Apa sebenarynya crown gall (CG) ni ya......ianya merupakan ketumbuhan/tumor pada dahan. Kebiasaannya berlaku kerana berjangkit dari pokok ros yang sudah ada dan disebarkan melalui kaedah "prunning". Alatan yang kita gunakan untuk prune /menggunting dahan pokok yang sakit so senanglah dia berjangkit kat pokok lain bila kita meggunting dahan yang lain. Crown Gall baketria boleh masuk ke dalam dahan yang telah tercedera masa prunning. Seeloknya sebelum kita menggunting dahan (prunning) , alat memotong tu hendaklah disterilizekan terlebih dahulu. Biasanya saya panaskan gunting atas api dapur gas saja.
Nilah rupanya si Crown Gall yang merebak dengan banyaknya di pokok ros pink fairy saya. Crown gall ni menyebabkan pembesaran pokok agak terbantut dan pokok akan mengeluarkan bunga dengan sedikit. Bunga pun tak berapa cantik. Segala nutrient atau khasiat tak dapat disampaikan pada bahagian yang sepatutnya.
Lihat betapa banyak Crown Gall ni. Dari mata kasar nampak macam tak de apa apakan.......tapi sebenarnya sangat tidak elok kepada roses kita. Habis semua dahan yang ada CG ni saya potong dan buang. Sekarang pokok saya tumbuh dahan baru yang lebih sihat.
Yang ni merebak di ros Kampung magenta saya. Geram.....habis semua dahan saya potong dan buang. Setakat ni Crown Gall sangat suka singgah di ros Pink Fairy dan Kampung Magenta.
No comments:
Post a Comment