Sunday, May 5, 2013

Rangoon Creeper........akar dani

Pernah nampak tak pokok bunga ni. Ada dijual di nurseri. Sepasu besar RM28.00. Pokok ni jenis memanjat. Pokok ni sebenarnya bukan saya yang tanam. Setiap hari lalu di selekoh dan mesti nampak pokok ni. Saya rasa pokok ni sangat cantik di mata saya dan melihatkan lilitannya yang sangat tinggi saya sangat teruja untuk snap photonya. Setelah menggoggle barulah tahu nama sebenarnya iaitu Rangoon Creeper atau akar dani.....nama lain Ceguk dan Drunken sailor.



Hi...sorry ya gambar ni tak boleh di centerkan. Bunganya memang cantik. Sesuai ditanam di pergola. Bunga berbau wangi tertuama pada waktu malam. Boleh ditanam melalui keratan batang.


Kudup berwarna hijau sebelum berkembang.


Cantikkan dia melilit kat batang tu.


Macam kudup bunga melor pun ada kan.


Hah! Tu dia, sebenarnya pokok ni melilit, memanjat kat tiang TNB.

Lihat betapa tinggi pokok ni melilit, memanjat kan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...