Wednesday, March 13, 2013

Kek Chocolate Kukus Cream Cheese

Alamak kek yang kena kukus.......memang tak pernah buat ni sebab takut gas habis. Nampak resepi ni kat blog hanamemories.blogspot macam sedap je dan yang penting senang nak buat tapi kena kukus. Tak pelah kukus pun kukus lah sebab nak tahu kek ni cam manalah rasanya.


Suspen juga masa buat kek ni takut tak jadi. At last menjadi jugaklah.


Rasa sedap tapi tak berapa rata lepaan cream cheese dan tepung kek coklat tu. Kena belajar lagi.


Kek ni sebab dikukus so teksturnya adalah basah sedikit but I like it. Kalau kek yang dibakar kek akan jadi kering sedikit.


Suka kek ni sebab moist.


RESEPI KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
Source :hanamemories.blogspot.com, yatimemories

Bahan A
250 cream cheese
60g gula halus
1 biji telor
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum

Cara
-Pukul cream cheese + gula sehingga sebati.
-Masukkan telor diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati. Biarkan sebentar.

Bahan B (Kek)
2 biji telor
1 cawan gula halus
1 sudu kecil vanilla
sedikit garam
1/2 cawan air panas didih
1/2 cawan susu segar/cair
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak
1 cawan tepung gandum          }
3 sudu besar serbuk koko       } Ayak semuanya
1 sudu kecil baking soda         }
1/2 sudu kecil baking powder }

Cara
-Pukul telor di dalam bekas lain bersama gula sehingga kembang. Lepas tu masukkan vanilla dan garam.
-Masukkan air panas + susu + minyak.
-Masukkan bahan yang telah diayak sekali tadi dan gaul sebati.
-Biarkan sebentar dan bahagi kepada 2 bahagian.

Cara Memasak
-Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana sahaja.
-Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.
-Tuang adunan coklat, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15- 20 minit.
-Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese di atasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
-Setelah tu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
-Setelah sejuk baru boleh dipotong.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...