Salam semua selamat bersiaran semula....Lama tak update blog sebab sibuk pi bercuti sakan maklumlah cuti sekolah kan. Hari ni dah start sekolah dan bekerja semula. Bila weekend, baru ada masa nak masak breakfast. Buat mee hoon goreng yang simple je for breakfast. Photo ni dah lama dalam draft baru sekarang nak keluarkan .
Kalau nak tahu mee hoon goreng ni kalorinya ialah 550 kalori. Huh...pokok pangkalnya benda yang bergoreng tak kiralah mee goreng, nasi goreng ke semua kalorinya 500 ke atas. Aduh...Saya pun baru tahu sebab sekarang ni tengah menjalani proses diet ikut kiraan kalori...Memang kena kuat semangat betul kalau tak , tak menjadilah program ni...
Saja letak daging banyak sikit.
MEE HOON GORENG SIMPLE
Bahan
1 lapisan mee hoon
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar yang size kecil
1/2 mangkuk kecil daging yang telah direbus
1 sudu besar sos tiram
fish ball/fish kek
taugeh, kucai
cili padi dan cili merah untuk hiasan
Cara
- Tumiskan bawang puitih dan bawang besar yang telah ditumbuk/blend.
- Masukkan daging , goreng hingga garing / empuk lagi. Letak sos tiram + garam + gula secukup rasa.
- Masukkan fish ball/kek. Kacau lagi. Lepas tu masukkan mee hoon.
-Last sekali masukkan taugeh, balik-balikkan sekejap dah boleh diangkat.
-Nak pedas letaklah cili potong cili padi atau cili merah. Makan panas panas sedap.
This looks yummmy!
ReplyDeleteThanks Dewberry. My favourite dish.
Delete