Ikan patin ni memang one of my favourite tapi tak selalu makan jugak. Isi dia sangat lembut. Ikan ni tak mahal seekor boleh dapat dalam RM6.00. My 2nd daughter pun sangat sukakan ikan ni.
Ikan patin ni saya masak asam rebus dengan tempoyak. Fuh.....memang sedap rasanya.....sapa tak makan tempoyak tak boleh makan lauk ni lah....
IKAN PATIN MASAK ASAM REBUS TEMPOYAK
Ikan patin
2 senduk cili kisar
3 biji bawang kecil
1/2 inci kunyit hidup
5 sudu besar tempoyak(nak lebih pun boleh)
1 batang serai, 2 helai daun limau purut
garam dan gula secukup rasa
2 mangkuk air
Kunyit hidup dan bawang kecil yang telah ditumbuk + Serai dititik atau diketuk + cili , kesemuanya Masukkan ke dalam periuk. Tuang air dan biarkan ia mendidih. Lepas tu masukkan tempoyak, kacau rata. Mendidih masukkan ikan patin + garam + gula secukup rasa. Last sekali baru masukkan daun limau purut.
Yang ni ikan patin masak pindang for my daughter. Kuah ni tak pedas. Ada orang panggil masak singgang. Bagus untuk orang yang diet sebab cara masakan adalah rebus sahaja. Kuah ni rasanya masam masam sikit....tu yang best.
IKAN PATIN MASAK PINDANG
Ikan patin
1/2 inci kunyit hidup
3 biji bawang kecil
1 keping asam keping
1 batang serai
1 helai daun kunyit
1 mangkuk air
garam secukup rasa
Kunyit hidup + bawang ditumbuk lumat. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali ikan dan daun kunyit. Biar mendidih baru masukkan ikan dan garam secukup rasa. Last sekali baru masukkan daun kunyit.
No comments:
Post a Comment