan tu sedap je dimakan. Kalau nak tengok rupa buah binjai boleh klik SINI .






SAMBAL BELACAN BINJAI
 Source : Sweetiesaqi_kitchen


Bahan
5 biji cili hidup merah
5 biji cili padi merah - nak pedas lebihkan lagi
2 sudu besar belacan yang telah digoreng tanpa minyak
sekeping binjai pekasam
sedikit gula



Cara
Semua bahan digoreng dengan minyak kecuali binjai dan gula
Tumbuk semua bahan. Jangan hancur sangat.
Masukkan gula sedikit saja.
Last sekali baru letak sedikit binjai ikut suka banyak mana nak letak. Kacau dengan sudu kaup balik.
Sedia untuk dihidangkan


Thursday, October 13, 2016

Tumis air sayur leak....sedapnya...

Tumis air sayur leak ni memang sedap.....kiranya my favourite lah....

Saya letak  tahu + cendawan + udang dalam tumis air sayur leak ni


Nilah rupanya sayur leak ni...


Ambil bahagian bawah sahaja...




Makan tumis air ni je pun sedap sebab ada banyak barang dalam tu...


TUMIS AIR LEAK DENGAN UDANG
Source :  Sweetiesaqi_kitchen


Bahan
2 batang sayur leak
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
2 keping tahu putih
10 ekor udang sederhana size
sedikit cendawan
1 mangkuk sederhana size air
crush black pepper dalam botol
garam gula dan Maggi secukup rasa


Cara

-Tumis bawang merah + bawang putih yang telah ditumbuk.
-Masukkan air. Mendidih masukkan tahu , cendawan .
-Lepas tu masukkan udang dan last sekali sayur leak.
-Masukkan sedikit saja black pepper, garam gula dan MAGGI secukup rasa.
-Didihkan jangan terlalu lama nanti udang tu keras.
-Siap untuk dihidangkan....makan panas panas memang sedap 



Monday, October 10, 2016

Tauhu berlauk....so sedap

Dah lama nak try buat tahu berlauk ni....bahan tak banyak and senang nak buat. Kali pertama buat dah jatuh cinta so yang ni buat kali kedua....Boleh buat banyak dan simpan dalam fridge. Bila nak makan terus goring ...senang...

Tauhu berlauk yang telah digoreng.....nyum..nyum ...memang sedap rasanya....


Tauhu ni menggunakan kombinasi 2 jenis tauhu = tauhu putih biasa 4 keping + tauhu jepun 2 ketul
Yang berlauk tu sebenarnya ialah kita letakkan daun saderi dan cili merah potong je. Masa dah blend tauhu + isi ayam sila letak sedikit garam saje ya. Kalau masin sangat memang tak sedap..




Masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam bekas plastic putih dan kukus selama 15 ke 20 minit.
Kali ni terajin ...saya buat 2 adunan.



Selepas tauhu kukus sejuk sebentar sila potong dadu dan boleh goring . Golekkan tauhu dalam 2 biji telor yang telah dikocok . Terus goring bila minyak telah panas.





Memang sedap tauhu ni......banyak saya makan. Cicah dengan cili kicap memang the best. Kalau makan panas panas lagi sedap. Panas campur pedas memang kaw....cubalah baru tau...he...he...now saya super addicted to it....


TAUHU BERLAUK
Source : jumpa kat FB dan saya olah sedikit

Bahan
4 keping tauhu putih
2 tiub tauhu jepun
2 biji telor
sedikit isi ayam
daun bawang
daun sup
garam, Maggi sedap rasa
lada sulah
2 biji telor untuk menyalut tauhu

Cara
-Blenderkan tauhu + tauhu jepun + isi ayam + 2 biji telor
-Masukkan hirisan daun bawang, daun saderi dan cili merah.
-Letak garam, Maggi cukup rasa dan serbuk lada sulah dan gaul rata.
-Masukkan adunan tadi ke dalam bekas plastic dan kukus selama 15 - 20 minit.
-Setelah masak sejukkan tauhu tu .
-Pecah 2 biji telor dan dikocok, celupkan tauhu yang telah dipotong dan goring sehingga kekuning kuningan.
-Setelah masak boleh dimakan bersama sambal cili kicap.







Wednesday, October 5, 2016

Sayur gourd namanya.....

First time tengok sayur ni kat supermarket. Ingatkan buah jambu tetiba akak tu kata bukan ni sayur mesti dimasak....terkedu sekejap....Nama sayur ni ialah Gourd. Pelik nama dia.


Kan cantik ni macam buah jambu batu..



Rupa dalamannya...

Bila dah dipotong macam sayur petola pun ada.


Saya goreng simple je sayur ni campur soo hoon dan black pepper.....saya kurang menyukai sayur ni..he..hee...

Sunday, September 25, 2016

Sayur Campur Goreng yang simple je...






Lama tak masak sayur campur. Bila Nampak orang masak sayur campur ni ...saya pun teringin nak buat juga.


Macam macam sayur yang boleh kita campur....antaranya lobak merah, kacang panjang dan putik jagung.


Saya tambah shitake mushroom.....setengah orang tidak berapa suka cendawan ni sebab baunya yang sangat kuat.


Sayur campur ni ratah pun sedap.


Tak perlu goreng lama sayur ni. Saya suka rasa crispy sayur ni bila digigit. Kalau masak lama sangat nanti zat vitaminnya hilang.



SAYUR CAMPUR GORENG
Source : Sweetiesaqi_kitchen


Bahan
1 sudu besar bawang merah yang dah diblend
2 ulas bawang putih dicincang
1 sudu kecil udang kering ditumbuk
1 sudu kecil sos tiram
sedikit air
garam secukup rasa
1 batang lobak di potong memanjang atau bulat
1 packet kecil putik jagung dihiris serong
5 tangkai kacang panjang dipotng pendek
4 cendawan shitake dihiris


Cara
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering.
- Garing masukkan sedikit air. Letakkan garam secukup rasa dan sos tiram. Mendidih masukkan lobak , masak sehingga lobak lembut.
- Masukkan cendawan shitake, putik jagung dan akhir sekali sayur kacang panjang.
- Goreng kaup balik sekejap saja supaya tak overcook.
- Siap dan boleh hidangkan.










Thursday, September 8, 2016

Masak Lemak Cilipadi Merah dengan Jering....

Masakan ni memang first time saya buat. Masak lemak jering dengan ikan jelawat. (ikan air tawar)
Jering hasil tangkapan di pasar tani stadium Paroi, Seremban.

Hasilnya terpekat sikit masak lemak ni. Saya menggunakan cili api merah dan cili hidup merah tu yang tak kuning warnanya.


Jering tu baunya memang kuat....menusuk kalbu. Tips nak hilang bau rendamkan dengan air selama 2 hari. Boleh letak cuka sedikit. Air rendaman ni mesti ditukar setengah hari sekali. Bau air rendaman jering ni pun sangat kuat. Jering perlu direbus selama 1/2 jam untuk melembutkan dia.






Masak lemak ni terpekat pulak sebab saya gunaka santan kotak yang kecil tu sekotak...


MASAK LEMAK CIPIPADI MERAH JERING
Source : Sweetiesaqi_kitchen

Bahan
1 mangkuk kecil jering direbus 1/2 jam
10 biji cilipadi merah
4 biji cili hidup merah
1 kotak santan
1 mangkuk kecil air
ikan jelawat atau ikan lain pun boleh
1 batang serai
1 keping asan keping
garam dan gula secukupnya

Cara
-Kisar cilipadi dan cili hidup merah berserta kunyit.
-Masukkan ke dalam kuali bahan yang dikisar bersama serai dan asam keping.
-Masukkan air dan didihkan . Lepas tu baru masuk santan. Boleh letak garam dan gula ikut rasa sesuai.
-Didihkan dan letak jering. Masakkan sebentar dan last sekali masukkan ikan.
-Bila ikan telah masak boleh lah tutup api.
-Kalau ada daun kesum atau daun kunyit boleh lah letak tapi saya tak letak apa pun daun.








Wednesday, September 7, 2016

Sambal Goreng Jering bersama ikan bilis.....dapnya...

Sebenarnya memang tak pernah buat sambl goreng jering ni. Kira first time buat ni. Saya memang jarang makan jering....selalunya yang favourite ialah cik petai. Setengah orang memanggil jering dengan nama jengkol.
 
Saya gunakan cili padi merah untuk buat sambal ni. So memang pedas meletop lah ya...


Jering ni satu piring RM2.00 siap kopek so senanglah. Cari yang macam kat atas ni ya baru sedap di masak. Jering ni memang baunya sangat kuat bila proses merebus. Habis satu rumah bau jering ni. Kuat sangat baunya. Jering ni mestilah direbus sekurang kurangnya 1/2 jam barulah lembut sikit.
Ada yang kata kalau tak nak bau, jering tu mesti direndam 2 hari...hadoi lamanya....ada yang suruh letak cuka sedikit......kalau rendam 2 hari tu mesti rajin tukar air juga. 1/2 hari sekali. Air rendaman jering ni pun bau dia kuat...



Potong jering yang dah direbus tu.


Sedap rasa jering ni. Rasa dia bergetah seakan makan buah berangan, biji nangka dan cempedak.


SAMBAL GORENG JERING/JENGKOL
Source : Sweetiesaqi_kitchen

Bahan
Jering 1 magkuk kecil yang siap direbus selama 1/2 jam
segenggam ikan bilis yang dah digoreng - nak lebih pun boleh
10 biji cilipadi merah
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar dihiris
1sudu kecil sos tiram
garam dan gula secukup rasa
sedikit Sedap rasa MAGGI
Minyak untuk menumis

Cara
-Tumis bawang putih dan cilipadi merah yang telah ditumbuk.
-Garing masukkan sedikit sos tiram, garam , gula dan secukup rasa MAGGI.
-Goreng sebati dan masukkan jering tadi,
-Masukkan bawang besar yang dah dihiris,
- Rata kaup balik dan boleh dihiangkan 





Monday, August 22, 2016

Sambal belacan dengan durian fresh.....sedap ke ?

Sedap ke rasa sambal belacan yang dicampur dengan durian fresh ? Tak pernah cuba so kali ni saya pun cuba buat. Saya masih suka sambal belacan yang menggunakan tempoyak. Rasanya lebih ada feel sikit sebab ada kemasaman di situ.

Menggunakan durian fresh ....agak kurang sedap pada lidah saya kerana rasanya agak manis sedikit.


Rebus bende tu sebagai ulam sudah cukup. Kadang kadang saya makan mentah saja. Lebih sedap.


SAMBAL BELACAN DENGAN DURIAN FRESH
Source : Sweetiesaqi_kitchen

Bahan
5 biji cili hidup merah
5 biji cilipadi merah
3 sudu besar belacan yang telah digoreng tanpa minyak
2 ulas durian fresh
1 biji limau sambal

Cara
- Kesemua cili digoreng dengan minyak terlebih dahulu.
- Tumbuk cili dan diselangseli dengan belacan.
- Masukkan durian fresh dan gaul rata.
- Perah limau dan gaul rata.
- Hidang bersama ulam ulaman


Sunday, August 14, 2016

Masak Lemak Kangkung denga labu.....

Biasany kangkung saya suka goring atau masak lemak santan bercili bersama udang. Kali ni tukar sikit kita masak lemak putih kangkung dengan labu pulak.


Loving this BG Petal dish large by Portmerion...cantik bentuknya....harga dia pun mahal gak...hadoi ...pitam mokcik....he..he....


Labu ni memang sedap dimakan....tapi kita tak boleh rebus lama sebab labu ni cepat empuk...


Kangkung ni memang my favourite saya tapi orang tua tua kata sayur ni sejuk..hmm.....dah suka makan je lah tapi tak boleh selalu...


Lunch sempat masak satu lagi lauk kegemaran the kids......sotong tumis kuinyit yang simple je...



MASAK LEMAK PUTIH KANGKUNG DENGAN LABU
Source : Sweetiesaqi_kitchen


Bahan
1 ikat sayur kangkung
1/2 biji labu yang kecil di potong dadu ..jangan kecil sangat
1 batang cili merah dihiris
1/2 cawan santan kotak
1 cawan air - jika pekat lebihkan air saja
garam
MAGGI secukup rasa
4 ulas bawang merah ditumbuk halus
segenggam ikan bilis


Cara
- Masukkan air + bawang merah yang ditumbuk halus + ikan bilis + labu ke dalam periuk.
- Masak hingga labu sedikit empuk.
- Masukkan santan dan didihkan. Letak garam dan MAGGI secukup rasa.
- Masukkan batang kangkung . Bila agak lembut baru masukkan sayur kangkung dan lada merah tadi.
- Didihkan sekejap saja. Dah boleh tutup api. Jangan lama sangat nanti kangkung lecur sangat ...tak cantik.































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...