Sunday, May 12, 2013

Diet Kalori...hu....hu...berjaya juga....

At last, berjaya juga berdiet ikut kalori.....Fuh ....,memang sangat susah pada mulanya.....semangat kena kuat sesangat...Kalau tak ya.......tak berjaya juga.....Melihatkan officemate yang sorang ni dah kurus menggunakan kaedah ini, saya pun ikut teruja nak membuatnya....

Badan kita ni memang memerlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika makanan yang diambil terlalu banyak dan kalori ( unit untuk mengukur tenaga) tidak dibakar maka ia akan bertukar menjadi lemak terkumpul dalam badan. So apa lagi berat badan naik dan kesihatan pun tak bagus.
Pada dasarnya lelaki memerlukan 2000 - 2500 kalori dan wanita 1600 - 2000 kalori , lagi lagi yang bekerja duduk je kat office tu dalam sejuk aircond langsung tak berpeluhkan. Perkara yang baru saya tahu, setiap 8000 kalori yang terkumpul dan tidak dibakar akan menaikka 1kg berat badan. Fuhh...banyak tu.....bayangkanlah selama ni apa dah jadi patutlah tiap tahun berkg kg yang naik...turunnya tak....

Firstly kenalah cari kandungan kalori pada setiap makanan yang kita suka makan....cara nak mengira keperluan kalori  kita seharian ialah,
berat badan x 30 = jumlah kalori sehari yang kita perlu ada - 500 kalori kalau nak cepat kurus.
Contoh : 80kg x 30 = 2400 kalori
            2400 - 500 = 1900 kalori, so kita perlukan 1900 kalori saja sehari.

Dari sini congak congaklah kalori yang ada dalam makanan anda. Simple tips, elakkan makanan yang digoreng, tak kiralah pisang goreng, segala jenis mee, nasi goreng, nasi lemak....lupakan sajalah....Tapi sekali sekala kalau teringin makanlah sikit.....bukannya kejam sangat sampai tak boleh nak makan langsung....berpada-pada tapi pada permulaan diet mesti abaikan langsung....kalau nak kesan yang cepatlah.
Boleh goggle untuk cari senarai kalori pada makanan.

OK saya share sikit makanan yang saya suka makan dan kalorinya yang lain goggle gogglelah ya :

nasi putih je sepinggan 1 1/2 cawan =260 kalori
mee goreng kosong sepinggan         = 600kalori
nasi lemak bersambal sepinggan      = 400 kalori
nasi beriani ayam                            = 880 kalori
pisang goreng sekeping                   = 170 kalori
roti canai kosong tanpa kuah           = 200 kalori
donut                                              = 268 kalori
teh tarik                                           = 120 kalori 



So nilah my breakfast semiggu 2 kali makan ni. Telor rebus dibuat sandwich = roti fibre + tomato + daun bawang + garam + sedikit je mustard + secawan milo o tanpa gula ya (50 kalori untuk milo je). Telor kuning tu tinggi kolestrol so tak boleh ambil hari hari.


My lunch, sup sayur + ikan tenggiri. No rice for every day, sebab nasi kosong 260 kalori. Tu belum dicampur dengan lauk lain lagi.....fuhh....Barulah tau kenapa ada orang makan 3 sudu nasi je....kalau cam tu baik tak yah makan nasi langsungkan....


For lunch juga sup sayur bayam + ikan tenggiri. Makan yang direbus memang sihat no oil kan. Kita perlu pelbagaikan menu ikut citarasa kitalah kan.....so far sup bayam, sup kacang buncis sedap kat tekak sayalah....he....he...tak tahulah oranglain kan. Kalau letak ikan tenggiri tu  ada rasa hanyir sikit so letak sikit halia.


Malam makan buah je. Kalau ada sup sayur lebih bolehlah makan. Makan mee hoon sup pun boleh. Resultnya memang sangat memeranjatkan. Dalam masa 17 hari boleh turun 4kg. Saya hanya control makan , senaman pun tak buat. Bab senaman ni yang malas nak buat sebenarnya. Orang kata makan roti canai kena lari keliling padang....hai ...tak daya den nak membuatnya. Baju dah longgar sukanya hati. Bila dah biasa makan makanan di atas dah agak lali. Nampak yang berminyak sikit tak mau makan.


Selepas sebulan saya mula berani makan mee hoon goreng yang digoreng dengan minyk zaitun/olive oil. Minyak ni kalorinya sangat rendah. Letak air lebih sikit dan masukkan segala macam sayur ala ala saladlah konon.


Salad yang lebih tu. Sekarang masih lagi dalam proses diet tapi agak slow sebab saya melanggar pantang. He...he....curi curi makan....terutama hujung minggu tak boleh tahan....tapi tetap ada batasnya. Mesti cuba sampai berjaya sampai dapat target yang saya nak.....Tepuk dada tanyalah selera kan.....Tak perlu ke slimming centre atau makan pil kurus berbagai jenama tu....dahlah beribu mahal lepas tu tak boleh makan itu dan ini nanti kena marah so lebih baik lah kita control sendiri tak makan, senang hati duit pun tak membazir...yang penting kena kuat semangat  ...yakin boleh dan katakan "NO" to oily food. Bukan tak boleh makan cumanya makan berpada-pada. Jangan lupa minum air kalau boleh 3 liter tapi saya pun tak mampu minum banyak tu sehari. Selamat Berdiet !!!!!!

11 comments:

  1. saya suka ap yg akk share ni.. sy pun tgh try..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lynn , kena maintain at least 6 bulan baru stable. Akak tak maintain now naik balik...he...he...

      Delete
  2. Kalori utk mee hoon sup berapa ek? Try google ada yg ckp 350kcal,220kcal..huhu..kompius 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti Nurazlin, mee hoon sup tak sure kalorinya tapi mee sup 380 kalori. So kalau nak rendah kalori sup mee hoon tu rebus je jangan letak minyak garenti kalori rendah. Lepas tu masukkan lah sayur dan mee hoon dan perencah.....

      Delete
  3. wah harus cuba ni... adehhh baju semua duk sendat dah... bertabahlah wahai hati hu

    ReplyDelete
  4. Bestnya berdiet...tq sharing info.lynnradzi.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Fuh nie btul2 diet nie haha terbaik kipidap.. makan nasi boleh tp berpada.. petua dari kevin zahri katanya nak kekal berat badan makan segenggam nasi,nak turun berat badan makan kurang dr segenggam,nak naik mkn lbh.. and lakukan senaman kardivaskular (stamina) + sedikit workout untk tingkatkan metabolisma.. lg cpt hasilnya inshaallah..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas sharingnya mengenai makanan rendah kalori ini sangat bermanfaat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...