Monday, March 25, 2013

Orange pound cake......

Intai intai apa yang boleh dibuat minggu ni. Rasa cam nak buat kek orange lah. So goggle punya goggle dapatlah resepi cik Barefoot Contessa ni dan sememangnya saya peminat setia rancangan masakan beliau. Suka tengok dapur dia warna putih bersih.

Limpahan sirap chocolate Hersheys. Ini kes malas nak buat topping.

 
Aroma kek ni sangat  sedap sebab bau parutan kulit oren.


Sirap Hersheys ni manis sikitlah.


Seperti kebiasaan saya mesti letak adunan dalam cup cake. Untuk ini saya tambahkan chocolate chips dan extra parutan kulit oren supaya bau lebih harum.



ORANGE POUND CAKE
SOURCE:Barefoot Contessa

Bahan
250g butter pada suhu bilik
2 1/2 cawan gula
4 biji telor size A
1/3 cawan parutan kulit limau ( 3 biji )
3 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu baking soda
1 sudu teh garam
3/4 cawan perahan jus oren
3/4 cawan buttermilk, pada suhu bilik
1 sudu teh essen vanilla

Cara
-Panaskan oven.
-Sapukan butter pada loyang. Saya guna  satu loyang segi empat tepat.
-Pukul butter + 2 cawan gula sehingga kembang. Masukkan telor satu persatu dan masukkan parutan kulit oren.
-Ayak tepung gandum + baking powder + baking soda.
-Dalam mangkuk yang lain ambil 1/4 cawan orange juice + buttermilk + esen vanilla.
-Masukkan tepung dan buttermilk berselang seli, dimula dan diakhiri dengan tepung. Gaul sebati rata.
-Tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar selama 35 minit. Ikut oven masing masing sehingga kek masak.
-Bila masak sejukkan kek.
-Untuk sirap, masukkan 1/2 cawan gula + 1/2 cawan orange juice. Masakkan keduanya pada api yang perlahan sehingga gula cair. Boleh siramkan atas kek. Saya tak buat ni.








2 comments:

  1. Wow! Can I have a piece of that, please!? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sure u can...but its too far....he...he...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...