Roses ni lama dah saya beli masa ke Cameron Highlands pada raya tahun lepas. Roses ni ada 2 warna. Memang cantik. Beli kat kedai tepi jalan kat Kea Farm . Boleh klik SINI untuk lihat apa ada di Kea Farm.
Masa terpandang roses ni hati memang tersangatlah berkenan.
Memang sweet sangat.
Harga RM12.00 sepasu je, yang best ada 2 pokok dalam pasu tu. So sepokok lagi saya beri pada my mom.
Nilah roses tadi bila ditanam oleh saya. Bunganya jadi tak berapa cantik tapi berbunga jugalah. Daun pun tak segar. Banyak Black Spot (BS)
Akhirnya diserang kanker dan sekarang dah selamat sampai ke syurga. Asalnya roses ni dalam sesi pemulihan, setelah dispray ros care memang banyak tunas yang tumbuh. Hati saya pun sangat berbunga bunga tak terkata. Tiba-tiba hujan tak da ribut pun tak da , alih alih batang bertukar menjadi coklat dan hitam. Cuba potong batang yang berwarna coklat tu tapi telah merebak ke seluruh pokok. Sedihnya. Mengikut kata sifu Mami Yawinscha, seeloknya jemur pokok ni di tengah panas. Kanker terjadi kerana tanah terlalu lembab tapi tak dapat nak dielakkan sebab masa tu hari hari hujan tapi roses ni saya letak bawah porch pun kena attack juga. Musykil saya dibuatnya. Kanker adalah penyakit yang paling merbahaya bagi saya menyerang pokok roses. Pokok sukar diselamatkan. Kalau thrips, red mites atau black spot masih ok lagi boleh diselamatkan. So kalau kena kanker kena redha lah , ia akan pergi buat selama lamanya.
Pokok saya begini lah. Bila beli bukan main gah lagi dia. Bila di alihkan ke pasu dan di jaga oleh saya terus hancus! :(
ReplyDeleteHu..hu.. honey...kalau dah diserang kanker ni memang tak boleh nak buat apa....kena redha je.....sekarang ni banyak pokok akak kena kanker.....tak sempat nak belai...sebulan dua ni...
Delete