Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts

Wednesday, June 3, 2015

Sepetang bersama Siti Nurhaliza on 260914....

Impian selama ni nak jumpa face to face dengan Dato' Siti Nurhaliza termakbul juga. Sempena program promotion product Simlysiti di Watson, Plaza Angsana, Johor pada 26/9/2014.
 
 
Very sweet and soft lah Siti Nurhaliza ni.
 

Sesampai kul 2 petang cepat cepat gi bli produk Simplysiti.....kena beli more than RM100.00 tu.....so akak pun gigih lah membeli belah.
 
 

Total damage RM140.80.....demi Siti ku relakan...he...he...nasib saya memang pakai produk ni. For pembelian tertinggi ...hadiahnya adalah makeup by Siti and produk Simplysiti. So akak yang pakai baju pink tu pemenang pertama dengan pembelian RM900.00 wow banyak betul.
 
 
 

Alahai so sweetnya dia...
 
 
 

Masa ni guna cik Nikon lah, cik Lumix lah, cik handphone ......semuanya ada.....sorang satu pegang...
 
 


Gigih Siti Nurhaliza melayan peminatnya......senyuman sentiasa terukir di bibir...

 


Sempat Dato Siti sign kat belakang handphone...he..he...
 
 

Ni Kak Rozi ....kakak ipar merangkap PA Siti Nurhaliza......peramah orangnya dan sentiasa tersenyum.....Tq for taking care of  Siti . 



Memang lembut orangnya....
 
 

A dream come true.......dapat juga jumpa Dato Siti Nurhaliza.......she is really soft and very sweet....Bila saya kata ni kali terakhir dapat jumpa Siti....dia pun tertanya tanya kenapa......sebab bukan senang nak dapat jumpa Siti ni.........
 


Berbagai aksi yang sempat dirakamkan....Boleh klik SINI dan SINI untuk lihat Afternoon of Elegance with Dato' Siti Nurhaliza di Persada Seni, Johor.
 

Sunday, March 23, 2014

Simplysiti.....

Semasa window shopping kat Jusco Bukit Indah , Johor ternampak kaunter Simplysiti. Kebetulan ada cream yang dah habis so saya pun membelek belek di situ. Biasanya produk Simplysiti boeh didapati di Watson saja tapi kali ni dah ada di Jusco. 


Dapat free gift kalau beli lebih dar RM100.00. Tudung shawl warna purple dan beg pink yang comel.


 
Produk yang digunaka serum dan night cream saja ya.


Cantik packaging.



Belek punya belek....wah tak sangka kat tudung tu ada signature Siti Nurhaliza rupanya. Tudung ni jenis shawl.....senang juga nak pakai. Tengok kat youtube cara Siti Nurhaliza pakai tudung.....menarik jugak...La ni Siti bergabung bersama Ariani mengeluarkan tudung shawl tapi harganya yang ampun teramat mahal ....sehelai RM260.00 pengsan jap........tak beli lah den......too expensive lah....

Thursday, April 12, 2012

Afternoon of Elegance With Dato' Siti Nurhaliza - Part 2

Now kita masuk ke part 2 ya, melangkah ke dalam dewan Tajung Puteri, Persada Johor ni terpegun jugalah. Besarnya dewan ni boleh memuatkan 140 buah meja bulat so ada 1,400 orang tetamu. Huh! Ramai tu sungguh tak disangkakan. Dah nama pun Siti Nurhaliza, memanglah ramai peminatnya.


Back drop + hampir semua dinding dewan ditutupi tirai berwarna merah + hitam. Memang classlah. Cantik. Terpegun seketika.

 
Setting meja yang menarik hati saya, light blue.

 
Pengacaranya ialah Aidil Abd Gaffar dari TV3. Suara best.

 
Mempersilakan Dato' Siti Nurhaliza.......opening song "Cindai".
Masa ni berduyun-duyun peminat mengerumuni hadapan pentas. Termasuklah saya sebab nak snap gambar Siti. Dahlah jauh gila nak ke depan pentas tu ditambah pulak keadaan yang samar samar cahaya lampu. Demi nak snap gambar punya pasal harunglah juga.

 
Diiringi penari sendiri dan muzik macam biasa pimpinan Aubrey Suwito.

Siti bawa banyak lagu English, tak sangka dia boleh nyany lagu Adele - Rolling in the deep, susah gila lagu tu. Dia sendiri takut nak bawa lagu ni tapi berjaya juga. Suara memang sedap. Lagi satu medley lagu On the Floor by Jennifer Lopez + Moves Like Jagger by Maroon 5. Semestinya lagu Falling In Love dari album english beliau turut diperdengarkan.


Sesi beramah mesra bersama tetamu. Sekretari + lady boss. Dari kiri Linda + Kuntum + Tomei tomei (dari Hotel Selesa Pasir Gudang) panggilan manja Siti (tak ingat namanya) + Ashraff panggilan manja dari Siti , Maher Zain sebab duk asyik cakap insyaallah je.


Semestinya Siti kelihatan sangat anggun dalam busana warna merah. Taklah gemuk tapi berisi sikit je.



Ramlah Ram sebagi penyanyi undangan tak nyanyi solo hanya berduet bersama Siti lagu tema Ombak Rindu dan beberapa lagu medley. 

 
Beautifull.
Hah ! Nilah suami tercinta Siti Nurhaliza, Dato' K. Gambar kiri beliau agak bosan sedikit kerana ditinggalkan keseorangan sampai berkerut dahi tu tapi selepas nampak i snap photo terus tukar posisi ceria. Thumbs up to Dato' K for being so sporting.
Berbagai gaya.
The one and only Siti Nurhaliza.

Salute untuk bakat nyanyian yang ada pada Siti. Suara memang sedap didengar. My favourite singer dari 1st album lagi. Now i wish, kat Malaysia dia dah berjaya, hopefully Siti boleh melebarkan sayap ke peringkat international since dah ada English album.

Wednesday, April 11, 2012

Afternoon of Elegance with Dato' Siti Nurhaliza - Part 1

Bilalah Siti Nurhaliza akan perform untuk lunch atau dinner function kat JB ni? Rasanya tak pernah lagi. So bila mendapat tahu Siti Nurhaliza akan perform untuk minggu sekretari di Persada Johor pada 10/4/12, saya tak lepaskan peluang. Walaupun harga tiketnya....mak ai...mahal sungguh so mampu beli yang termurah jelah. Dapatlah meja di barisan 3 terakhir. Jauh juga dari pentas utama. Apa nak buat dapat dengar live dan dapat lihat dari dekat walaupaun singkat masanya pun jadilah.





 Ruang legar sebelum bermulanya event. Sampai awal sangat sebab tu tak ramai yang hadir lagi. Dapatlah segelas air asam boi, manis yang teramat + maruku + kacang.  

Kak Fadilah(sebelah kiri) dan kakaknya antara yang terawal sampai. Kak Fadilah ni memang peminat setia Siti. Dari KL sanggup turun ke JB to see the show.

Kak Fadilah , kakaknya, me and Fatem, secretary from Zarah Food.   


Dah hampir pukul 11.00 tengahari, barulah nampak ramai yang datang. Melihatkan orang ramai yang berlegar di sini , ingatkan tak ramailah rupanya ramai yang dah masuk dalam dewan.  Ada yang datang dari Kulim, Kedah, dari KPJ Seremban 1 van......oh sanggupnya mereka datang dari jauh. Rupannya Siti perform untuk Secretary Week hanyalah di Persada Johor sahaja dan tidak dibuat di KL seperti kebiasaannya. Dalam hati tertanya kenapalah ramai yang pakai black + red ni. Rupanya tema hari tu red + black. Oh! Oh ! No............

Pintu masuk ke dewan. 

Masuk je terus nampak ni, very the red. 

Suka sangat tengok table setting ni, blue turqoise....cantik. Tetamu yang hadir lebih kurang 1,400 orang. Full house gitu. Banyak big companies yang belanja their staff.

Di sekeliling dewan, dinding semua digantung kain black + red. 

Beg goodies yang diberi. Takda apa sangat. Ingatkan adalah sebatang lipstick simplysity,  hem ...takdalah.

Menu hidangan tengahari. Semasa menikmati juadah disajikan dengan nyanyian dari Nadia dan bapanya yang bermain piano, adik Irfan dan fesyen show. 


Seafood combination with cocktail sauce.



 
Clear Chicken broth with smoked chicken dumpling.


 Pan seared chicken breast & salmon fillet on bed of tagliatelle oglio oglio serve with yellow marsala sauce. Nampak cantik.

Dalam ayam tu ada sayur bayam rasanya, tapi tawarlah. 



Opera cream cheese cake with strawberry sauce. Oh nilah opera cake ada kelapa menyebabkan sedikit muak.

Ha....ha...ha....lari dari tema. Sebenar-benarnya memang tak tahu menahu pasal tema dress code red + black ni. Masa telefon Persada pun dia orang tak bagi tau. Buat muka tebal jelah , dahlah warna kuning terang benderang......hai malunya....Buat muka seposen je. Tak dapat bergambar dengan Siti dengan posternya pun jadilah. OK to be contiune in part 2 ya.........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...