Wednesday, October 2, 2013

White Choc Macademia Cake.....sedap....

Intai intai blog Azlita masam manis nampak resepi kek ni. Melihat photonya saya memang sangat teruja nak mencuba. Kek ni ala ala Secret Resepi jugaklah. Baca punya baca......ok cuba buat....First time buat memang rasa susah sebab banyak step yang nak dibuat. To Azlita thanks for sharing the resepi....


Kek ni lain sikit sebab menggunakan white choc sebagai ganache besama fresh cream.


Jadi jugak white choc macademia kek ni walau tak sesempurna mana.


Nilah kacang macademia. 100g harganya sebelum puasa ialah RM8.90 masa bulan puasa harganya melonjak naik ke RM12.90. Banyak beza tu kan. Macademia nut ni memang sangat lemak dan memang sedap.



Tak sangka jadi jugak kek ni. Rasanya sedap.


Ada 3 layer, yang dilapis dengan fresh cream dan taburan macademia nut.


Terliur tak rasanya......


Biasalah mesti ada satu cupcake....


WHITE CHOC MACADEMIA CAKE
Source : Azlita Masam Manis

Kek Span Badam
4 biji telor gred A
180g gula halus
170g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
15g ovallete
50g minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla

Cara
-Tepung diayak bersama dengan baking powder.
-Satukan semua bahan ke dalam mangkuk besar kecuali minyak jagung.
-Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi putih, lembut dan gebu.
-Letakkan minyak dan kaup balik perlahan sehingga semua sebati.
-Lapik loyang 8 inci dengan kertas kek yang telah dioles dengan butter dan tuangkan adunan ke dalamnya.
-Bakar adunan selama 35 minit pada suhu 150C oven butterfly, ini bergantung kepada jenis oven masing masing ya.
-Setelah masak terbalikkan atas redai dan selepas 5 minit terbalikkan semula dan keluarkan dari loyang.
-Biarkan kek sejuk sepenuhnya baru dipotong kepada 3 atau 4 kepingan. Saya guna 2 loyang untuk membakar so saya tak perlu memotong kek. Takut tak sama rata.

Next step.
Kita kena sediakan salted karamel. Resepi ni dapat banyak, so kita boleh buat 1/2 adunan sahaja. Kita hanya memerlukan 2 sudu besar saja.

SALTED CARAMEL
113g butter tanpa garam (butter biasa pun boleh)
120 ml heavy cream atau Dairy whipping cream
3 sudu besar air
60ml corn syrup
200g gula

-Potong butter pada kiub kecil.
-Campurkan bersama krim dan panaskan dalam microwave hingga cair tapi masih keruh lalu ketepikan. Bagi yang tak de microwave boleh panaskan atas api perlahan saja.
-Dalam periuk boleh satukan air + gula + corn syrup.
-Masak diatas dapur sehigga mendidih dan berbuih sehinggan gula larut. Pastikan gula betul betul larut dan mendidih.
-Tutup periuk supaya gula yang melekat di tepi periuk mencair dan turun ke bawah.
-Buka tutup periuk dan tuangkan krim dan butter cair tadi.
-Kacau perlahan dan masak sehingga pekat dan kemudian biarkan ia sejuk.

SALTED CAREMEL CREAM
3 biji kuning telor
100g coklat masakan putih
8g gelatin
30g air
2 sudu besar salted caramel
250g krim bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla

-Satukan gelating ke dalam air dan biarkan ianya mengembang.
-Cairkan gelatin secara double boiler.
-Cairkan coklat masakan secara double boiler.
-Dengan cara double boiler, panaskan kuning telor sambil sentiasa dikacau hingga berkrim. Harus berhati hati part ini. Jangan terlalu panas kerana kunig telor ni boleh menjadi cepat keras dan tesksturnya seperti kuning telor rebus. Kalau jadi macam ni , sila buang ya dan buat yang baru.
-Tuangkan gelatin tadi dan gaul rata.
-Tuangkan coklat masakan dan salted caramel gaul rata.
-Biarkan sejuk.
-Dalam bekas lain putar krim putar dan esen hingga kental.
-Masukkan salted caramel cream yang kita sediakan tadi ke dalam adunan krim putar. Kaup balikkan.

CARAMEL MACADEMIA
100 g kacang macademia
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar air
Cara
-Masak gula hingga perang.
-Tambahkan air dan biar ia pekat
-Masukkan macademia dan gaul rata sehingga gula tersalut pada kacang
-Sejukkan dan cincang kasar

GANACHE COKLAT PUTIH
125 ml krim tenusu
20g sirap glukos
200g coklat masakan putih
15g butter

Cara
-Cincang Coklat masakan putih sehingga halus.
-Masak krim dan sirap glukos sehingga berbuih.
-Tuangkan krim atas coklat dan biarkan coklat mencair.
-Masukkan butter dan gaul rata.

CARA PENYEDIAAN
-Letakkan sekeping kek di atas lapik kek.
-Sapukan salted caramel krim.
-Taburkan caramel macademia.
-Ulangi proses sehingga habis.
-Salutkan keseluruhan kek dengan krim dan simpan dalam peti ais sehingga krim menggeras, seeloknya semlaman.
-Letakkan kek atas redai dan tuangkan coklat ganache.
-Hiaskan ikut citarasa anda.

- SELAMAT MENCUBA -






 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...