Showing posts with label Kuih muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih muih. Show all posts

Tuesday, June 30, 2020

Sandwiches yang simple je...

Sandwiches makanan simple for breakfast.

Nak buat pun senang....selalu malam siapkan...


Ni sandwich tuna je...


Bukak tin tuna gaul dah boleh guna dah....


Pagi tu masak nasi goreng ...


Banyak pulak cok ros ni kan....masa ni roses tengah banyak yang berkembang so jadi lah probe kat nasi goreng saya ni...

Monday, November 27, 2017

Sarapan roti bakar je yang simple..

My simple breakfast on sunday morning selalunya yang simple  simple je.


Telor separuh masak 2 biji dan air milo secawan...tu je..



Roti titab namanya yang hanya boleh didapati di Kelantan. Dapat tahu roti titab masa saya menonton Majalah 3. Nak ke Kelantan tu jauhkan so kita buat sendiri je lah...Senang je...bakar roti atas non stick pan dan sapu butter dan kaya. Angkat dan letakkan dalam pinggan ...lepas tu pecahkan je telor separuh masak atas roti tu....senang je....sedia untuk dimakan .....memang sedap..



Telor separuh mask tu kita letak kicap manis + black pepper + lada sulah....gaul semua....yummy...



First time jumpa jambu air warna hijau ni kat Pesta Layang Layang 2017 di Bukit Layang Layang , Pasir Gudang. Try rasa ingatkan masam rupanya tak. Jambu ni pun tak lah manis sesangat just nice je rasanya....Banyak ni RM10.00.

Thursday, October 27, 2016

Kuih bakar daging berlauk so soft and sedap...

Dah lama tak buat kuih bakar daging ni.....favourite one whole family ni.....baru baru ni sempena birthday my hubby sempat buatkan kuih bakar daging ni. Selalu kalau beli kat gerai memang tak menepati citarasa ada je yang kurang...

His birthday cake...kuih bakar daging...


Saya guna acuan yang klasik ni...


Sedap rasa kuih daging berlauk ni....tekstur tepungnya pun lembut .


Dapatlah 3 biji kuih ni ...


Memang so lembut tekstur tepung tu....


Sekali ngap je...


Cutting it...Tq to Kak Azie Kitchen for the resepi....actually saya ni tak minat sangat buat kuih melayu sebab takut tak menjadi tapi dengan resepi dari blog Kak Azie ni bila saya buat selalu je menjadi....tu yang best....he..he....



KUIH BAKAR BERDAGING

Source : Azie Kitchen


Bahan
250g dagaing kisar/cincang
1 1/2 sudu rempah daging
1 biji bawang besar - didadu
garam secukup rasa
daun bawang
cili merah dihirs halus
1 sudu besar minyak


Cara
Daging dibersihkan dan dicincang sampai halus. Boleh juga guna daging batang pinang dan dipotong kecil kecil.
Panaskan satu sudu minyak dan tumis bawang yang telah didadu. Bila bawang dah kekuningan , masukkan rempah kari dan goreng sampai Wangi.
Masukkan daging dan masaklah sampai kering kemudian sejukkan.


Bahan
3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair / susu cair  / sudu rendah lemak
3 cawan air
5 biji telor
sedikit garam
sedikit pewarna kuning telor
Pukul telor sehingga kembang, masukkan santan dan air kacau rata.
Masukkan tepung dan kacau sebati. Kalau tak halus boleh masukkan ke dalam blender dan kisar sedikit demi sedikit sampai halus.
Letakkan sedikit sahaja pewarna kuning dan sedikit garam. Jangan banyak sangat sebab lauk daging tadi dab ada garam.


Cara
Panaskan oven pada suhu 160 C. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini boleh dapat 3 biji kuih bakar.
Letakkan acuan kuih bakar di atas dapur  dan bubug 1/2 sudu minyak sapi/marjerin dan panaskan. Bila minyak sudah panas, perlahankan apir dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras 3/4 penuh ke dalam acuan.
Lepas 1 mnit, sudukan 1 sudu kecil lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan lahan. Mulakan di bahagian tengah dan kemudian di setiap lekuk acuan.
Akhir sekali , taburkan daun bawang dan cili merah. Bila Nampak dah garing pada bahagian tepi kuih, boleh masukkan ke dalam oven pada suhu 180 C menggunakan api atas sahaja ( jika ada) selama 15 - 20 minit. Saya guna api atas bawah.







 


 

 


Wednesday, October 5, 2016

Pisang nangka.....goreng tanpa minyak...

Pepagi dapat rezeki....office mate bagi pisang nangka sesisir.....Selalu saya goreng dengan minyak kali ni saya cuba goreng tanpa minyak tapi menggunakan butter....

Memang molek kejadinanya...yang paling best tak takut nak makan sebab tak goreng dengan minyak...



Panaskan kuali non stick pan dan masukkan butter bagi dia cair. Lepas tu masukkan pisang yang dipotong dua. Bila sebelah dah garing kekuningan balikkan. Bila dah masak sprinkle/taburkan brown sugar, cinnamon powder dan sagatkan cheese kraft yang dalam kotak tu. Kalau tak nak cheese tu cair tunggu pisang sejuk sikit.....










Rasa pisang nangka ni masam sikit sama macam rasa pisang tanduk.  Memang sedap. Kalau ada coklat cair boleh drizzlekan juga.



Sekeping pisang goreng dengan 2 keeping sandwich for breakfast....

Thursday, May 19, 2016

Onde onde labu yang super soft.....

Anak saya yang sorang ni memang peminat onde onde. Hari tu dia cuba buat sendiri tapi tersalah guna tepung ada ke guna tepung beras...mana nak menjadi....Kebetulan ada labu dalam fridge so saya pun buatkanlah onde onde ni untuk dia......


Labu rebus yang dilenyek ni memang membuatkan onde onde tu menjadi super soft.


Adunan mesti jangan terlalu lembik nanti tak boleh bentuk dan adunan juga tidak boleh keras sebab onde onde ni akan jadi liat dan tidak sedap.


Memang sedap labu onde onde kalau nak dibandingkan dengan yang tidak dicampur dengan labu....boleh juga menggunakan keledek yang dah direbus dan dilenyek. Onde onde ni sedap dimakan waktu panas. Kalau dah sejuk kurang sedap.



Jangan lupa letak sedikit garam pada kelapa tu ya. Ini menambahkan rasa lemak pada kelapa tu.
Saya masih menggunakan resepi dari blog Kak Azie Kitchen. Thank you for sharing. Boleh klik SINI for onde onde yang saya buat sebelum ni with step by step.




ONDEH ONDEH LABU
Source : Azie Kitchen



Bahan
2 cawan labu - dikukus/ rebus dan dilenyek
2 cawan tepung pulut
1 ketul gula Melaka - didadu
1/2 biji kelapa parut - putih sahaja dan digaul dengan secubit garam
pewarna kuning - saya tak letak
1/2 cawan ari atau secukupnya - untuk diuli dengan tepung
2 helai daun pandan  - simpul - saya tak letak



Cara
Lenyek labu yang dikukus sehingga lumat dan digaul sebati dengan tepung pulut. Masukkan air sedikit demi sedikit. Seterusnya masukkan sedikit pewarna dan gaul rata menjadi doh. Jangan terlalu lembik nanti susah nak dibentuk.
Jerang air dalam periuk bersama daun pandan sehingga betul betul mendidih.
Kemudian buat bebola kecil, masukkan potongan gula melaka di tengah tengahnya dan tutup dengan kemas dan golekkan supaya menjadi sebiji bola. Lakukan sehingga adunan habis. Masukkan bebola tadi terus ke dalam air mendidih. Angkat apabila bebola itu timbul di permukaan.
Akhir golekkan bebola atas parutan kelapa tadi dan bolehlah dihidangkan panas panas


Tuesday, May 17, 2016

Tosei Kacang Hijau....so simple and nyum...

Scroll FB dalam group Masak apa hari ni (MAHN) ternampak posting Kalai Theivanai Kuppusamy. Dia share cara cara nak membuat tosei. Ingatkan susah buat tosei ni, rupa rupanya senang je. Tq for sharing.




My first ever tosei. Sedap jugak..

Bahan bahannya - simple je.....kacang hijau + beras + cilihijau + halia + jintan manis...tu je

Tosei ni healthy sebab tak pakai minyak sangat....nipis so kena makan banyak sikit. Cicah dengan sambal tumis memang best.


TOSE KACANG HIJAU
Source: Kalai Theivanai Kuppusamy-group Masak apa hari ni (MAHN) di FB

Bahan
1 cawan kcang hijau
1/4 cawan bers ( kurang sikit pun boleh)
1 biji cili hijau
1/2 cm halia
1 sudu kecil jintan manis

Cara
Basuh dan rendam kacang hijau dan beras selama 3 - 4 jam.
Cili hijau, halia, jintan manis, beras dan kacang hijau dikisar dalam blender. Kisar sampai soft paste. Adunan jangan terlalu cair nanti susah nak but bentuk bulat. Masukkan sedikit garam dan biarkan 5 - 10 minit.
Panaskan kuali dan boleh mula letak sesenduk adunan ke dalam kuali leper non stick. Buat macam lempeng.


 




Tuesday, January 19, 2016

Egg Sandwiches....nyum...nyum...

Hari - hari buat heavy breakfast sampai dah naik muak....mee goreng, mee hoon goreng....dan lain lain ....semuanya high kalori....so sekali sekala kita makanlah healthy food sikit...tukar selera...
 
So saya buat egg sandwiches......rebus telor biar sejuk sekejap and terus kupas....


3 biji telor tadi tu di lecek hancur ....tambah black pepper yang dalam bottle tu (jenis yang tak berapa hancur tu) , sedikit lada sulah, sedikit garam , mayonis 2 sudu besar gaul rata. Kalau ada daun dill boleh hiris halus dan campurkan. Bau daun ni sangat sedap...


Tuangkan sos cili atas 2 keping roti . Sekeping roti letakkan telor hancur tadi dan sekeping lagi letak salad dan tomato....lepas tu satukan keduanya...dan belah tengah menjadi 3 segi...


Seeloknya guna roti keras atau fibre roti....yang ni saya guna gardenia biasa je....roti ni cepat lembik sikit.....
 

Nyum nyum....makan lepas satu satu....this is my breakfast and lunch...he...he...

Tuesday, January 5, 2016

Popiah goreng...nyum..nyum...

Favourite saya dan anak anak is popiah. Yang pelik tu the kids tak berapa suka sayur tapi sayur dalam popiah ni boleh pulak the kids ni makan.
 
 

Tak sempat snap photo kat rumah.....atas meja office je snap.....tu yang bersepah pen sila abaikan ya...
 

Tuang /siram kuah di atas popiah...



Popiah ni anak dara saya yang buat sebenarnya....saya just cakap masuk apa nak potong apa.....maklumlah dia tengah rajin nak buat tu....popiah ni kena gulung ketat ketat baru lah tak banyak minyak bertakung kat dalam popiah tu...
 
 
 

Popiah Goreng
Source : Sweetiesaqi_kitchen
 
Bahan
1 biji sengkuang yang kecil - disagat
1 batang lobak - disagat
6 keping cendawan shitake - dipotong panjang panjang/ dadu
3 biji bawang putih
2 biji bawang merah kecil
2 sudu besar udang kering
1 sudu besar sos tiram
garam & gula secukupnya
kulit popiah secukupnya

Cara:
1-Tumis bawang merah + bawang putih + udang kering yang telah di tumbuk hingga naik aroma.
2-Masukkan lobak, agak agak dah lecur sikit baru masukkan sengkuang + cendawan.
3-Gaul rata sebati, masukkan sos tiram , garam & gula secukupnya.
4-Ambil kulit popiah dan letakkan inti yang telah siap dimasak. Balut inti dan lekatkan dengan air di hujungnya. Mesti gulung ketat ketat ya,
5-Panaskan minyak dan goreng secara deep fried.(minyak penuh).
6-Mesti dimakan panas-panas.

Kuah cili
3 sudu besar cili kering kisar
2 biji bawang putih ditumbuk halus
1 sudu besar air asam jawa ( saya guna apple cider)
air secukupnya
gula secukupnya

Cara
1-Letakkan cili + bawang putih + air asam jawa + air secukupnya.
2-Biar mendidih baru masukkan gula.
3-Ikutlah citarasa masing-masing, nak masam , pedas atau manis.
 
 
 
 


Wednesday, December 9, 2015

Roti telor yang simple je....

Cuti sekolah ni hari hari buat sarapan sampai dah tak tau namk masak apa dah....Last last buat lah roti telor simple ni....
 
 
Bau harum sebab guna pure butter.......bila buat kek banyak butter balance balance yang tak guna tu kita gunakan tuk goreng roti ni....
 

Celop roti dalam telor dan tabur lah daun saderi , bawang besar dan 2 ke 3 hiris cili padi kasi pedas....


Nanti bahagian atas tu bila dah letak dalam non stick pan....letaklah 2 ke 3 sudu telor lagi bagi tebal sikit telor tu.......letakkan juga butter kat atas tu baru dia melt sekali kat telor ....lagi harum bau...
 
 
ROTI TELOR
Source : Sweetiesaqi
 
Bahan
Roti gardenia
3 biji telor
secubit garam
secubit Sedap rasa MAGGI
sedikit lada sulah
sedikit lada hitam hancur dalam botol
daun saderi
cilipadi 2 biji hiris
1 biji bawang besar
butter
 
Cara
-Pecahkan 3 biji telor dan kocok dengan garfu.
-Masukkan garam. secukup rasa, lada sulah dan lada hitam. Dikacau lagi dengan garfu.
-Panaskan non stik pan, letak butter , ambil sekeping roti dan celop ke dalam telor tadi terus letak dalm pan.
-Taburkan bawang besar yg dihiris , cili padi dan daun saderi.
-Letakkan 2 ke 3 sudu lagi telor tadi dan letak sedikit butter di atasnya.
-Bila bahagian bawah dah masak, balikkan dan masak bahagian yang lagi satu tu. Pastikan api kecik ya kalau tak rentung nanti.
-Bila sudah masak angkat dan hidangkan atas pinggan.
-Sedap makan masa masih panas lagi.
 
 
 
 
 

Thursday, November 5, 2015

Cempedak Madu katanya....

Dah banyak kali beli cempedak tapi nasib tak menyebelahi saya......dapat je isi yang tak berapa sedap. Merata beli dari Melaka ke Seremban dan las sekali beli kat pasar tani kat sini .......si penjual kata ni cempedak madu dik...manis.....so dia pun belah sikit and nampak isinya cantik orangy colour....so belilah sebiji. Sekilo RM7.00 jadi sebiji sebab berat jadilah RM10.80.
 
 
 Berbaloi betul beli cempedak madu ni katanya sebab memang manis dan sedap...
 
 
Tips nak membeli cempedak cari yang lurus ...jangan yang bengkok sebab yang bengkok ni tak banyak isi ...jerami je yang banyak.
 

Getah cempedak ni sangat kuat....susah nak cuci walau letak minyak dulu baru sabun. Selalunya saya akan sarung tangan dengan plastik dan mula menggorek isi cempedak tu.
 

Dah siap cempedak madu goreng.
 
 


Biji cempedak ni sedap di makan....kadang kadang ada yang keras tak boleh makan tapi boleh kumpul dan rebus semula. Resepi tepung nak goreng cempedak ni main agak agak je....janji tersalut.
 
 
CEMPEDAK GORENG
Source : Sweetiesaqi
 

Bahan
Cempedak
2 sudu besar tepung beras
1 sudu tepung gandum
1 sudu besar marjerin/butter
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara
-Masukkan tepung beras + tepung gandum + air kacau sebati. Adunan mestilah tak terlalu cair dan tak terlalu pekat.
-Letak serbuk kunyit sebagai pewarna. Kacau rata dan masukkan marjerin. Kacau sebati .
-Panaskan kuali. Masukkan cempedak ke dalam adunan tepung dan gaul rata. Senduk cempedak bersalut tepung dan goreng hingga kuning keemasan.

Sunday, February 15, 2015

Roti Arab dengan sardin...

Dah lama mengidam nak makan roti arab ni....sekali terjumpa roti ni kat Giant tu yang rembat. Masa tu makan kat satu kedai mamak ni so cuba buat pulaklah kat rumah.
 
 
Tu dia roti arab yang telah disapun dengan sardin bersama hirisan bawang besar...
 

Ni dia rupa roti Arab ni....kena ptong 2...
 
 

Sardin + telor = blend dicampur dengan hirisan bawang....lepas tu sapu kat atas roti dan panggang atas non stick pan..
 
 
 

Hasilnya...petang petang makan bersama secawan teh memang sedap...
 

Mesti nak makan panas panas baru sedap....sebenarnya kita boleh tambah macam macam bahan yang kita suka...seperti sausage, daun saderi dan lain lain lagi.
 
 
ROTI ARAB DENGAN SARDIN
Source : Sweetiesaqi
 
Bahan
1 plastik roti arab
1 biji telor
1 tin kecil sardin
1 biji hirisan bawang besar
garam secukup rasa
butter untuk memanggang
 
Cara
Masukkan telor + sardin + garam sedikit ke dalam blender dan blend hancur.
Keluarkan masuk dalam mangkuk. Letak hirisan bawang besar.
Panaskan non stick pan dan letak butter.
Sapukan adunan tadi ke atas roti arab dan terus dipanggang.
Biarkan sekejap...terbalikkan dan bolehlah diangkat.
Makan panas panas ya.
 


Wednesday, August 27, 2014

Pancake yang simple...

Hari hari nak buat breakfast dah tak tau nak masak apa. Cuba buat pancake ni....sedap gak....biasa kita buat lempeng kosong cicah sambal tumis. Pancake ni sebenarnya lempeng lah jugak kalau bahasa kita tapi lempeng yang manis dan lembut. 

Pancake ni manis sikitlah.....lembut dan sedap...

Saya letak buah blueberries kat dalam pan cake ni........sebenarnya terpulang kreativiti kita nak letak apa pun. Ada yang suka letak chocolate chips.

Rupanya tak smooth lah but rasa ada...he...he....sedap dimakan bersama secawan teh or coffee....


 
Pancake ni makan gitu je atau dengan madu memang sedap.....sukakan kelembutannya...


 
Close up sikit....boleh makan dengan strawberry dan blueberries....nyum...nyum..


SIMPLE PANCAKE
Source : Rahel blogspot.com
Sumber: Miss_ShaSha,MyR

Bahan
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 biji telor
1 cawan susu segar
3 sudu besar gula kastor
1 sudu makan minyak

Cara-cara:
1.Satukan tepung gandum dan baking powder.
2.Asingkan kuning dan putih telur.Pukul putih telur sehingga kembang dan putih.
   Dalam bekas lain,campur kuning telur,gula dan susu segar.Kacau sebati.
3.Masukkan minyak dan susu tadi dalam no.1.Kacau hingga sebati,kemudian masukkan
   putih telur dan kacau secara kaup balik.
4.Sedia untuk dimasak atas api sederhana.

 
 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...