Tuesday, August 28, 2012

Blackspot (BS) di daun bunga ros

Masih lagi mood Raya, nak update entri pun tak sempat. Baru balik kampung, rumah pun masih tunggang langgang bersepah. Tak sempat nak kemas lagi. Malam ni ada farewell dinner sempena retirement my Managing Director, Mr Yeo Ju Tiam. Been working with him for 13 years. Sedih and going to miss him.

Berbalik kita pada bunga ros nikan, sejak join group peminat roses kat FB , barulah tahu sikit sebanyak pasal penyakit daun pokok bunga ros ni. Ros ni very sensitif pokoknya. Mesti dibelai dan dijaga selalu tapi bila berbunga dengan banyaknya seronok tak terkata. Penyakit yang famous dengan bunga ros ialah Blackspot. Black spot ni adalah sejenis fungus sebenarnya. Nama singkatannya ialah BS. Terjadi disebabkan daun pokok terlalu basah. Sebab tu dinasihatkan supaya menyiram air pada pukl 10 pagi dan 4 petang. Tapi untuk orang bekerja cam saya ni memang tak boleh nak ikut. Pepagi buta dah siram tapi jangan banyak sangatlah. Kalau basah sangat kat akar nanti kena kanker pulak. Yang seeloknya pokok ros ni mesti kena panas dalam 4 - 6 jam sehari. Hari Sabtu dan Ahad baru lah dapat ikut cara menyiram yang betul. Bagi saya black spot tidak seteruk thrips dan redmites.

Cara rawatan
1-Togelkan daun dan buang jauh jauh.
2-Sembur organic ros care. Boleh beli di www.bungaros.com
3-Daun jangan terlalu basah sangat.

Bila terkena black spot seperti di atas terus buang semua daun - daun yang bermasalah ni. Kalau boleh masuk plastik dan terus buang. Mesti togelkan daun kalau terkena ini blackspot. Jangan takut nak buang semua daun sebab daun dan tunas baru akan tumbuh dengan banyaknya.



Black spot ni sebenarnya kat atas daun. Ni tersnap bawah daun pulak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...