Thursday, August 2, 2012

Pinching........daun ros

Sebelum ni kalau tanam pokok ros just repot dalam pasu dan biarkan je. Pandailah nak berbunga sendiri. Setelah join group peminat bunga ros kat FB, barulah tahu rupanya menanam dan menjaga ros ni ada caranya. Pokok ros ni sebenarnya sensitif. Kena belai bagi makan cukup-cukup  barulah subur. Salah satu teknik nak bagi tunas banyak ialah "pinching". Apa tu pinching? Sebenarnya pinching tu sama dengan memicit atau memetik tunas yang baru keluar dengan syarat mestilah ada 5 helai daun tunas tu. Kena pinch sebanyak 3 kali / cycle. Proses ni makan masa dalam sebulan jugalah. Jenuh menunggu. Sayang memang sayang nak picit tapi kalau nak tunasnya lagi banyak mestilah berkorban apa saja.



Ni anatara pokok ros saya yang subur. Melihat pada tunasnya kita boleh tahu samada pokok tu subur ke tak. Bolehlah dipinch yang ni.
  


Ni contoh tunas yang dah ada 5 daun dan boleh dipinch.


Tunas 5 daun yang dah dipinch.





Hasil tuaian hari ni. Bila dikumpul boleh buat ulam. He! He! Gurau je.


Lihatlah hasilnya setelah dipinch 3 kali cycle. Ambil masa sebulan jugalah so memang kena banyak bersabar. Barulah boleh jadi rimbun seperti di atas dan akan keluar banyak buds nanti.

10 comments:

  1. very informative...terima kasih

    ReplyDelete
  2. Tksh byk byk atas info. Kembang hati bila lihat rose pokok kita tanam berkembang, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, welcome. Memang seronok bila tengok banyak pucuk segar tumbuh......seri pinang.

      Delete
  3. Anne, i baru bjinak jinak dgn tanaman pokok rose ini. I beli yg dah siap jdi anak pokok. I pilih yg ada kudup supaya dpt lihat ia bkembang. Td i dh ikut petua u buang tunas yg ada 5 daun. Kira baru masuk pusingan pertama.kikiki. Klu anne ada petua supaya bunga byk, harap dpt d kongsi brsama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. One round.....so kena pinch lagi 2 round tau... kena sabar.....bila pucuk keluar banyak kudup akan keluar banyak jugak...bila kudup kluar cepat spray dengan H20 Fumakila waterbase supaya thrips tak serang......sambil tu spray dengan foliar yang keluarkan bunga.

      Delete
  4. Tksh anne, mmg tak sabar ni nk tggu lgi 2 round nk pinch. bgaimn nk dptkn foliar tu ya. Rasanya tempat i selalu beli ank pokok ros tu mcm tak ada pun. Sekarang ni kan anne, i tanam kulit udang. Sbb i pernah terbaca petua mak mak kita di kampung bajakan pokok. Hari hari i belek dan tenung pokok ros i, klu ada yg nak di pinch , kan. Huhuhu. Kembang hati sekembang bunga mawar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcomr, untuk dapat kan foliar pink untuk bunga ,foliar untuk daun pun ada, baja udang, baja lain pun ada, racun 3s - boleh order dengan Mami Yawinsscha, just add dia kat FB and pm dia. she will courier to u. kalau kita pakai raw kulit udang memang boleh tapi bau busuk sikit and bersemut jugak. So selalunya i akan blend kepala kulit udang tu then siram. sabar menanti ya...

      Delete
  5. Mmg kena byk bsabar dgn pkara yg kira suka, kan anne. I pun blend kulit udang mcm u, pastu i buat lubang kecil dlm pasu, i masukkan air kulit itu ke dln lubang tu. Then i kambus semula. So far tak ada lalat dan semut. Alhmdulillah. Tp i tak tahu , metod yg i pandai pandai guna ni, betul @ salah, anne. Minta u bg pandangan. Seperkara lagi, i nk tnya, berapa kerap kita blh bajakan dgn air kulit udang tu? Maklumlah tengah bsmangat nak tgok bunga ros bkembang di taman sekangkang anak kera. Kikiki . Tksh byk atas info2 anne itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sesungguhnya roses ni menguji kesabaran kita.....roses ni kena belai......method yang u buat tu betul....so cara tu semut tak datang. Kekerapan seminggu sekali atau 2 minggu sekali sudah memadai. Lagi satu , u mesti ada Ros care (liquid), ni bagus untuk pertumbuhan tunas. Boleh dapatkan dari Rohani Bee....add dia di FB.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...