Wednesday, August 15, 2012

Biskut Hazel Nutt Rossette

Biskut Famous Amos dah siap, nak buat biskut apa lagi ya. Mood baking dah datang dekat nak raya ni kan. Jalan-jalan kat blog , singgah blog Juicy Cafe terpandanglah resepi biskut hazelnutt rossette yang sangat simple ni. Bila dah buat sedap pulak rasanya. Yang bestnya resepi ni tak da telor.


After baking. Dalam samall cupcake.


Before bake.


Adunan memang lembik so tak boleh terap, mesti guna piping bag.


Comel je biskut ni.


Lovely Hazellnutt Rossette


HAZELNUTT ROSSETE
Source: Juicy Cafe

Bahan
250g butter
80g castor sugar - saya guna brown sugar
60g hazel nut dikisar
240g tepung gandum
1 sudu kecil vanilla
100g coklat chips untuk hiasan

Cara
1-Pukul butter + gula sampai sedikit kembang.
2-Masukkan vanilla esen dan kacau rata.
3-Letak hazel nut kisar + tepun gandum kacau sebati.
4-Masukkan adunan tepung ke dalam piping bag dengan tip berbentuk, paipkan ke dalam cup cake kertas yang kecil. Buat bentuk bunga bulat.
5-Letakkan chocolate chip sebagai hiasan.
6-Bakar selama 20 minit ikut kepanasan oven masin -masing.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...